1

1.1K 18 4
                                    

"Mak, angah pergi dulu ya", aku mencium pipi emak. Emak sudah mula mengalirkan air mata.

"Ya nak, pergilah. Belajar rajin-rajin. Jaga diri baik-baik. Solat jangan tinggal", emak berpesan.

Aku memulakan langkah aku ke perhentian bas di hujung kampung sambil memikul dan menjinjing beg pakaian selepas melambai ke arah emak yang sedang berdiri di hadapan rumah kayu usang kami. Emak sayu kerana tidak dapat menghantar aku sehingga di hadapan universiti. Aku lepasan SPM yang berjaya mendapat straight As. Aku layak ke program asasi di sebuah universiti terkemuka di ibu kota. Bukannya aku tidak mendapat tawaran ke luar negara, tetapi aku bimbang akan emak di rumah. Emak sedang sakit sekarang. Jika emak meninggal semasa aku di luar negara, pasti sukar untukku pulang ke tanah air.

Sebentar ya. Bas sudah sampai. Aku perlu mengatur langkah ke atas bas dan mencari tempat dudukku dahulu. Jika aku menaip kisah ku ini sambil berjalan di atas bas, pasti aku akan terhuyung hayang. Okay, dah jumpa. Seat nombor 37. Aku duduk. Sebelahku duduknya seorang lelaki pertengahan umur. Nampak seakan tidak pedulikan aku, aku meneruskan aktiviti aku tadi, menaip kisahku sendiri di wattpad.

Aku sememangnya anak yang baik. Sudah ramai makcik kampung yang mahu menjadikan aku madu mereka. Pelik bukan? Mereka bukannya mahu nikahkan aku dengan anak mereka tetapi dengan suami mereka. Mereka fikir aku tidak tahu, mereka hanya mahu aku melakukan kerja rumah manakala mereka boleh duduk bergoyang kaki, mengumpat sana sini dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri? Aku tak bodoh lah sial.

Walaupun aku anak yang taat, solehah, mithali (maafkan aku sebab cuba bersikap jujur) namun ada satu hal yang aku rahsiakan daripada emak. Aku bukan dalam perjalanan ke asrama. Aku dalam perjalanan menuju ke destinasi yang menawarkan aku sebuah bilik untuk disewa. Aku kurang pasti di mana tempatnya kerana aku hanya mendapat alamat daripada surat khabar yang mengiklankan bilik sewa tersebut. Aku tidak kisah di mana aku akan menetap, asalkan bukan asrama. Mengapa? Kerana aku memang anti disiplin. Aku amat bencikan peraturan. Mengapa harus hidup seperti robot sedangkan kita bebas dalam menentukan apa yang kita mahu lakukan! Okay, maafkan aku kerana terlebih emosi. Kerana aku sedang datang bulan mungkin.

Aku mengantuk sebenarnya dengan keadaan bas yang terhuyung hayang seperti sedang mendodoikan aku. Tetapi aku nekad untuk habiskan chapter 1 kisahku di wattpad dengan pengenalan diri yang secukupnya. Aku tidak mahu kisahku menjadi tidak menarik kerana aku yakin, jika pembaca kisahku ini seorang yang rare, mereka pasti akan meneruskan bacaan sehingga chapter akhir. (Maafkan aku kerana segala perkataan inggeris tidakku condongkan hurufnya. Terlalu formal bagiku)

Aku sudah beritahu namaku? Belum kan? Namaku Suraya binti Ismail. Aku anak kampung Penjom, Pahang. Pelajar harapan SMK Clifford yang berjaya mencapai target sekolah. Target sendiri? Aku sebenarnya tidak kisah akan keputusan SPMku kerana cita citaku tidak memerlukan keputusan SPM yang cemerlang. Aku mahu menjadi baker. Walaubagaimanapun, keputusan emak mahu aku mengambil pengajian lebih ke arah teori aku turuti. Bukankah aku sudah maklum, aku anak yang baik. Bapaku sudah meninggal dunia tahun lepas. Aku hidup berdua dengan emak, dibekalkan wang bulanan daripada along yang bekerja sebagai pekerja kilang di kota raya. Beza menara gadingku dan tempat kerjanya ialah aku di ibu kota dia di kota raya. Aku harus rahsiakan ibu kota manakah aku akan menetap nanti. Bukan apa, bimbang aku akan disaman kerana mendedahkan kisah 'keluarga bangsawan' sebentar lagi.

Aku benar benar minta maaf. Mataku terlalu dengki kan bakat menaipku. Semakin kuyu..... dan aku terlelap.

SESATWhere stories live. Discover now