Sementara isteri Din menjaga Kaklong yang masih pengsan, Din membawa kawannya & ustaz tu ke stesen keretapi tempat dia terjumpa anak patung. Dalam perjalanan yang cuma dalam lingkungan 5 kilometer itu, sekali lagi mereka diuji. Meter kereta menunjukkan halaju 40km/j walaupun Din dah menekan pedal minyak semaksimum mungkin. Kereta terasa sangat berat seperti penuh muatan. Ustaz menyuruh Din berhenti di tepi jalan. Sambil membaca beberapa potongan ayat suci, ustaz menggosokkan tangannya di sekeliling balutan sejadah. Balutan sejadah bergerak dengan kuat seolah2 anak patung tu sedang meronta2 untuk keluar. "Kau duduk diam2. Bergoyang2 buat apa..!!" Marah ustaz. Terkedu Din melihat kejadian paranormal yang berlaku di depan matanya. Perjalanan pun diteruskan tanpa masalah.
Sesampainya mereka di stesen keretapi tu, ustaz mengarahkan Din & kawan Din pergi meletakkan balutan sejadah berisi anak patung ke tempat asalnya. "Letakkan di tempat yang susah dilihat & dicapai oleh orang ramai." Kata ustaz sementara dia duduk di dalam kereta untuk berjaga2 sekiranya ada yang mengikut Din & kawannya balik. Kebetulan waktu senja di stesen keretapi pada hari tersebut tak terlalu ramai orang, Din buat keputusan untuk mencampakkan anak patung tersebut ke dalam semak di hujung platform. Selesai urusan di stesen keretapi, mereka bertiga pun bertolak balik ke rumah Din. Dalam perjalanan sempat Din bertanyakan pada ustaz kenapa tak dibunuh saja makhluk halus tersebut. Jawapan ustaz, "Sebab benda tu mendengar cakap. Kalau jenis yang melawan sehingga membahayakan nyawa anak Din, mungkin saya akan pertimbangkan."
Sampai di rumah, Din tengok Kaklong dah sedar dari pengsan. Tapi kemudian pengsan semula sebaik saja ternampak ustaz. Jadi untuk mengembalikan semangat Kaklong, ustaz membuat rawatan dengan membaca potongan ayat2 suci sambil menepuk belakang badan Kaklong yang dialas dengan kain sejadah. Bila semuanya selesai, ustaz pun meminta diri untuk balik. Buka saja pintu rumah, angin kuat menerpa masuk & pokok2 di depan rumah Din bergoyang2 seperti nak hujan ribut. Padahal pokok2 di sebelah kiri & kanan elok saja tak ditiup angin. "Saya tak boleh balik lagi. Benda ni masih belum selesai. Biar saya pagarkan dulu kawasan rumah Din." Proses memagar kawasan rumah Din pun dilakukan. Selepas tu baru la cuaca elok seperti sediakala. Tiada tanda2 nak hujan langsung.
****Don't Forget for Vote and Comment🤗🤗🤗******
For Any order Cake
🍰 Red velvet😍😍😍
🍰 Choc Oreo leayer 😍😍😍😍
PM Whatsapp 01127281757
PM Whatsapp 01127281757Di jamin sedap 😋😋😍😍