Chapter 8

441 36 0
                                    


"Good news guys !! Kita ada student baru hari ini dari Seoul" umum Cikgu Joongki. "Baiklah awak boleh masuk" panggil Cikgu Joongki.

Pelajar baru tersebut melangkah masuk ke dalam kelas dan berdiri di sebelah Cikgu Joongki.

"Kenalkan diri awak" kata Cikgu Joongki.

"Annyeonghaseyo~ Yuju Imnida" Yuju menundukkan badannya 90° di hadapan semua pelajar lain.

"Tu je ?" Soal Cikgu Joongki.

"Ye~" Yuju tersenyum ke arah Cikgu Joongki.

"Tak memgapalah.. awak boleh duduk dekat sebelah Dokyeom" arah Cikgu Joongki.

"Dokyeom?" Yuju hairan mendengar nama itu. Lagi pun dia tidak tahu tuan punya nama itu.

"Maksud cikgu , sebelah pelajar laki itu kan ada kosong... duduk sebelah dia" Cikgu Joongki tunjuk ke arah meja kosong yang terletak di belakang sekali tepi tingkap bahagian kanan.

"Oh, baik cikgu" Yuju terus berjalan menuju ke arah meja yang dimaksudkan Cikgu Joongki tadi.
Yuju terpandang Eunha yang asyik memandangnya tetapi dihiraukan sahaja.

"Baiklah.. Cikgu keluar dulu" Cikgu Joongki terus dari kelas.

"Hi Yuju.. saya Dokyeom.. tapi kalau nak senang panggil DK" DK tersenyum lebar ke arah Yuju.

"Selamat berkenalan" Yuju membalas senyuman DK.

Eunha tanpa berfikir panjang terus berjalan ke arah meja Yuju, "Yuju?"

"Ye ? Oh Eunha ?" Yuju sedikit teruja , dia sengaja berkata seperti dia baru sedar akan adanya Eunha dalam kelas itu.

"Yuju, awak adik Mingyu kan ?" Soal Eunha.

"Yep.. btw saya lupa nak berterima kasih dekat awak sebab selamatkan saya tempoh hari.. Terima Kasih Eunha" kata Yuju.

"Wait!! Selamatkan apa ni?" DK penyampuk perbualan diantara Yuju dan Eunha.

"Shh jangan sibuk boleh" marah Eunha.

Yuju memandang DK , "nanti saya cerita dekat awak"

"Mingyu mana ?" Soal Eunha.

"Mingyu dekat kelas sebelah" jawab Yuju.

"Sebelah? Gred 5 jugak ?" Eunha semakin hairan. Selama dia kenal Mingyu dia tak pernah tahu umur Mingyu pun.

"Iye... oh Mingyu tak bagitahu ye? Sebenarnya kami kembar, Mingyu lahir awal 1minit" terang Yuju.

"Kembar?" Bulat mata Eunha mendengar penjelasan Yuju.

Yuju menganggukkan kepalanya, "Tak sangka pula Eunha tak tahu umur dia.. bukan korang berdua date ke?"

"Date ? Eh mana ada" wajah Eunha bertukar merah.

"Tapi awak suka Mingyu kan? Sebab saya penah awak kis...."

Pantas saja Eunha menutup mulut Yuju daripada terus bercakap. Kalau DK dengar , boleh jadi viral dalam kelas ini.

"Yuju-ah, janganlah cerita.. malu lah.. time tu tak sengaja" semakin merah muka Eunha.

"Yuju !! Ada orang nak jumpa" jerit Shinb.

"Huh? Okay" balas Yuju. "Eunha kejap ye" Yuju terus berjalan keluar dari kelas.

"Yuju" panggil seseorang.

Yuju berpaling ke arah suara tersebut, "oh Oppa.. nak apa?"

"Ada bawak duit tak? Wallet Oppa tertinggal la" soal Mingyu.

48 HOURSWhere stories live. Discover now