6

544 16 0
                                    

Sudah lebih sebulan aku menetap di banglo Tengku Kamil. Hampir setiap malam bunyi bisikan dari tingkat satu kedengaran. Namun aku persetankan segala bunyi mencurigakan itu. Aku takutkan Harraz.

Malam ke 3 aku di sini, bunyi itu kedengaran. Aku sekali lagi cuba untuk membongkar apa yang berlaku dalam bilik tersebut. Niat ku terbantut apabila Harraz memberi amaran yang sangat tegas supaya aku tidak mendekati bilik tersebut.

Aku pula malas untuk bertanya kepada Tengku Kamil dan Puan Salmah. Bimbang dikata mengada ngada . Sudahlah sewa murah, tinggal selesa, ada hati nak mengadu lagi.

Namun peluang terbuka depan mata apabila aku berjaya meluangkan masa dengan kak mila pada hujung minggu ini.

Kami duduk bersila di atas gazebo sambil menghadap air terjun buatan di bucu pagar di halaman rumah. Petang yang damai.

"Akak, saya nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah banyak pun su. Kalau akak boleh jawab, akak jawabkan."

Bibik Maya sedang menghidang jus oren dan sepinggan karipap dihadapan kami.

"Hmm . Macam ni, akak ade dengar tak bunyi pelik dari tingkat 1 malam malam?"

Kak Mila senyap. Termenung kosong.

"Akak? Akak dengar tak?" Eh, takkan pekak kot minah ni.

"Tak. Akak tak dengar apa apa pun. Su tak selesa ke duduk sini?"

"Eh, mana ada. Selesa yang amat kak. Hahaha. Cuma tulah. Setiap malam saya dengar bunyi kat tingkat 1. Halusinasi saya je kot."

"Kamu memang selalu solat penuh ke?" Apa ke pelik soalan Kak Mila ni. Tak ada modal sangat ke ape ni.

"Ye lah kak. Solat kan tiang agama. Emak memang amanahkan anak anak dia supaya jaga solat. Baru hidup diberkati, kan?" Aku cuba meriangkan suasana dengan bercakap dengan nada riang. Namun Kak Mila hanya memberi reaksi hambar. Poker face.

"Awak tak penat ke solat hari hari?" Ya Allah, pehal ngan minah ni. Ni lah statement yang membuatkan spirit ustazah membuak buak ni. Nak kena kasi ceramah ni.

"Astarghfirullah hal azim kak. Apa penatnya kak. Kita hidup kan atas rezeki yang diberikan Allah. Allah tak minta kita bayar rezeki yang diberikan dengan wang ringgit. Cuma perlu bersyukur dan bersujud pada-Nya. Allah bagi 24 jam sehari. Takkan 30 minit pun tak boleh luangkan untuk beribadah. Pahala dapat, hati tenang. Agama Islam kita ni agama yang elok, suci, sempurna. Suruhan nya juga memberi faedah berbanding keburukan. Contohnya menutup aurat. Tak susah. Makin selesa pun ade berhijab ni. Akak pun boleh lah cuba slow slow berhijab," perghhh , panjang kau ceramah dai Suraya.

"Maksud Su, Su solat sebagai tanda syukur? Gitu?," ujar Kak Mila.

"Tanda syukur dan kerana tanda cinta pada keseluruhan agama Islam. Kenapa kak?"

" Su bersyukur tak dapat tinggal kat sini?" Soalan pelik lagi.

"Bersyukur sangat sangat kak. Kenapa?"

"Kalau macam tu, su kena tunjuk rasa syukur su tu. Macam su tunjuk rasa syukur dengan solat". Muka kak Mila serius gila.

"Kak nak saya buat apa?"

"Su turun makan malam ni. Kita bincang kat meja makan."
Kak Mila bangun dari gazebo dan terus masuk ke rumah. Aku cuba memahami situasi yang berlaku sambil menghirup jus oren buatan bibik Maya.

Apa yang mereka nak aku buat ya?

SESATWhere stories live. Discover now