"Ahhh" Mingyu menjerit kesakitan kerana di pukul oleh Wonho dan Hyungwon.
"Jerit lagi !" Tempik Wonho.
"Ni jadinya bila kau tak dengar arahan kami" Jooheon muncul di celah antara Wonho dan Hyungwon.
"Aku dah kate aku nak stop jadi orang suruhan kau !" Tinggi suara Mingyu menengking Jooheon.
Tumbukan padu oleh Hyungwon tepat mengena perut Mingyu.
"Arhhh"
"Dah lepas kan dia!" Arah Shownu.
Minhyuk dan Kihyun melepaskan lengan Mingyu yang dipegang oleh mereka dari tadi.
"Aku nak , kau hantar dadah yang dalam kotak ini ke Gangnam" tangan Shownu ditunjukkan ke arah sebuah kotak di sebelahnya. "Di sana nanti kau akan berjumpa dengan Changkyun"
Mingyu menhiraukan kata-kata Shownu. Kalau bukan sebab nak membayar hutang ayahnya dulu dia tidak akan menjadi orang suruhan mereka ini. Sampai hati ayah buat Mingyu macam ini.
"Dah pergi balik" arah Minhyuk. "Kotak tu jangan lupa ambil bawa balik"
Mingyu berjalan dengan lemah dan mengambil kotak yang berisi dadah. Mingyu berjalan kaki menuju ke rumahnya.
"Mingyu!"
"Ada apa Omma?" Jawab Mingyu malas sambil membuka kasut. Kotak yang dipegangnya tadi diletakkan di atas lantai. Tangannya pantas membuka tali kasut yang diikat ketat.
"Kenapa lebam² muka ni?" Omma memegang wajah Mingyu.
"Tak ada apalah" Mingyu menepis tangan Omma dari terus memegang wajahnya."Kamu bergaduh lagi ke dekat sekolah?" Soal Omma.
"Mana ada" jawab Mingyu ringkas lalu mencapai kotak dan berdiri. "Mingyu masuk bilik dululah"
"Kamu ni kan, Omma hantar pergi sekolah untuk belajar bukan jadi samseng" bebel Omma.
Mingyu terus beredar masuk ke dalam biliknya dari terus mendengar bebelan Ommanya. Mingyu mengunci pintu biliknya dan meletakkan kotak yang berisi dadah di bawah meja belajarnya.
"Omma, Mingyu buat semua ni sebab nak bayar balik hutang Appa. Mingyu terpaksa. Tapi esok Mingyu akan stop buat perkara ni lepas menghantar barang tu"
Mingyu mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
Keesokkan paginya,
Mingyu bangun awal , tidak seperti biasa. Omma dan adiknya masih lagi tidur. Nota ringkas diletakkan di atas meja belajarnya. Hari ini, dia sepatutnya ke sekolah tetapi dia terpaksa ponteng bagi menghantar barang yang di minta dari Gangnam. Mingyu mengcapai bag sandangnya yang berisi pakaian dan mengambil kotak di bawah mejanya. Perlahan² Mingyu memulas tombol pintu biliknya. Ruang tamu rumahnya masih gelap.
"Omma maafkan Mingyu" kata Mingyu separa berbisik.
Mingyu mengatur langkah ke pintu utama rumahnya. Rumahnya yang kecil itu akan ditinggalkan. Setelah meninggalkan rumah , Mingyu menaiki bas ke Gangnam dengan berhati-hati kerana dia membawa barang yang terlarang.
Di Gangnam,
"Changkyun hyung, ni barangnya" Mingyu menghulurkan kotak tersebut kepada Changkyun.
"Ahh, bagus. Selamat pun kau sampai sini. Nah duit kau!" Changkyun menghulurkan duit kepada Mingyu. Banyak juga nilainya. "Shownu minta jumpa dia esok" pesan Changkyun lalu masuk ke dalam kedai miliknya.
Mingyu hanya memerhatikan langkah Changkyun dan tersenyum nakal. Mingyu terus berlari ke arah telefon yang jauh sedikit dengan kedai Changkyun. Tangannya lancar mendail nombor seseorang.
YOU ARE READING
48 HOURS
FanfictionCast :- Mingyu SEVENTEEN MONSTA X Eunha Gfriend Yuju Gfriend Wonwoo SEVENTEEN