Chapter 9

537 43 0
                                    

"Hmmm Mingyu?"

Mingyu mencari kelibat yang memanggil namanya.

"Eunha" senyuman manis dari Mingyu.

"Jom?"

"Jom... Mingyu nak ajak Eunha pergi jumpe Yangdo Hyung" Mingyu menghulurkan tangannya.

Eunha teragak-agak untuk menyambut huluran tangan Mingyu.

"Kenapa?" Mingyu merapatkan mukanya pada muka Eunha.

"Eh , Mingyu?" Wajah Eunha sudah kemerahan kerana berasa malu.

"Nevermind.. Jom" Mingyu mengatur langkahnya meninggalkan Eunha.

Apabila menyedari Mingyu sudah jauh kehadapan , Eunha berlari mendapatkan Mingyu "Mingyu tunggulah"

Mingyu tersenyum dan terus berjalan memuju ke kedai Yangdo. Tanpa disedari tangannya dipegang oleh seseorang. Mingyu segera berpaling ke arah kanan nya , "Eunha, cepatnya dah ada kat sebelah?"

"Saya lari tahu tak.. biar saya pegang tangan awak supaya awak tak jauh dari saya" Eunha mengenggam kemas tangan Mingyu.

Setibanya mereka di Kedai Yangdo ,

Kling!

Loceng berbunyi tanda tetamu memasuki kedai itu.

"Yangdo oppa!" Jerit Eunha.

"Oppa tengah basuh pinggan" terdengar suara Yangdo dari dapur.

Eunha terus pergi ke dapur mendapatkan Yangdo. Selang beberapa minit kemudian Eunha dan Yangdo keluar dari dapur.Mingyu yang menyedari kehadiran mereka segera berdiri dan tunduk hormat dihadapan Yangdo. Muka Yangdo kelihatan masam mencuka.

"Hyung?" Panggil Mingyu.

Yangdo tidak menyahut panggilan Mingyu sebaliknya mengabaikan kehadiran Mingyu di situ.

Mingyu berlutut, "Hyung.. Mingyu minta maaf. Mingyu tahu sepatutnya Mingyu minta berhenti je masa itu. Lepas kejadian tu Mingyu terus senyap tanpa berita"

"Mingyu... sudahlah.Hyung dah maafkan kamu.  Lagi pun adik Hyung ada tolong" Yangdo membantu Mingyu bangun.

"Adik ? Sape?" Soal Mingyu hairan.

"Eh kau tak tahu, ya?" Soal Eunha kembali.

Mingyu menggelengkan kepala.

Kling!

"Hyung!! Maaf lambat" jerit seseorang dari pintu masuk.

"Dokyeom! Kamu dari mana?" Soal Yangdo.

"Ala , hyung.. DK bawa dia ni jalan² kejap" jawab DK.

Mingyu menoleh kebelakang , "eh kau ?" Kemudian terpandang orang disebelahnya.  "Yuju?"

"Oppa? Apa Oppa buat dekat sini?" Soal Yuju.

"Patutnya tu soalan oppa" Mingyu memandang DK , "Kata nak bawa adik aku balik?"

"Sorry² ... kami ambil angin tadi.. pastu perut lapar" DK tersenyum.

"Adik dia ke?" Soal Yangdo.

"Haah.. adik kembar" jawab Eunha.

"Duduk semua , hari ini biar saya yang belanja teobeokki" kata Yangdo.

Mereka semua duduk di tempat yang tersedia dan menunggu hidangan teobeokki terhidang.

"Terima Kasih hyung untuk makanan ni" ucap Mingyu dan tunduk sebagai hormat diberikan begitu juga Yuju.

"Kami balik dulu ya Oppa.. esok kami datang lagi" kata Yuju.

"Nak saya hantar?" Soal DK kepada Yuju.

"Eh tak apalah , saya balik dengan Mingyu" jawab Yuju.

"Hmm okay.. kalau macam itu kita jumpa dekat sekolah esok" DK tersenyum.

"Jom" ajak Eunha.

Lalu mereka bertiga meninggalkan kedai milik Yangdo dan menuju ke condo tempat tinggal mereka.

Setibanya di Condo ,

"Yuju naik dulu .. Oppa nak hantar Eunha ke rumah dia" kata Mingyu sebaik sahaja mereka tiba di tingkat 4. Lalu Eunha dan Mingyu melangkah keluar dari dalam lif.

"Okay.. bye Eunha" Yuju tekan punat ke tingkat 5.

"Eunha , jom " Mingyu menarik Eunha ke laluan kecemasan.

Eunha hanya mengikut sahaja langkah Mingyu.

Setibanya mereka ke destinasi yang ditujui mereka berdua duduk ditangga.

"Eunha, ingatkan tempat ni?" Soal Mingyu.

"Mestilah... tempat awak nangis" Eunha tergelak.

"Bila ingat balik, rasa malu pula.. dah la baru je kenal dengan awak lepas itu menangis" Mingyu turut tergelak apabila terkenang kembali moment lepas.

"Saya tahu perasaan awak masa itu.. sape yang tak sedih bila kejadian yang tak diingini terjadi" kata Eunha.

"Eunha" Mingyu memandang Eunha dan menggenggam erat tangan Eunha

"Ye?" Mata Eunha dan Mingyu bertemu.

" I love you" luah Mingyu.

Wajah Eunha sudah menjadi merah apabila terdengar luahan Mingyu , "Saya pun.. sebenarnya saya dah lama suka awak.. sejak awak bekerja dekat kedai Yangdo Oppa"

Mingyu merapatkan dahinya pada dahi Eunha , " Saya akan terima baik buruknya awak"

Mereka terdiam seketika. Mata mereka terpejam rapat.

Mansae! Mansae! Yeah

"Huh ? Geez sape pula yang call ni" marah Mingyu lalu keluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluarnya ,

"Hello"

"Hello , Oppa. Lama nya hantar Eunha? Makan malam dah nak sejuk ni"

"Yela² Oppa balik sekarang"

"Cepat sikit!!"

Panggilan diputuskan , "Eunha , Mingyu kena balik.. Omma dah tunggu"

"Haha.. pergi lah.. lagi pun kita lama kat sini.." kata Eunha.

"Kita jumpa esok ya.. esok pagi Mingyu tunggu depan rumah" pesan Mingyu lalu ciuman hinggap didahi Eunha.

"Huh, Mingyu!!" Eunha terjerit sedikit.

"Haha sorry" Mingyu terus berlari mendaki tangga ke tingkat 5 untuk mengelak dipukul oleh Eunha.

Eunha memulas tombol pintu untuk keluar dari laluan kecemasan, "Bye Mingyu"

"Bye , Goodnight" ucap Mingyu.

Mereka sama² keluar dari pintu kecemasan dan menuju ke rumah masing².

Keesokkan paginya seperti yang  dijanjikan Mingyu menunggu Eunha dihadapan rumahnya manakala DK menunggu Yuju diluar bangunan Condo yang didiami oleh Yuju. Yuju dan Mingyu menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar seperti biasa kembali tanpa gangguan oleh orang berkenaan. Wonwoo pula bakal berkahwin tidak lama lagi dan menetap bakal menetap di rumah bakal isterinya.

-the end-

Sorry ending tak best.. Buat ending satu kelemahan sebenarnya xD btw thanks cause read 48 Hours.

48 HOURSWhere stories live. Discover now