5

575 15 0
                                    

Aku sudah selesai mandi, solat subuh dan bersiap. Aku berdiri di hadapan cermin dan membetulkan shawl yang aku belit sebentar tadi. Huh, cantik anak encik Mail ni. Tak sia-sia aku belajar daripada tutorial dalam youtube. Mana tahu, ada jambu kacak yang sangkut nanti. Harraz pun boleh . (Senyum sumbing).

Aku mencapai beg sandang, telefon pintar dan membetulkan baju kurungku. Tip top. Hipster. Tak nampak kau dari kampung, suraya.

Aku melangkah turun tangga untuk menjamah sarapan. Guess what? Makanan aku pun di sponsor tuan rumah. Untungkan aku?

Semasa turun tangga, aku terdengar perbualan Harraz dan Puan Salmah.

"Ibu, kan saya dah cakap. Jangan buat semalam. Kalau saya tak ke tandas sekejap, memang mati kita bu."

"Dia dengar ke?"

"Selamat pagi puan salmah , encik harraz," sapaan aku menghentikan perbualan mereka. Mereka macam terkejut dengan kehadiranku. Aku tahu aku lawa, tapi please, jangan buat muka terkejut sangat.

"Eh, Suraya. Jemputlah makan," ajak Puan Salmah. Harraz terus diam membisu.

"Mana Tengku dengan Kak Mila?" aku bertanya. Baru pukul 7.30 pagi.

"Oh, mereka dah keluar tadi. Tengku dapat emergency call dari syarikat. Kesian, kerja kuat tapi still tak dapat title dato' lagi. Mila memang selalu keluar awal , ada study group katanya," explain Puan Salmah.

"Oh. Okay."

Aku terus menyuap meehun goreng yang dihidang.

-------------------------------------------

Aku ke universiti dengan Harraz. Harraz memandu kereta mewah berwarna merah dengan aku sebagai co pilot di sebelahnya.

Dalam kereta, Harraz hanya menyepi. Hanya radio sahaja yang menyelamatkan sesi awkward kami selama 15 minit perjalanan.

Kami sampai ke universiti dan berpecah. Ini kerana dia mengambil program diploma manakala aku mengambil asasi dengan tajaan biasiswa penuh dari pihak X. Biasiswa yang ditaja melebihi bayaran yuran. Lebihan itulah yang akan ku gunakan untuk membayar sewa 'bilik' aku. Sekali lagi aku tegaskan, aku anak yang baik. Takkan menggunakan wang along atau emak untuk projek menipu ini.

-------------------------------------------

Usai orientasi, kami pulang ke 'rumah'. Suasana dalam kereta sunyi seperti tadi. Beza kali ini, Harraz tidak menghidupkan radio.

Mamat ni nak seksa aku ke apa. Aku benci keadaan awkward begini. Dah la jalan jem. Makin lambat nak sampai.

5 minit kemudian, Harraz mula bersuara.

"Macam mana kau boleh tahu pasal bilik sewa kat rumah aku tu?"

"Hmm, dalam ruang iklan surat khabar. Ayah encik yang promote dalam tu."

"Huh, makin menjadi jadi orang tua tu," kali ni aku pasti dia bercakap seorang diri . Kerana suaranya diperlahankan. Tapi untuk telinga lintah macam aku, sudah tentu aku menangkap apa yang diperkatakan.

"Berapa lama kau nak stay kat situ? Aku suggest kau cepat cepat blah. Aku tak boleh blah ade orang asing dalam rumah aku," ujar Harraz.

Eh mamat ni. Nak halau aku ke apa? Bukan rumah kau pun encik Harraz bin Tengku Kamil. Rumah ayah kau!

"Bergantung pada keadaan. Kalau saya selesa, parents encik selesa, saya akan stay lama. Saya tak kisah pasal encik. Encik tak suka bukan masalah saya." Hamek kauu poyo!

Harraz menjeling.

Kami sampai rumah dan terus ke bilik masing masing.

SESATWhere stories live. Discover now