8

518 12 0
                                    

Harraz melepaskan tangannya perlahan lahan dari mulutku. Aku tercungap cungap. Mamat ni pehal terjah bilik orang. Nak cari nahas ke ape. Kata sakit tadi.

"Kau pehal datang sini?" Aku cuba berbisik sehabis perlahan.

"Kau ikut aku diam diam. Kemas barang kau. Capat lah. Aku begging dengan kau. Ikut cakap aku kali ni. Demi nyawa kau," serius semacam suara Harraz.

Aku kalau bunyi bab nyawa laju je ikut. Aku kemas barang aku. Packing barang cantik cantik. Mana tahu, Harraz nak ajak aku kahwin lari kat Thailand. Mana tahu, kan.

Harraz mengambil beg pakaian ku dan menarik tanganku. Perlahan lahan kami berjalan keluar dari bilik . Menyusur ke tangga. Ruang tamu. Pintu utama. Garaj. Masuk kereta dan Harraz menghidupkan kereta. Aku hanya diam di sebelahnya. Aku tengok jam . 12 malam.

Semasa mahu keluar dari pagar rumah, Pak Mat sedang berdiri dengan muka marah di tepi pagar.

"Eh, encik. Pak Mat tu macam mana ? Tak nak bagitahu dia dulu ke?" Aku bertanya.

"Ahh, orang tua tu pun sama je. Gila." Perghh, bakal suamiku kurang ajar juga orangnya.

Semasa melepasi kawasan rumah, aku nampak lampu terpasang dari dalam rumah melalui cermin sisi kereta Harraz.

"Encik nak bawak saya ke mana? Bahaya lah malam malam ni. Kalau family encik cari macam mana?"

Harraz hanya diam. Mukanya serius yang amat. Aku malas nak kacau mood orang tengah kacau ni.

2 jam kemudian Harraz menghentikan kereta di sebuah garaj kondominium. Dia mengambil barangku dan membawanya ke lif. Aku hanya mengekori.

Button tingkat 7 ditekan. Suasana dalam lif sunyi. Mana tak sunyinye, malam buta lagi ni.

Sampai di hadapan sebuah rumah, Harraz mengeluarkan kunci dari poket. Aku dah start gelabah.

"Eh encik. Saya bukan perempuan murahan. Saya paham encik marah saya tak keluar dari rumah encik awal awal. Tapi ni dah melampau. Saya rela balik kampung. Saya tak nak jual diri saya," aku dah start nak marah campur nangis campur nervous pikir masa depan aku.

"Kau tak payah cakap banyak. Masuk je dulu. Aku takkan apa apa kan kau. Esok aku hantar kau balik kampung kau," ujar Harraz. Sedikit jengkel dengan sikap perasan aku.

Aku melangkah masuk ke dalam. Cantik. Macam rumah orang berkeluarga. Aku tengok gambar yang terdapat di atas rak. Gambar Harraz dan dua orang tua di tepinya. Harraz tersenyum gembira dalam gambar tu. Tak pernah aku tengok dia senyum macam tu.

"Ni rumah awak ke? Sape ni?" Aku memang suka bertanya. Bukan ape, takut SESAT jalan nanti.

"Hm. Rumah aku. Tu mak bapak aku," Harraz melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Heh? Mak bapak? Pastu sape Tengku Kamil dengan Puan Salmah? Aku memang blurr sekarang.

"Ok. Tak payah buat muka pelik tu kat situ. Meh duduk sini. Aku story kat kau."

Aku akur. Aku juga mahu pencerahan tentang apa yang berlaku.

SESATWhere stories live. Discover now