Chapter 7

438 34 0
                                    

Sebulan kemudian ,

"Hmm macam barang semua dah siap?" Soal Wonwoo.

"Dah hyung" jawab Mingyu dan meletekkan bagasinya di hadapan pintu biliknya.

"Kamu betul ke nak bawa kami tinggal dengan kamu?" Soal Omma.

"Omma betullah... Wonwoo serius.. lagi pun Wonwoo sunyi dekat sana" jawab Wonwoo sambil memberi senyuman kepada wanita berusia itu.

"Wonwoo Oppa, dekat sana ramai lelaki handsome tak ?" Soal Yuju.

Mingyu mendekati Yuju lalu menjentik dahi Yuju , "Jangan nak gatal"

"Aww sakit la" Yuju menggosok dahinya. "Yuju gurau je lah... eleh Oppa nak gatal boleh , Yuju tak boleh"

"Bila pula Oppa gatal?" Soal Mingyu tegas.

"Dengan perempuan yang datang lawat Oppa hari itu... Ingat Yuju tak tahu ke ? Tu girlfriend Oppa kan?" Usik Yuju. Sebelum Mingyu menyakiti dia lagi , Yuju lebih pantas menyorok di belakang Ommanya.

"Aishh budak ni la" Mingyu meninggi kan suara , tapi dalam hatinya dia berasa sangat rindu pada Eunha.

"Aigoo, sudahlah tu" Marah Omma.

"Hahaha, kalau dah tak ada apa-apa boleh la kita bertolak sekarang" kata Wonwoo. Gelaknya masih lagi berbaki apabila melihat gelagat Yuju dan Mingyu sebentar tadi.

Mingyu dan Yuju menarik bagasi mereka keluar dari rumah. Manakala Wonwoo membantu menarik bagasi Omma.

"Betul nak bawa pakaian je ni ?" Soal Wonwoo untuk kepastian.

Omma menganggukkan kepala, "ye, nanti kalau nak datang Seoul tak payah susah² tempah hotel... boleh tidur sini saja"

"Iye juga kan.. Wonwoo tak terfikir pula" , Wonwoo pun menarik bagasi ke keretanya.

Manakala Omma sibuk mengunci pintu untuk keselamatan supaya perabot didalam rumah mereka tidak dicuri oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Setelah selesai mengisi bagasi di dalam kereta pun bertolak ke Incheon.

"Mingyu..." panggil Wonwoo.

"Ye ?" Mingyu berpaling ke arah Wonwoo disebelahnya yang sedang fokus memandu.

"Ada bagitahu Eunha pasal ni?" Soal Wonwoo.

"Tak" jawab Mingyu ringkas.

"Kenapa ?" Soal Wonwoo hairan.

"Saja.. lagipun dah seminggu Mingyu tak reply text dia" Mingyu tersenyum.

Wonwoo pandang sekilas wajah Mingyu , "Kenapa dengan muka tu.. asal buat muka kejam"

"Hahaha.. tak ada apa-apa la" Mingyu tergelak.

"Haa, nak buat surpriselah tu" Yuju menyampuk dari belakang dengan wajah yang bersahaja.

Mingyu dengan pantas memandang wajah Yuju dengan muka yang serius. Jelingan maut diberikan oleh Mingyu buat Yuju.

Yuju menjelirkan lidahnya kepada Mingyu yang memandangnya dengan wajah yang serius. "Ingat Yuju takutlah tu"

"Ish kamu berdua ni... dalam kereta pun nak bergaduh.. Omma cubit dua² ni baru tahu" kata Omma sambil tangannya membuat sepit ketam.

"Tanyalah anak perempuan Omma tu, dia yang mula dulu" kata Mingyu.

"Dia gurau je tu" balas Omma.

"Pffft!! HAHAHAHA" Tergelak besar Yuju sebaik sahaja mendengar Omma back up dirinya daripada Mingyu.

Sekali lagi jelingan maut Mingyu buat Yuju. Mingyu menyumbatkan earphone ke telinganya lalu memejamkan mata. Nanti bertambah sakit lagi hatinya melayan kerenah Yuju.

Di Incheon,

Di Incheon,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eunha !!"

Eunha berpaling ke arah suara yang memanggilnya, "Oh ShinB"

"Kenapa kau masam je ni... dah seminggu kau macam ni" soal ShinB.

"Huh ? Tak ada apalah" Eunha tersenyum.

"Tipu... merajuklah" ShinB berjalan meninggalkan Eunha.

"ShinB !! Tunggulah... ye aku cerita dekat kau" Eunha terus berlari mendapatkan sahabat baiknya itu.

ShinB tersenyum nakal selepas berjaya kenakan Eunha.

"Kau ni... sengaja tahu nak korek rahsia aku" Eunha mencubit pipi ShinB.

"Aww sakit.. mestilah aku nak tahu rahsia kau.. kau nak berahsia dengan memang tak dapat" ShinB menggosok-gosok pipinya.

"Jom aku cerita dalam kelas"

Eunha dan ShinB lalu menuju ke kelas mereka. Dan Eunha menceritakan rahsianya iaitu mengenai Mingyu dan dia juga sudah jatuh cinta dekat Mingyu.

"Baiklah semua !! Duduk tempat masing-masing" jerit cikgu kelas itu , Song Joongki.

Yerin segera membetulkan kerusinya menghadap ke hadapan daripada mengahadap Eunha di belakang.

"Good news guys !! Kita ada student baru hari ini dari Seoul" umum Cikgu Joongki. "Baiklah awak boleh masuk" panggil Cikgu Joongki.

Sebaik sahaja pelajar baru tersebut masuk , Eunha tidak dapat mengelipkan matanya dari memandang dia.

-bersambung-

48 HOURSWhere stories live. Discover now