Anak PATUNG Berhantu (Forth Story.....)

330 9 0
                                    

Kawan Din pun menghantar ustaz tu balik ke rumahnya. Dalam perjalanan balik, motor yang dinaiki oleh mereka berdua macam ditendang dari tepi. Tercampak kedua2nya di atas jalan sehingga luka di tangan & kaki akibat terseret jalan tar. Nasib baik tak kehilangan nyawa. Benda ni dah main kasar nampaknya. "Rasanya saya tak langgar lubang pun ustaz. Kenapa sampai jadi macam ni?", Kawan Din dah mula pelik. Ustaz pun menyuruh kawan Din supaya berpatah balik ke rumah Din sebab bimbang apa2 menimpa keluarga Din selepas dia balik. Syukur Alhamdulillah takde apa2 yang buruk berlaku.

Memikirkan ada benda yang tak kena, ustaz meminta kawan Din tunjukkan tempat Din mencampakkan balutan sejadah berisi anak patung. Sebaik sampai di stesen keretapi, kawan Din pun membawa ustaz ke kawasan semak di hujung platform. Tapi yang peliknya balutan sejadah berisi anak patung tersebut tiada..! Ustaz pun menghubungi Din untuk memastikan secara tepat di kawasan semak mana anak patung tu berada. Kawan Din yang ada pada waktu kejadian berasa pelik sedangkan dia sendiri nampak Din mencampakkan balutan sejadah berisi anak patung tu.

Ustaz pun keluarkan rotan pendek & membacakan doa di kawasan semak tempat Din membuang anak patung tersebut. Tak lama selepas tu muncul lembaga berbentuk kabus putih dengan mata yang merah saga berhadapan dengan ustaz & kawan Din.

Ustaz : Macam mana kau boleh lepaskan diri?? Aku dah pagarkan balutan sejadah tu daripada kau terlepas keluar.

Saka : Aku taktau. Tiada siapa lepaskan aku. Ikatan tu terbuka sendiri.

Ustaz : Kenapa tadi kau tendang motor yang kami naik?? Apa lagi yang kau nak??

Saka : Kau dah janji nak bagi aku tuan baru tapi kau mungkir janji. Sekarang aku nak kau jadi tuan aku..!!

Ustaz : Aku taknak jadi tuan kau & aku tak janji nak bagi kau tuan baru. Aku cuma janji kau akan dapat tuan baru kalau ada orang lain jumpa & kutip anak patung tu.

Saka tak bertuan itu cuba masuk ke dalam badan ustaz & kawan Din tapi tak berjaya kerana ustaz terlebih dahulu dah memagarkan dirinya & kawan Din. "Hahahaha..kau cuba nak masuk ke dalam badan kami? Ini sudah lebih. Kau betul2 dah melampaui batas. Sekarang aku terpaksa bunuh kau sebab kau dah kacau keluarga Din, aku & sahabat aku. Allahu Akhbar..!!" Ustaz melibaskan rotan pendeknya sebanyak 3 kali sambil membacakan ayat2 suci. Kabus putih tu hilang sekelip mata. Selesai masalah di stesen keretapi, ustaz mengingatkan Din supaya menghubungi dia jika ada apa2 gangguan yang masih berlaku.

******Don't fortgeht to vote and comment********

Cerita-cerita SeramWhere stories live. Discover now