Aku terjaga apabila dikejutkan oleh pemandu bas. Bas sudah kosong. Semua penumpang sudah turun. Sial betul kau Suraya. Boleh kau tidur tak ingat dunia. Kalau kau kena cabul tadi, nahas. Aku mengatur langkah turun dari bas dan menahan teksi. Lantas aku menghulurkan alamat 'rumah' yang aku dapat dalam iklan surat khabar.
"Rumah siapa dik? Rumah sedara?", pemandu teksi itu cuba beramah mesra. Aku hanya mengangguk. Aku anak yang baik, tetapi tidaklah begitu peramah.
20 minit kemudian, pemandu menghentikan teksi. Aku membayar tambang dan melangkah turun.
Di hadapan mataku tersergam indah sebuah banglo 2 tingkat. Berwarna putih, dihiasi laman yang dipenuhi bunga, rumput segar. Di garaj, terdapat empat buah kereta mewah yang aku tidak tahu namanya. Kereta luar negara barangkali. Masya Allah, hebat! Tapi , benarkah ini tempatnya? Masakan bilik dalam rumah ini mahu disewakan. Apa tuannya gila? Mahu orang asing menjejak kaki ke teratak mewahnya. Takkan RM200 sebulan untuk bilik dalam banglo ni. Sewel ke apa tuan rumah ni. Hm, apa salahnya aku bertanya dulu.
Aku menekan loceng di luar pagar beberapa kali (banyak kali sebenarnya) .
"Ya nong, ada apa ya?" Seorang pembantu rumah indonesia muncul di hadapanku. Tetapi ada yang pelik dengan dialeknya. Seperti dibuat buat. Ah, abaikan.
"Em, ni rumah encik kamil bin rushdi ke?" aku bertanya.
"Iya nong, benar. Ini rumah Tengku Kamil bin Tengku Rushdi", jelas maid tadi. Tengku? Dalam iklan tiada pun Tengku.
"Bikk!! Panggil budak tu masuk," kedengaran suara seorang perempuan sedang menjerit dari dalam rumah. Maid tadi membuka pagar dan membenarkan aku masuk.
Aku mengatur langkah masuk ke dalam banglo itu . Wow! Hebat. Seperti rumah orang kaya dalam drama melayu yang selalu ku tonton.
"Assalamualaikum"
"Suraya kan? Suami saya sudah beritahu saya yang awak akan sampai hari ni. Saya isteri Tengku Kamil , Puan Salmah."
Salamku tidak berjawab. Mungkin terlalu teruja puan Salmah ni. Riang memghulurkan tangan untuk bersalam. Cantik dan awet muda. Puan Salmah kelihatan sungguh ayu dalam busana kebangsaan, iaitu kebaya.
"Ya , saya Suraya," aku senyum.
"Kamu mungkin masih penat ya. Eloklah kamu berehat dahulu. Pukul 6.30 petang nanti turunlah ke ruang makan. Kita makan malam sama sama. Suami dan anak anak masih tidak pulang. Bik, bawa Suraya ke biliknya. Awak pun, jangan malu malu. Buat macam rumah sendiri ya, " Puan Salmah. Ni aku suka ni. Baik, siap suruh buat macam rumah sendiri.
Maid tadi mengankat beg aku dan membawaku ke sebuah bilik di tingkat 2. Wow! Katil King bercadar putih seperti hotel mewah, tv plasma 42' inci, penghawa dingin panasonic, tandas bertab mandi. Aku rasa memang tuan rumah ni gila. Baik gila!
"Rehat ya nong," ujar maid tersebut dan menutup pintu bilikku. Aku merebahkan badanku di atas katil besar tu.
Tanganku pantas mendapatkan telefon pintar dalam poket. Nombor emak di dail.
"Helo mak. Assalamualaikum, su dah sampai mak. Alhamdulillah. Baik baik je. Roommate? Baik mak. In sha Allah tak sonsang. Okay je su tengok. Lurus. Hahaha. Katil single mak. Dua orang sebilik. Tandas hujung koridor. Ye mak. Ye. Su akan jaga diri elok elok. Ye. Baiklah mak. Bye mak. Waalaikummussalam"
Selesai menipu, aku bangun dari katil dan ke tandas untuk mengambil wuduk. Aku menyarungkan telekung dan menunaikan solat asar.
Aku mencapai remote tv dan menghidupkan suis tv. Astro? Hehe. Aku membuka channel HBO dan menonton Star Wars.
YOU ARE READING
SESAT
Mystery / ThrillerAl kisah seorang mahasiswi, Suraya menyewa bilik di dalam banglo milik Tengku Kamil. Banglo yang indah, persekitaran yang nyaman, terlalu sempurna untuk bayaran bulanan yang rendah. Namun, semuanya tak sesempurna yang disangka. Tingkah laku keluarga...