Ungkai Misteri

610 27 3
                                    

Bomoh Ungkai Misteri Nur

Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati dalam diri seseorang.

Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain.

Ini mengingatkan aku kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh officemate aku baru-baru ini.

Nur, seorang eksekutif muda di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri kira-kira setahun lebih yang lalu.

Pada mulanya semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang bahagia.

Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa, maklumlah kerja eksekutif, gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya hanya seorang kerani sahaja.

Namun langit tidak selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Nur.

Entah apa sebabnya kerjanya sebagai eksekutif selalu terganggu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Nur sakit, malah batuk pun sangat jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan antibodinya kuat melawan penyakit.

Namun penyakit yang mengganggunya kini memang betul-betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di tempat kerja ke rumah.

Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya bergolak. Nur sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan berdenyut-denyut sakitnya.

Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.

Bukan itu sahaja Nur juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya, malahan selera makannya juga sangat pelik.

Kadangkala Nur tiada langsung selera makan, tetapi ada masanya Nur makan terlalu banyak seolah-olah ada sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan Nur sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai seafood tiba-tiba berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan seafood.

Hari demi hari penyakit Nur bertambah teruk bila sikapnya yang periang dan baikhati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah.

Selain itu, Nur juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya gelisah terutama pada waktu malam.

Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang Nur terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Nur supaya membawa Nur berjumpa bomoh.

Namun suaminya berkeras mengatakan yang Nur tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Nur yang berdegil tidak mahu membawa Nur pergi berubat amat mengejutkan rakan-rakan sepejabatnya.

Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Nur sepakat untuk membawa Nur berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Nur.

Dan jangkaan mereka tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Nur terkena buatan orang! Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Nur tidak kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Nur tidak dapat diubati lagi.

Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati Nur tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Nur jadi begitu. Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Nur adalah apabila bomoh tersebut mengatakan suami Nur sendiri yang menyebabkannya jadi begitu.

Kini persoalan mereka mengapa suami Nur berkeras tidak mahu membawa Nur berubat terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Nur sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri?

Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Nur mengambil keputusan untuk cuba membawa Nur ke hospital pula. Di hospital, mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Nur turut mengesahkan Nur terkena buatan suaminya sendiri.

Mana mungkin rawatan moden juga memberikan jawapan tersebut. Tapi yelah... memanglah Nur terkena buatan orang, dia disahkan mengandung 2 bulan!... betullah terkena buatan suami sendiri heh... heh. he he

Cerita-cerita SeramWhere stories live. Discover now