Chapter 6

452 43 2
                                    

Mingyu membuka matanya, dia melihat sekeliling. Kemudian , dia tersenyum melihat Omma dan Yuju berada berdekatannya. Kepala dan dada kirinya masih lagi terasa sakit.

"Om..ma.." perlahan sahaja suara Mingyu memanggil Ommanya.

Omma terus mendapatkan Mingyu sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil.

"Kamu dah sedar,ya" Omma tersenyum melihat Mingyu sambil tangannya mengusap lembut kepala anak lelaki sulungnya itu.

"Oppa.. Yuju minta maaf.. sebab Yujulah Oppa kena tembak" Yuju menundukkan wajahnya , air matanya sudah mula menitis.

"Tak apalah.. Oppakan masih hidup... aigoo , mari duduk dekat sini " panggil Mingyu sambil tangan kirinya menepuk lembut tilam untuk memanggil Yuju supaya duduk disitu.

Yuju terus menghampiri Mingyu dan duduk seperti yang di suruh oleh Mingyu.

"Oh ya... mana Wonwoo hyung dengan kawan Mingyu tu,ya?" Soal Mingyu.. hairan juga dia dari tadi langsung tidak nampak bayang mereka berdua.

"Hmmm mereka dah balik Incheon" jawab Yuju.

"Apa?" Terangkat sedikit kepalanya apabila mendengar jawapan Yuju , "ouch ! "

"Eh jangan bergerak... kamu tu tak kuat lagi" marah Omma sambil bantu Mingyu baring semula.

"Kenapa mereka tak tunggu Oppa sedar dulu ?" Soal Mingyu lagi.

"Yang Yuju ingat Wonwoo Oppa kata , dia kena balik awal sebab ada client dari Jepun nak datang.. "

'Mansae Mansae , yeah'

"Ah, telefon kamu berbunyi.." kata Omma sambil menghulurkan telefon bimbit kepada Mingyu.

"Hello"

"Hello Mingyu, Sorry sangat².. aku terpaksa balik awal. Tak ingat ke, kan kita minta cuti dekat Yangdo Oppa sehari ja"

"Hmmmm"

"Hello,Mingyu? Aku minta maaf sangat.. janganlah marah"

"Tak marah.. okaylah aku nak rehat" *off*

"Oppa kenapa ? Kenapa tiba² muka Oppa berubah?" Soal Yuju.. Hairan dia,melihat Mingyu yang tadinya ceria bertukar suram.

"Hmmm tak ada apalah.. Oppa nak tidur kejap.. tiba-tiba kepala ni rasa sakit..." kata Mingyu lalu matanya dipejamkan.

"Mingyu , Omma dengan Yuju nak balik dulu.. nanti kami datang lagi" kata Omma lalu mencium dahi Mingyu.

"Okay" jawab Mingyu , matanya masih lagi terpejam.

Omma dan Yuju keluar dari bilik itu.
Selang beberapa saat kemudian , seseorang pula masuk. Tiba² kucupan hangat singgah di pipi kanan Mingyu. Bulat mata Mingyu kerana menyedari ada seseorang menciumnya.

"Eunha?"

"Oh, marah eh ?" Eunha tersenyum nakal.

"Mana ada marah. Aku tak larat nak bercakap je" Mingyu melarikan anak matanya dari terus memandang Eunha.

"Tipuuuu" Eunha memicit hidung Mingyu.

"Aduhh sakit la" Mingyu memegang hidungnya.

" Ingat aku tak dengar perbualan kau dengan adik dan Omma tadi.. rancak je berbual" Eunha merenung tajam ke arah Mingyu.

"Btw , betul ke Wonwoo hyung dah balik ?" Soal Mingyu sengaja hendak mengubah topik perbualan.

"Dah.. awal pagi tadi dia bertolak..." jawab Eunha. "Pastu tinggallah aku seorang diri dekat sini , kawan pun tak ada" sambung Eunha lagi sambil menundukkan wajahnya.

Mingyu mencubit pipi kana Eunha, "Alolo nak merajuklah tu"

"Sakit !!" Pantas je tangannya memukul pada dada kanan Mingyu.

"Aduuuhhh !! Ni lagi sakit tahu tak... "

"Eh , sooooorrrryyyy !!! Aku lupe... sakit sangat ke ? Aku panggil doktor ya ?" Eunha semakin panik.

"Hahahaha" gelak besar Mingyu kerana berjaya kenakan Eunha.

"Yang kena tembak belah kanan lah.. nasib baik bukan belah kiri kalau tak dah kena jantung, matilah Mingyu"

"MINGYU !!" Eunha memuncungkan bibir.

"Sorry , sorry ! Tapi sebenarnya memang sakit pun.. kuat sangat kau pukul" kata Mingyu.

"Hmmm Mingyu, aku kena balik Incheon lepas ni.. Kejap lagi Appa sampai" beritahu Eunha. Mukanya kelihatan muram.

"Cepatnya... hmmm tak apalah.. nanti jangan call Mingyu ye ?" Pesan Mingyu. Tangannya mencapai tangan Eunha sambil mengusap lembut.

"Mingyu.... sebenarnya saya...hmmm...." Eunha menarik nafas, matanya memandang tepat ke dalam anak mata Mingyu, " tak apa lah"

"Laa, kenapa ?" Soal Mingyu.

"Tak ada apa-apa, saya dah lupa nak cakap apa" Eunha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

*Incoming call

"Huh" Eunha mengeluarkan telefon bimbitnya dan membaca nama yang terpapar di skrin , "Appa" Eunha melihat Mingyu , "Mingyu, kejap ya .. Appa telefon"

Mingyu sekadar menganggukkan kepala. Lalu Eunha pun beredar keluar dari bilik.

1 minit kemudian ,

Eunha melangkah masuk ke dalam , "Mingyu , Appa dah sampai... jadi saya pergi dulu.... awak tak nak cakap apa-apa untuk kali terakhir kita berjumpa?" Kata Eunha.

Mingyu tersenyum , " Eunha , jaga diri tahu... Mingyu harap dapat pergi sana lagi.... Dan pesan dekat Yangdo hyung, Mingyu minta maaf sangat sebab lari macam tu saja" kata Mingyu panjang lebar.

"Oh" wajah Eunha tiba-tiba berubah masam. "Okaylah , bye Mingyu" ucap Eunha sambil mendekati katil Mingyu.

Eunha mendekatkan diri untuk berpelukan dengan Mingyu , tetapi Mingyu lebih pantas dengan mencium dahi Eunha.

"Huh , Mingyu" wajah Eunha sudah menjadi merah.

"Apa ? Tadikan Eunha pun kiss Mingyu senyap² , ni Mingyu balas balik" Mingyu tergelak kecil.

"Okay lah Mingyu , bye" senyuman lebar terukir diwajah Eunha. Eunha mengatur langkah untuk keluar dari bilik.

"Bye Eunha" kata Mingyu sambil melambai-lambaikan tangannya.

-

bersambung-

48 HOURSWhere stories live. Discover now