Pukau

508 15 0
                                    


Setelah beberapa detik, aku didatangi oleh satu cahaya yang amat menyilaukan mata..

Setelah cahaya itu hilang, suasana di dalam rumah itu, atau lebih tepat lagi ialah penglihatan aku menjadi cerah kembali..

Aku memerhati keadaan sekeliling, kelihatan semua orang sedang terlentang di atas lantai, tidak sedarkan diri kecuali Kak Afaf yang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan wajah yang ketakutan..

''Dumm..!!! Dummmm..!!! Dummmmm..!!!''.. Kedengaran dengan jelas pintu rumah diketuk dengan kuat, bertalu-talu..

Aku segera memalingkan wajah ke arah pintu dan mata aku terus menangkap satu kelibat manusia berada di hadapan pintu..

''Buka pintu nie..!!! Awas kalau kami dapat kau..!!!''.. Kedengaran dengan jelas suara garau seorang lelaki yang sedang mengherdik Hanif yang berada di hadapan pintu ketika itu, disusuli oleh ketukan yang bertalu-talu..

''Buka pintu nie sebelum kami pecahkan..!!!''.. kata suara garau lelaki yang berada di luar rumah dengan nada mengugut..

''Kamu tak akan mampu pecahkan pintu nie..'' balas Hanif tenang..

''Arrrggghhhhhh..!!!! Duuummmm..!!! Duuummm..!!!'' jerit lelaki yang berada di luar sambil mengetuk pintu dengan lebih kuat..

Hanif memejamkan mata, mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu.. Setelah selesai, dia terus menolak daun pintu dengan kuat, menyebabkan lelaki yang berada di sebalik pintu terpelanting ke belakang..

Pintu terkuak dengan luas, bersuluhkan cahaya bulan yang terang, kelihatan jelas kelibat 2 orang lelaki berpakaian serba hitam sedang merenung Hanif yang masih berada di hadapan pintu ketika itu..

Renungan mereka berdua sangat tajam, seumpama renungan haiwan buas yang sedang memburu mangsa..

''Kami akan bunuh kau..''.. Mungkin itulah yang difikirkan oleh mereka berdua kepada Hanif..

Muka mereka berdua dilumur dengan serbuk hitam, mungkin supaya orang tidak mengenali mereka.. Namun bagi aku, aku sudah dapat mengenali mereka, 2 orang lelaki yang bergelut dengan kami semalam..

''Keluar kau kalau kau berani..'' kata salah seorang dari lelaki tersebut, cuba mengumpan Hanif keluar.. Hanif hanya tersenyum, tidak berkesan dengan kata-kata tersebut..

''Kau penakut, pengecut.. Kemana keberanian kau yang semalam? Dasar budak mentah.. Berani-berani mencederakan rakan aku..'' kata lelaki yang berbadan agak tegap..

Dari segi bentuk badannya, memang tidak salah lagi, dialah yang datang menyelamatkan rakannya apabila rakannya hampir berjaya diikat oleh Hanif semalam..

''Hanif jangan keluar.. Tolong..''.. Kak Afaf berkata dengan suara yang gementar, wajahnya memang menunjukkan reaksi ketakutan yang teramat sangat..

''Minta perlindungan dari Allah.. Jangan leka walau sedetik.. Ingat, jangan keluar dari rumah nie walau apa yang berlaku.. Doakan kita..'' kata Hanif sambil tersenyum, seterusnya melangkahkan kaki keluar dari rumah selepas membaca Basmallah..

Aku segera ke hadapan pintu, cuba melihat apa yang bakal berlaku.. Hanif berjalan perlahan-lahan, jaraknya sejauh 40 meter dari kedua-dua lelaki berkenaan..

Apabila Hanif menghentikan langkahnya, lelaki yang berbadan tegap tadi terus menyerang bertalu-talu.. Jurus serangan angin dilakukan, Hanif hanya menepis dengan menggunakan tenaga dalamannya yang diolah dengan tangan tanpa mengerakkan kaki walau seinci..

Setelah berbelas-belas melakukan serangan, lelaki tersebut berhenti, nafasnya tercungap-cungap.. Dia berhenti mengatur pernafasan dan mengumpul kembali kekuatan..

Cerita-cerita SeramWhere stories live. Discover now