Chapter 2

690 53 6
                                    

'Hmm dekat mana aku nak cari kerja ni' Mingyu bermonolog. Matanya melilau mencari kedai yang memerlukan pekerja.

"Kau kalau malas datang kerja jangan datang sini !!"

Mingyu terdengar jeritan seorang lelaki dari salah sebuah kedai yang tidak jauh darinya. Kelihatan seorang remaja lelaki berlutut di hadapan lelaki yang berusia, mungkin pemilik kedai itu. Mingyu meneka. Selang beberapa minit, remaja lelaki itu beredar. Mukanya terpapar kemarahan. Mingyu terus berlari ke arah pemilik kedai itu.

"Ahjussi,kenapa dengan dia?" Soal Mingyu. Dalam hatinya takut juga dia nak tegur pemilik kedai itu,marahnya pun belun reda.

Pemilik kedai itu melihat Mingyu, sedikit senyuman pun tidak terukir dibibirnya. "Apa lagi kena buang kerjalah. Hari-hari datang lambat. Kalau macam tu bankrupt la aku"

"Oh" Mingyu menganggukkan kepalanya.

"Kau nak apa sebenarnya?" Soal pemilik kedai itu.

"Saya... saya tengah cari kerja sekarang ni" jawab Mingyu ketakutan.

"Nak kerja sini ? Aku buka kedai tteobeokki" kata Pemilik kedai tersebut.

"Haa.. betul ke ahjussi ? Saya nak." Mingyu tersenyum lebar.

"Hari ni boleh mula kerja?" Soal lelaki itu.

"Boleh²" Mingyu menganggukkan kepala berkali².

"Panggil aku Yangdo, tak suka pula aku dengan panggilan 'ahjussi' tu" Yangdo membuat muka serius.

"Oh maafkan saya. Saya Mingyu" Mingyu menunduk 90° dihadapan Yangdo tanda hormat.
"Jom masuk, nanti customer datang. Aku nak prepare barang masak dulu" Yangdo melangkah masuk ke dalam kedainya.

Mingyu mengekori Yangdo dari belakang "hmm Yangdo hyung, saya nak buat apa?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mingyu mengekori Yangdo dari belakang "hmm Yangdo hyung, saya nak buat apa?"

"Sebelum kedai buka kau buatlah kerja membersih dulu" kata Yangdo.

"Pekerja saya seorang sajakah hyung?" Soal Mingyu, matanya melihat² keadaan kedai itu.

"Tak adalah. Ada seorang lagi. Kejap lagi sampailah tu" Yangdo mengeluarkan barang² memasak dari dalam peti sejuk.

Kling!

Bunyi tersebut menandakan seseorang telah masuk ke dalam kedai tteobeokki milik Yangdo.

"Aah Oppa mianhae Eunha lambat sikit hari ni" tersekat-sekat Eunha bercakap kerana kepenatan selepas berlari.

"Tak apalah, Oppa tahu kau memang macam ni" kata Yangdo sambil memotong barang-barang masakan.

Mingyu dari tadi hanya melihat Eunha. Langsung tidak memandang ke tempat lain. Eunha merasakan dirinya sedang di perhati oleh orang lalu dia pun mengalihkan mata ke arah Mingyu. Mereka bertentang mata seketika. Tanpa berfikir panjang Mingyu terus beredar mendapatkan penyapu.

"Hmmm Oppa, siapa dia tu? Pekerja baru?" Soal Eunha lalu menghampiri Yangdo.

Yangdo menganggukkan kepalanya "Baru tadi Oppa buang si Jinho. Hari-hari datang lewat, kadang-kadang tak datang dengan alasan tak logik. Pastu kebetulan dia pun muncul , terus la Oppa ambil dia bekerja."

"Oh,yela dia pun baru lagi kan kat sini ? Eunha langsung tak pernah kerja sekali dengan dia sebab sekolah. Hari ini sekolah cuti , so kerja daripada pagi. Tengok-tengok dah tukar orang lain pula" kata Eunha panjang lebar. Eunha mula membantu Yangdo memotong bahan masakan.

Mingyu yang dari membuat kerja hanya pasang telinga mendengar berbualan mereka.

"Terima kasih, Yangdo sebab bagi saya kerja sini" Mingyu tunduk 90° di hadapan Yangdo.

"Hmm okay. Esok jangan lewat. Pukul 9 pagi boleh datang dah, untuk kemas kedai" pesan Yangdo.

"Okay,hyung. Saya balik dulu" pinta Mingyu lalu terus beredar meninggalkan Yangdo.

"Mingyu!!!"

Mingyu berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Kenapa Eunha tu?

"Wey tunggulah. Kita balik sekali ye" kata Eunha.

"Okay" Mingyu sambung kembali langkahnya. Diikuti Eunha disebelahnya.

"Kau tinggal mana ?" Soal Eunha.

"Kat Apartment B sana" Mingyu tunjuk ke arah sebuah Apartment yang jaraknya hanya 1km dari mereka.

"Oh,samalah. Aku pun stay situ. Tapi aku tak pernah nampak kau pon ?" Eunha memandang wajah Mingyu dengan penuh tanda tanya.

"Oh , aku baru sampai semalam. Lagi pun aku sementara je dekat sini" jawab Mingyu.

"Oh, tinggal dengan sape?" Soal Eunha lagi.

Banyak pula dia tanya. "Aku tinggal dengan hyung aku. Nama dia Wonwoo." Jawab Mingyu malas.

"Oooh Wonwoo. Kenal sangat dengan dia tu" kata Eunha. Seronok betul dia , bila Mingyu menyebut nama Wonwoo.

Mereka berdua telah tiba di Apartment. Akhirnya Mingyu seorang diri selepas lif tiba di tingkat 3 iaitu tingkat di mana Eunha tinggal. Mingyu menekan punat lif ke tingkat 5. "Fuh,akhirnya pergi juga dia tu. Penat aku nak layan"

Lif tiba di tingkat 5. Mingyu berjalan ke arah rumah milik Wonwoo. Code rumah Wonwoo di tekannya. Mingyu melangkah masuk ke dalam, kasut Wonwoo sudah tersusun di atas rak. Bermakna dia sudah balik dari kerja.

"Baru balik ? Macam mana, dapat tak kerja ?" Soal Wonwoo yang sedang menghidangkan makan malam.

Mingyu menganggukkan kepala dan tersenyum "Dapat"

"Dekat mana?"

"Kedai tteobeokki kat bawah sana. Yangdo's Tteobeokki" jawab Mingyu lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

"Oh kedai tu. Kedai tu famous tau. Tteobeokki dia memang 1st class" puji Wonwoo.

"Tapi pekerja ade 2 je, tadi pagi sebelum Mingyu dapat kerja ada seorang pekerja kena buang. Lepas tu, terus Yangdo hyung terima Mingyu bekerja" terang Mingyu.

"Mingyu, jom makan dulu. Nanti sejuk pulak makanan ni" Wonwoo melabuhkan punggungnya di stas kerusi. Mingyu duduk di hadapan Wonwoo. Mereka menikmati makan malam bersama.

-bersambung-

48 HOURSWhere stories live. Discover now