sweet rain (part1)

146 6 5
                                    

'Kriiiiiiiinggggg'
Jam sorang yeoja berbunyi membuatkan dia terbangun dan 'bukk'...
Kim Taeyeon(you) terjatuh dari katilnya yang empuk. "Aduh, sakitnya.." Taeyeon bangun dalam keadaan separuh sedar dan dia melihat jam yang berada di meja lampu. "Hmmm... Jam berapa sekarang ni??" Taeyeon melihat jam itu dan matanya membesar sebab dia sudah lewat bangun untuk menolong ommanya membuat sarapan. 'Aigoo.. Sekarang dah jam 7am. Omma mesti marah kalau aku tak tolong dia buat sarapan..' Taeyeon berkata dalam hati..

[Dapur]
"Omma mianhaeyo.. Saya lambat bangun untuk tolong omma buat sarapan.." Taeyeon memeluk omma dari belakang sebab rasa bersalah dan takut ommanya marah. Omma tersenyum dan berkata kepada Taeyeon. "Gwenchana. Omma tak kisah kamu lambat bangun sebab omma tau kamu penat bekerja." Taeyeon membalas senyuman omma. Taeyeon segera menolong omma membancuh air dan menghidangkan makanan ke meja makan.

"Taeyeon.. Mana adik-adik kamu? Dorang belum bangun lagi ke?" Omma menanya Taeyeon. "Omma.!! Kenapa omma selalu cakap macam tu? Dorang tu kan kembar saya.." Taeyeon marah omma tanda protes sebab omma selalu membezakan mereka walaupun kembar. "Omma buat macam tu sebab kamu kan lahir dulu. Lagipun, omma tengok kamu nampak matang berbanding kembar kamu yang dua orang tu."

Kim Taeyeon mempunyai kembar iaitu Kim Taemin dan Kim Taehyung. Taeyeon yang pertama dilahirkan. Lima minit kemudian Taemin dilahirkan. Sepuluh minit selepas itu Taehyung dilahirkan. Mereka adalah kembar tiga yang tidak seiras. Omma mereka selalu membezakan mereka sebab mereka mempunyai personality yang berbeza.

"Dah.. Kamu jangan nak mengada-ada nak marah. Kamu pergi bangunkan kembar kamu tu. Omma pun nak bangunkan appa kamu ni." Omma menyuruh Taeyeon bangunkan kembarnya. "Ya omma.."

[Bilik Kim Taemin]
"Yah!!! Bangunlah.. Kau takde kelas ke hari ni?" Taeyeon menggerakkan badan Taemin yang berbungkus dalam selimut. Taemin langsung tidak bergerak. Taeyeon membuka selimut Taemin dan berbisik manja dekat telinga Taemin. "Jimin sayang bangunlah.." Taeyeon sengaja memanggil dengan nama panggilan yang digunakan oleh mereka sekeluarga. Taemin pun tersenyum dan memeluk Taeyeon sebab mungkin dia masih dibuai mimpi yang indah. Taeyeon terkejut dan cuba melepaskan pelukan Taemin. Tapi, dia tidak berdaya untuk melepaskan pelukan Taemin sebab dia dipeluk erat. Taeyeon terpaksa bersabar dan menahan geram. Taeyeon sekali lagi berbisik dan membuat ugutan. "Sayangku Jimin. Bangun sekarang kalau tak nak kena siram." Taemin seakan mengenali suara yang berbisik itu. Taemin membuka matanya dan perasaan dia seperti terpeluk seseorang. Taemin pun terkejut dan melepaskan pelukan. "Noo...noo...na... Mianhae aku terpeluk noona. Taemin berkata dengan tergagap. "Hish... Budak ni. Sudah la susah nak bangunkan. Panggil aku noona lagi. Wei!! Kita ni sama umur la." Taeyeon marah dan memukul kepala Taemin. "Hah... Buat apa lagi tu duduk atas katil? Pergi mandi dan turun bawah sarapan." Taeyeon berkata dengan tegas. "Yalah.. Aku bangun la ni."

