Aku turun ke ruang makan dari bilik dengan laju. Bukan apa, aku tidak mahu terlewat. Sampai ku di sana, semua ahli keluarga Tengku Kamil sudah berada di situ. Termasuk bibik Maya dan Pak Mat. Mereka tersenyum melihat aku.
Aku duduk perlahan lahan di sebelah Harraz. Wajah Harraz seperti takut. Aku pelik tapi aku abaikan. Demam kot.
"Ibu, saya rasa Su dah sedia," ujar Kak Mila teruja. Pelik. Aku tak faham.
"Bagus Suraya. Saya pasti awak akan gembira menjadi ahli keluarga kami." Puan Salmah berpaling ke arah Tengku Kamil. Tengku Kamil juga tersenyum.
Depa nak buat aku jadi menantu ka ?"Nong pasti senang tinggal sama kami," bibik Maya.
"Selamat datang puan," Pak Mat.
Da hell depa ni? Aku tak faham.
"Err, kenapa ni kak? Saya tak faham lah?" Aku berkerut ke arah kak Mila.
Nah. Aku dihulur kertas. Aku membelek belek kertas tersebut. Gambar kambing dalam bulatan. Gambar manusia disiat kulitnya. Gambar lelaki seperti paderi. Dan beberapa helai tulisan sanskrit. Aku tak faham.
"Apa ni kak?"
"Tak pe. Malam ni join kami. Kamu akan faham."
"Join ape kak?"
"Kamu kata ada bunyi pelik kan dekat bilik tingkat 1 , datang ke bilik tu pukul 2 malam ni."
Aaa. Kira betul lah bunyi tu. Bukannya aku je yang berhalusinasi. Shit lah depa ni. Aku ingat aku yang mental trouble dalam rumah ni. Baru je aku mahu menjawab, Harraz mencelah."Ayah, ibu. Harraz tak sihat lah malam ni. Kita tangguh esok boleh?" Hm . Memang mamat kacak ni sakit.
"Alaa, kau ni selalu macam ni. Every time dapat ahli baru mulalah sakit kau tu muncul. Sial," ujar kak Mila kasar. Itu kali pertama aku tengok keluarga ni bertengkar.
"Takpelah . Satu malam je. Esok kita mulakan. Jangan lupa ye Suraya, malam esok," ujar Tengku Kamil tenang.
Aku hanya mengangguk. Takut untuk membantah.
------------------------------------------
Malam itu aku tidak dapat tidur. Pelbagai perkara bermain di minda aku. Ape maksud gambar gambar tadi? Kenapa perangai mereka makin pelik?Hmm.
Baru sahaja aku mahu menutup lampu, pintu bilikku diterjah seseorang. Aku cuba menjerit tapi tangan orang itu lebih pantas menekup mulutku. Mataku bulat. Aku cuba untuk tenang. Aku nampak wajah orang yang menekup tangannya itu. Terkejut. Aku mengangguk menandakan aku takkan menjerit.
YOU ARE READING
SESAT
Mystery / ThrillerAl kisah seorang mahasiswi, Suraya menyewa bilik di dalam banglo milik Tengku Kamil. Banglo yang indah, persekitaran yang nyaman, terlalu sempurna untuk bayaran bulanan yang rendah. Namun, semuanya tak sesempurna yang disangka. Tingkah laku keluarga...