Tidurku pada malam pertama di teratak indah ini terganggu apabila aku diganggu bunyi pelik. Aku cuba membuka mata dengan kudrat yang ada.
3.00 pagi. Ahh, pehal pulak bising pagi pagi ini.Aku bangun dari katil dan menyarungkan tudung. Aku membuka pintu sedikit untuk melihat ke luar. Gelap, sunyi. Hanya bunyi bisikan dari tingkat bawah. Aku takut. Tapi aku tetap memberanikan diri untuk turun ke tingkat bawah. Aku berjalan perlahan lahan. Ada dua sebab aku berbuat demikian. Pertama, aku takut aku akan tersadung dalam gelap ni. Kedua, aku tak nak orang dalam rumah ni tersedar dan mengesyaki aku sedang mencuri.
Di tingkat bawah, suasana sangat gelap. Aku melihat ke arah bunyi bisikan yang ku dengar. Semakin kuat bunyinya. Aku nampak sebuah bilik di hujung tangga. Cahaya menembusi ruang sempit antara pintu dan dinding. Aku pasti bunyi pelik tu datang dari situ.
Aku mendekati bilik tersebut. Aku merapatkan tanganku pada tombol pintu. Bunyi bisikan seperti orang ramai tengah meratib semakin kuat. Aku cuba memulaskan genggaman ku pada tombol untuk membuka pintu. Aku nekad mahu tahu apa yang berlaku di dalam. Tangan ku memulas tombol tersebut dan...
Papp! Bunyi suis dihidupkan. Lampu dinyalakan di seluruh ruang tamu. Aku menutup mata kerana silau.
"Kau buat apa kat situ? Nak mencuri?". Tegas suara seorang lelaki .
Kelihatan Harraz sedang berdiri di tepi suis sambil menyilang tangan di dada. Dia hanya memakai boxer atas lutut dan tshirt putih. Mindaku masih sempat memuji ketampanan nya.
"Hmm, sa saya. Saya terdengar sesuatu dalam bilik ni tadi," aku cuba membela diri. Anehnya bunyi tadi terus hilang.
"Bunyi apa? kau dengar ape ? Aku tak dengar pun. Dah. Pergi naik sebelum parents aku nampak kau. Aku malas nak tengok drama orang kena halau nanti" sindir Harraz.
Aku geram tapi akur. Aku naik ke atas dan menyambung lenaku.
Sebelum terlelap, banyak perkara bermain di minda aku. Bunyi apa tadi? Kenapa Harraz tetiba muncul kat situ? Ahh, malas aku nak ambil tahu. Yang penting aku harus mendapat rehat secukupnya. Esok hari pertama aku di menara gading. Aku perlukan tenaga. Orientasi pasti memenatkan.
Wajah marah Harraz tadi perkara terakhir di mindaku sebelum aku terlena.
YOU ARE READING
SESAT
Mystery / ThrillerAl kisah seorang mahasiswi, Suraya menyewa bilik di dalam banglo milik Tengku Kamil. Banglo yang indah, persekitaran yang nyaman, terlalu sempurna untuk bayaran bulanan yang rendah. Namun, semuanya tak sesempurna yang disangka. Tingkah laku keluarga...