Keesokkan paginya , Mingyu pergi kerja seperti biasa. Sebaik sahaja Mingyu tiba di hadapan kedai Teobeokki Yangdo, telefon bimbitnya berdering. Mingyu mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poketnya lalu menjawab panggilan dari si pemanggil.
"Hello?"
"Ingat Mingyu , 26 hour left"
"Huh, Hyung bagi saya bercakap dengan Omma" Mingyu merayu.
"Hello,Mingyu!"
Terdengar suara Omma dihujung talian , " Omma ! Omma tak apa-apa? Omma tunggu Mingyu datang ya"
"Dah cukup!" Wonho kembali ditalian. Wonho memutuskan talian.
"Hello ! Hello !"
Mingyu melihat jam ditangannya, jam menunjukkan pukul 7 pagi. Lagi 2 jam , tempoh masa akan cukup 24 jam. "Aku kena pergi Seoul dengan segera"
"Mingyu ?"
Mingyu menoleh ke arah suara tersebut , "ah,Eunha"
"Aku akan bercakap dengan Yangdo Oppa. Dia mesti akan bagi kita cuti" Eunha tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kedai.
Mingyu mengekori Eunha dari belakang.
Terlihat Yangdo sedang menunggu mereka berdua di salah satu meja makan.
Mingyu dan Eunha mendekati Yangdo.
"Oppa?" Eunha memanggil Yangdo lalu duduk bertentangan dengannya diikuti Mingyu disebelah Eunha.
"Hmm?"
"Boleh kami minta cuti?" Pinta Eunha.
"Kenapa 'kami' ?" Soal Yangdo.
"Hmm macam ni Hyung..... sekarang Omma dan adik saya kena culik. Saya ada masa lebih kurang 24 jam... kalau tak nyawa mereka dalam bahaya" terang Mingyu.
"Apa ??!!!! Kamu dah buat laporan polis?" Soal Yangdo lagi.
Mingyu menggelengkan kepala , " Saya tak boleh "
"Tak apalah. Hyung benarkan. Selamatkan Omma dan adik kamu" Yangdo memegang bahu kanan Mingyu. Lalu bangun dari duduknya diikuti Mingyu dan Eunha.
"Terima kasih Hyung" Mingyu memberikan pelukan kepada Yangdo.
Eunha memandang Mingyu, "Mingyu jom"
"Jom"
Mingyu dan Eunha keluar daripada kedai milik Yangdo.
PINNN !!!
Wonwoo menekan hon kereta bagi membuatkan Mingyu dan Eunha menyedari dia berada disitu.
"Eh, tu Wonwoo hyung" kata Mingyu lalu pergi mendekati kereta Wonwoo diikuti Eunha.
"Wonwoo Oppa macam mana duit tu?" Soal Eunha.
"Soal duit tu dah settle. Ada dalam briefcase ni" kata Wonwoo sambil tangannya menepuk briefcase yang berada ditempat duduk penumpang disebelahnya. "Eh cepat masuk. Nak pergi Seoul ni ambil masa berjam juga"
Tanpa berfikir panjang Mingyu dan Eunha masuk ke dalam kereta.
Di Seoul ,
"Hyung, kita pergi rumah Mingyu dulu. Kemudian,Mingyu akan naik teksi dari sana" cadang Mingyu.
"Hmmm, okay." pesan Wonwoo.
Setiba mereka di hadapan rumah Mingyu, teksi yang ditelefon oleh Mingyu sudah menunggu dia disitu.
"Hyung ... Eunha ... saya pergi dulu" kata Mingyu lalu masuk ke dalam perut kereta.
Teksi menyusur keluar dari kawasan rumah. Wonwoo dan Eunha masuk ke dalam kereta dan menuju ke balai polis seperti yang di rancang.
Malam sebelumnya,
"Eunha cadang.. Mingyu akan pergi ke tempat penjahat tu dengan teksi. Kemudian Oppa dan Eunha pergi buat laporan polis mengenai kejadian ni..." kata Eunha.
"Oh ya , macam mana dengan duit tu ?" Soal Wonwoo.
"Soal duit tu... nanti Eunha akan minta dengan Appa.. jangan risau.. duit tu tak akan terlepas ke tangan mereka.. sebab mereka tidak akan kemana-mana..." Eunha tersenyum.
"Eunha.... terima kasih... " ucap Mingyu.
"It's okay" kata Eunha.
Mingyu tiba dikawasan yang telah ditetapkan oleh Wonho. Briefcase disebelahnya dicapai lalu keluar dari teksi. Setelah selesai membayar tambang, Mingyu mengatur langkah ke gudang lama yang dulunya digunakan untuk menyimpan barang.
Pintu dibuka oleh Mingyu. Mingyu mengatur langkah dengan berhati-hati masuk ke dalam gudang itu. Sebaik sahaja Mingyu masuk, Kihyun dan Minhyuk mengacu pistol ke arah Mingyu."Oh , kau dah sampai. Kenapa awal sangat kau masih ada 5 jam lagi" kata Wonho.
"Mana Omma dan adik aku ??!" Soal Mingyu.
"Mereka ada. Bagi dulu duit tu!! " sampuk Shownu.
"Tak!! Bawak mereka ke sini dulu!" Tegas Mingyu.
"Okay.... kalau itu yang kau nak.. Bawak mereka ke sini!!" Arah Shownu.
Kelihatan Jooheon dan Hyungwon sedang menarik Omma dan Yuju dari dalam sebuah bilik yang terletak di bahagian kiri Mingyu.
"Omma !! Yuju !!" Jerit Mingyu. Hajatnya terbatal untuk mendapatkan Omma dan Yuju apabila Changkyun tiba² muncul dihadapannya lalu mengacukan pistol ke arahnya.
"Wow! Calm down !" Changkyun tersenyum sinis. "Bagi sini briefcase tu"
Mingyu menghulurkan briefcase itu kepada Changkyun, tetapi sebaik sahaja Mingyu menyerahkannya tiba-tiba terasa kepalanya dipukul kuat oleh seseorang dibelakangnya.
"Aaahh" Tangan Mingyu memegang tempat yang terasa sakit dan kemudian Mingyu rebah lalu pengsan.
"Oppa !!!" Jerit Yuju sebaik sahaja melihat Oppa kesayangannya itu diperlakukan seperti itu.
"Tarik dia ke sini" arah Shownu sambil tangannya tunjuk ke arah Omma dan Yuju.
Kihyun dan Minhyuk tarik Mingyu seperti yang di arahkan oleh Shownu.
Manakala Changkyun membawa briefcase ke arah meja dimana tempat mereka selalu lakukan perbincangan. Diikuti Jooheon,Hyungwon dan Wonho.
Setelah selesai menarik Mingyu .. Shownu , Kihyun dan Minhyuk menyertai mereka yang lain.
" Mingyu bangunlah" kata Omma lalu menarik Mingyu ke atas ribanya. Darah membasahi skirt parah lutut yang dipakai oleh Omma. Kepala Mingyu ada sedikit pendarahan.
Yuju menggenggam kemas tangan Mingyu. "Omma macam mana ni ?"
Omma tidak menjawab soalan Yuju. Dahi Mingyu dikucup berkali².
-Bersambung-
YOU ARE READING
48 HOURS
FanfictionCast :- Mingyu SEVENTEEN MONSTA X Eunha Gfriend Yuju Gfriend Wonwoo SEVENTEEN