3

591 15 1
                                    

6.30 petang. Aku turun ke ruang makan. Terdapat meja panjang dan lilin di tengah. Betul betul di atas meja terdapat lampu candelliar yang besar. Mewah.

Di hujung meja duduk seorang lelaki 40 an. Tengku Kamil kot. Di sebelah kanannya, Puan Salmah.
Sebelah Puan Salmah duduk seorang perempuan yang umurnya mungkin lebih tua 2 3 tahun daripadaku. Di hadapan Puan Salmah, kiri Tengku Kamil, duduk seorang lelaki yang mungkin sama tua denganku. Kacak.

"Duduklah Suraya. Duduk kat sini," senyum puan Salmah sambil menunjuk tempat di sebelah lelaki kacak tadi. Aku cepat cepat duduk.

"Ma maaf sebab terlambat," aku berdebar. Bukan kerana berada dalam rumah asing, tetapi kerana mamat kacak di tepiku menoleh mukanya ke arahku. Rapat.

"Haha. Tak mengapa. Saya Tengku Kamil. Yang bercakap dengan awak dalam telefon hari tu. Selamat datang ke rumah saya. Macam mana bilik, selesa?," ujar Tengku Kamil. Memang semua baik eh dalam rumah ni? Excited betul rasa.

"Terlebih selesa Tengku. Saya macam tak percaya Tengku sanggup sewakan bilik tu dengan harga yang ditawarkan"

"Hahaha. Jangan risau Suraya. Jika kami semua sudah menganggap kamu keluarga kami, kami mungkin tidak akan meminta bayaran pun. Lagi pun bilik tu dah lama kosong. Elok rasanya jika kami menambah ahli keluarga," Tengku Kamil riang. Gembira yang terlalu over bagiku.

"Suraya. Perkenalkan, ni anak kami. Mila, 20 tahun. Belajar di Universiti X. Harraz, 18 tahun. Baru lepas SPM. Akan menyambung pengajian di universiti yang sama dengan kamu. Kalau kamu sudi, kamu bolehlah ke universiti tu dengan dia," ujar Puan Salmah panjang lebar.

Huhu. Peluang keemasan aku nak ngorat Harraz ni. Emak! Dapat menantu kaya mak nanti. Hahahaha. Gedik betul aku ni.

"Ni bibik kami, Maya, panggil bik je. Ni pemandu keluarga, Pak Mat," sambung Puan Salmah. Berdiri di hadapanku, maid tadi dan lelaki (lebih kepada pak cik). Tersenyum mesra. Semua nampak baik.

"Awak, kalau ada masalah bagitahulah kakak. Habis stok tuala wanita ke, masalah cinta ke, akak boleh tolong,"ujar kak Mila. Rasa nak menangis terharu sebab semuanya baik. Cuma Harraz je yang membuat poker face sejak tadi. Bisu ke ape mamat ni?

"Jemput makan," ajak Tengku Kamil.

Aku menadah tangan untuk membaca doa makan tetapi orang sekelilingku sudah mula menyuapkan makanan dalam mulut. Lapar sangat kot. Lama sangat sesi perkenalkan diri tadi. Takkan baca doa pun tak sempat? Ah, abaikan.

Aku menghabiskan doa makan dan melahap dengan sepuas puasnya. Sedap daging ni. Rasa lain macam best dia. Kunyah kunyah , nyum nyum nyum je. Hebat gak Puan Salmah ni masak. Daging mahal kot.

Usai makan, aku membantu bibik mencuci pinggan. Kami berbual mesra sehingga azan Magrib berkumandang.

"Bik, saya nak naik dulu ye. Nak solat"

"Solat? Solat ape?"

"Solat Magrib lah bik. Kan baru azan tadi. Ke bik agama lain?"

"Eh, lupa. Haa, ye ye. Naiklah. Bik habiskan cucian ni".

Aku melangkah ke ruang tamu untuk menuju ke tangga. Sunyi. Sedang solat barangkali. Aku terus ke bilik dan menunaikan ibadah wajib.

SESATWhere stories live. Discover now