Anak Patung berhantu (Second Story)

301 9 0
                                    

Esok paginya Kaklong masih tak nak pergi ke sekolah. Din pulak seperti biasa, akan mencium Kaklong sebelum pergi ke tempat kerja. Tapi alangkah terkejut beruknya Din bila anak patung yang dibuangnya ke sungai semalam ada di kepala katil Kaklong. Dalam keterkejutan yang amat sangat tu, Kaklong terjaga. "Kenapa Abah buang anak patung Kaklong?". Din yang masih terkejut cuma menjawab, "Tak, tak. Abah tak buang. Kaklong tidur balik yer." Din keluar dari bilik Kaklong, terus telefon tempat kerja untuk mintak cuti kecemasan. Din beritahu isterinya yang dia nak cari pengamal perubatan Islam yang pandai dalam hal2 mistik ni. Melalui sorang kawan Din, ada sorang ustaz yang sanggup tolong ubatkan Kaklong pada hari tu.

Selepas Asar, kawan Din & ustaz tu datang ke rumah Din. Sebaik saja ustaz tu melangkah masuk ke rumah, Kaklong yang tengah berkurung dalam bilik terus meluru keluar ke ruang tamu sambil membawa anak patung. "Buat apa kau datang sini?? Aku tak suka kau datang rumah ni..!!", Kaklong bercakap dengan suara garau & kasar seperti suara lelaki dewasa. Dia hempaskan badan ke sofa. Ustaz terus ajak Din untuk berbincang di luar rumah & mintak Din ceritakan punca Kaklong bersikap sedemikian rupa.

Selepas Din dah jelaskan semuanya, ustaz tu masuk semula ke dalam rumah. "Kenapa kau datang balik?? Keluar..!! Aku tak suka kau datang sini..!!". Sekali lagi Kaklong menengking. Mata putihnya sudah kemerahan seperti biji saga. Ustaz mengambil segenggam garam kasar yang dicampur dengan lada hitam lalu dicampak ke arah Kaklong. "Aduhhhh..sakittttt..!!" Kaklong menjerit kesakitan. Din & kawan Din diarahkan untuk membaringkan Kaklong di atas sehelai sejadah. Ibu jari kaki Kaklong dipicit dengan lada hitam.

"Dari mana kau datang?? Kenapa kau masuk dalam badan budak perempuan ni??", Ustaz memulakan sesi soal jawab dengan makhluk halus yang merasuk Kaklong. "Aku datang dari anak patung tu. Aku takde tuan. Ayah budak tu yang kutip aku..!! Arghhh, sakittt, sakittt..!!", Kata Kaklong sambil menuding jari ke arah Din. "Sekarang aku nak kau masuk semula dalam anak patung tu. Aku nak buang ke tempat asal kau..!!", Ustaz mengarahkan. "Aku tak nak. Budak ni dah buat perjanjian dengan aku. Dia dah berjanji nak jadi tuan baru aku. Aku suka budak ni jadi tuan aku..!!", Kaklong membalas.

Bermula sesi paksa memaksa & ugut mengugut untuk buat makhluk halus tu masuk semula ke dalam anak patung. Sehinggalah ustaz berkata, "Aku janji kau akan dapat tuan baru kalau ada orang kutip anak patung ni di tempat asal kau. Sekarang kau nak keluar daripada badan budak ni atau tak? Kalau kau tak nak, aku terpaksa bunuh kau." Makhluk halus tu masih berdegil. Ustaz pun terus memicitkan biji lada hitam di ibu jari Kaklong. Akhirnya setelah meronta kesakitan, Kaklong pengsan. Dengan tiba2 kepala anak patung yang berada di atas sofa bergerak2. Mengejutkan semua yang berada di situ kecuali ustaz. Mengikut kata ustaz, makhluk halus tu telah berpindah masuk ke dalam badan anak patung. Maka ustaz dengan pantas membalut anak patung dengan sejadah & diikat mati dengan tali.

****Don't Forget for Vote and Comment🤗🤗🤗******

For Any order Cake
🍰 Red velvet😍😍😍
🍰 Choc Oreo leayer 😍😍😍😍
PM Whatsapp 01127281757
PM Whatsapp 01127281757

Di jamin sedap 😋😋😍😍

Cerita-cerita SeramWhere stories live. Discover now