Chapter 5

497 39 2
                                    

Di balai polis ,

Eunha dan Wonwoo berlari ke kaunter reception.

"Ye apa yang boleh saya bantu?" Kata Polis wanita yang berada di kaunter itu.

"Boleh saya jumpa dengan Inspector ?" Pinta Eunha.

"Inspector ada dalam bilik dia. Silakan." Kata pegawai perempuan itu.

Lalu Wonwoo dan Eunha pun melangkah ke arah bilik Inspector yang telah diberitahu oleh pegawai perenpuan sebentar tadi.

Knock! Knock!

"Masuk !" Jerit seseorang dari dalam.

Tanpa beefikir panjang Eunha memulas tombol pintu lalu melangkah masuk kedalam bilik itu diikuti Wonwoo.

"Tuan , kawan kami sekarang dalam bahaya" kata Eunha.

"Dia sekarang berada di sarang MONSTA X " sambung Wonwoo.

"Apa ??!! MONSTA X ??!!!" jerit Inspector. Matanya tercegil memandang Eunha dan Wonwoo.

"Y-ye tuan!" Tergagap Wonwoo berkata.

Mata Eunha sempat menjeling nama Inspector yang terpampang diatas meja , "Tuan Bogum... sekarang ni Omma dan adiknya dalam tawanan mereka.. Jadi kawan kami Mingyu pergi situ itu membawa duit tebusan" terang Eunha.

"Seorang diri?" Soal Bogum.

"Ye" jawab Eunha dan Wonwoo serentak.

"Wow, kamu berdua tahu tak mereka tu bahaya" kata Bogum dengan nada suara yang sedikit tinggi.

"Tahu tuan... tapi kami dah rancang sesuatu.. itu sebab kami datang, kami hendak pihak polis mengepung kawasan itu.... bla bla bla " panjang lebar Wonwoo menerangkan rancangan mereka.

"Hmmm baiklah" kata Inspector lalu mengangkat ganggang telefon "Hello semua bersedia..kita ada misi khas hari ini.. Pasukan CIA bersedia ! "

"Terima kasih tuan" ucap Wonwoo dan Eunha.

"Tak perlu, lagi pun ini memang tugas kami.. and satu lagi..." Bogum mengeluarkan salah satu fail kes dan tunjukkan kepada Wonwoo dan Eunha , " dan mereka juga sebenarnya buruan kami"

Tiba-tiba alarm kecemasan kedengaran melalui telefon Wonwoo. Wonwoo mengeluarkan telefon bimbitnya dan meneliti di screen telefon , "Alarm kecemasan dari Mingyu.. maknanya duit tu dah diserahkan kepada mereka"

"Cepat,mari pergi sekarang" gesa Bogum.

Lalu mereka bertiga bergerak ke lokasi MONSTA X mengikut alamat yang telah diberitahu Mingyu.

FLASHBACK !

Ketika di dalam kereta, sebelum Mingyu bertolak ke lokasi MONSTA X.

"Mingyu kau pakai jam ini,kalau kau dah serahkan duit ini kepada mereka, kau tekan button merah ini" terang Wonwoo.

"Baiklah hyung,terima kasih" ucap Mingyu.

Sewaktu di gudang,

"Bagi sini briefcase itu" kata Changkyun.

Mingyu menghulurkan briefcase itu kepada Changkyun.Setelah briefcase itu berada di tangan Changkyun , Mingyu dengan pantas menekan button merah dijam pemberian Wonwoo. Dan selepas itu , Mingyu pon rebah kerana dipukul dengan kuat dibelakang kepalanya.

Pasukan CIA sudah pun mula mengepung kawasan gudang.. ada juga yang sudah masuk ke dalam melalui pintu kecemasan.

"Kamu berdua tunggu di kereta" arah Bogum.

"Baik tuan"

Bogum terus mengatur langkah menghampiri pintu masuk gudang itu. Pistol di tangan sudah tersedia. Dengan berhati-hati Bogum membuka pintu, seperti yang disangka dia diketahui kerana bunyi kuat yang terhasil dari pintu.

"Wow tengok siapa yang datang" Shownu tersenyum sinis melihat Bogum.

Wonho dan Minhyuk menghampiri Mingyu yang sudah sedar beberapa minit yang lalu, "Tak guna kau panggil polis !" Kata Wonho lalu satu tendangan tepat kena diperut Mingyu.

"Aghh" jerit Mingyu.

"Lepaskan mereka !" Arah Bogum.

"Tak mungkin semudah itu , Tuan Inspector" kata Shownu sambil jalan mengelilingi Bogum.

"Heh" Bogum tersenyum. "Baik kamu semua menyerah. Lagi pun tempat ni dah dikepung, tak ada tempat hendak lari lagi"

"@#$%&* (mencarut xD) "

Bogum dan Shownu serentak mengacukan pistol ke arah satu sama lain.

"Kamu semua bertindak" kata Bogum. Arahan nya disampaikan melalui wireless earphones yang dipakainya.

Sebaik sahaja mendengar arahan Bogum, pasukan CIA mula mengambil tindakan. Manakala Jooheon , Changkyun , Kihyun dan Hyungwon melepaskan tembakan ke arah CIA yang menyerbu masuk. Tetapi tembakan CIA lagi pantas dari mereka. Mereka berempat ditembak mati.

"Satu lagi tembakan dia akan mati !!" Ugut Minhyuk. Minhyuk menarik Yuju untuk berdiri dihadapannya. Tangan kiri Minhyuk melingkari leher Yuju manakala tangan kirinya mengacukan pistol pada kepala Yuju.

CIA mengelilingi Wonho dan Minhyuk. Semuanya sudah bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.

"Oppa" jerit Yuju. Dia sudah mula takut , air mata mengalir deras.

"Y-yuju !" Tergagap Mingyu memanggil adiknya kerana menahan sakit. Mingyu memandang Ommanya , "Omma , bila saya bagi arahan Omma mengesot perlahan-lahan kebelakang. Dibelakang Omma ada CIA" bisik Mingyu.

Ommanya sekadar mengangguk.. Mingyu melihat Wonho dan Minhyuk silih berganti.. saat mereka sedang asyik melihat Inspector,  Mingyu memberi arahan kepada Ommanya untuk selamatkan diri. Ommanya kini sudah selamat bersama salah seorang pasukan CIA.

Mingyu perlahan-lahan berdiri menghampiri Yuju saat Wonho sedang leka. "Arhh lepaskan adik aku !!!" Jerit Mingyu. Mingyu dengan berani hendak merampas pistol ditangan Minhyuk. Wonho yang menyedari kejadian itu  hendak membantu Minhyuk tetapi malangnya dia gagal keran CIA sudah menahannya.

Bang!

Satu das tembakan dilepaskan ke arah dada kiri Mingyu saat Mingyu sedang bergelut hendak merampas pistol ditangan Minhyuk.

"Arghh " Mingyu rebah.

Minhyuk yang tidak menyangka semua itu terjadi melepaskan pistol ditangannya, Yuju juga turut dilepaskan. Dia tergamam. Serta merta Minhyuk sudah ditahan.

Yuju dan Omma terus berlari mendapatkan Mingyu yang separuh sedar.

Pada masa yang sama, satu tendangan tepat kena pada tangan Shownu yang memegang pistol. Pistol itu terlepas dari pegangan Shownu. Shownu serta merta telah digari oleh Bogum.

"Mingyu !!" Tiba-tiba terdengar suara seseorang menjerit memanggil Mingyu dari pintu masuk.

"Kamu berdua buat apa kat sini?" Soal Bogum.

"Kami dengar tembakan , lepas itu jeritan Mingyu ... tu sebab kami datang" kata Eunha.

Wonwoo yang mengikuti belakang Eunha dari tadi terus berlari mendapatkan Mingyu.

"Wonwoo ?" Hairan Omma melihat Wonwoo yang tiba² muncul dihadapannya.

"Ye , ni saya" Wonwoo tersenyum. "Dah cepat bantu saya papah Mingyu. Kena bawa dia ke hospital cepat" arah Wonwoo. Lalu mengangkat Mingyu yang sudah pengsan dibantu oleh Yuju.

-Bersambung-

48 HOURSWhere stories live. Discover now