[Bilik Kim Taehyung]
"Taehyung..!! Bangun.!!" Taeyeon membangunkan kembarnya yang sorang lagi. Taehyung juga sama seperti Taemin tidak bergerak. Taeyeon terpaksa melakukan strategi untuk mengejutkan Taehyung. Taeyeon menarik selimut Taehyung dan dia menarik jari kaki Taehyung satu demi satu sehingga terkeluar bunyi 'pop'. Taehyung terasa jari kakinya sakit dan dia pun bangkit segera tapi masih dalam keadaan separuh sedar. "Hmmmm..." Taehyung masih mamai. Taeyeon berasa geram lalu memukul Taehyung dengan bantal. Taehyung tersedar daripada mamai. Dia terlihat muka Taeyeon yang sedang geram dan Taehyung pantas bangun dari katilnya. "Noona.. Mianhae.. Sa..sa..ya dah bangun." Taehyung bercakap tergagap sambil tersengih. "Kau pergi mandi. Pastu turun bawah. Araseo?" Taeyeon berkata dengan nada yang tegas. "Satu lagi aku nak cakap. Jangan panggil aku noona. Kalau kau sebut noona lagi, aku bagi ni.." Taeyeon menunjukkan penumbuk kepada Taehyung. Kembarnya tersengih melihat Taeyeon. "Ok noona. Hahahahah.." Taehyung sempat lagi bergurau dengan Taeyeon dan dia terus masuk ke bilik mandi sebab takut dipukul oleh Taeyeon.

[Meja makan]
Omma, appa dan Taeyeon turun selepas Taeyeon membangunkan dua orang kembarnya. Mereka bertiga makan dengan penuh selera. Kim Taemin dan Kim Taehyung turun ke bawah bersama dan terus ke meja makan. "Appa dah lambat ni. Appa jalan dulu." Appa mereka menghabiskan makanan dia dengan gelojoh sebab ingin mengejar masa. "Yeobo, jangan lupa bawa payung ya? Saya tengok kat luar hujan sekarang." Omma sempat berpesan kepada appa. "Ok, chagiya." Appa senyum dan berlalu pergi. Taemin dan Taehyung pun kelam kabut makan sebab takut lambat ke kuliah masing-masing.

Kim Taemin dan Kim Taehyung mengambil jurusan yang berbeza di universiti yang berbeza. Taemin mengambil jurusan tarian di Universiti K. Taehyung pula mengambil jurusan vokal di Universiti M. Kamu berdua ni kenapa makan gelojoh betul?" Omma menanya Taemin dan Taehyung. "Omma, kami dah lambat ni pergi kuliah." Taemin menjawab. Taehyung hanya mengangguk setuju dengan jawapan Taemin.

"Taeyeon, aku pinjam kereta kau hari ni ya? Motor aku ada problem sikit la. Boleh kan?" Taemin minta izin untuk meminjam kereta Taeyeon. "Habis tu aku nak pakai apa pergi kerja?" Taeyeon tanya Taemin dengan suara yang sedikit tinggi. "Alahh, kau naik bas la. Eh! Aku dah lambat ni. Omma, saya jalan dulu. Pinjam ya? Heeee..."

Taemin terus ambil kunci kereta milik Taeyeon yang bersangkut dekat dinding. "Hei jimin, kau bawa kereta aku hati-hati. Kalau ada rosak atau calar kau baiki guna duit kau. Araseo?" Taeyeon sempat lagi beri amaran. "Yalah, kau jangan risau la. Aku jaga baik-baik kereta kesayangan kau tu."

"Omma, saya pun dah lambat juga ni. Saya jalan dulu." Taehyung pun berlalu pergi dan siap memakai baju hujan sebab dia pun mempunyai motor sendiri. "Yalah, hati-hati bawa motor tu. Sekarang ni hujan, jalan raya licin sikit." Omma memberi nasihat kepada Taehyung. "Ok omma... Heee.."

Taeyeon, Taemin dan Taehyung mempunyai kenderaan sendiri yang diberi oleh appa dan omma mereka sempena ulang tahun mereka bertiga yang ke 19 tahun. Taeyeon dihadiahkan kereta jenama Suzuki Swift jenis sport yang berwarna biru cair. Taemin dan Taehyung pula dihadiahkan motor yang sama jenama jenis sport(macam motor lumba tu..hahaha) tapi berlainan warna. Motor Taemin berwarna hitam. Taehyung pula berwarna hijau. Hadiah mereka itu sudah setahun digunakan. Sekarang mereka berumur 20 tahun.

Taeyeon tidak menyambung pelajaran seperti kembarnya. Dia mempunyai impian sendiri iaitu ingin membuka kedai sendiri. Pada umur 18 tahun, Taeyeon telah mengambil kursus bakeri selama 6 bulan. Kemudian, dia bekerja untuk mencari modal perniagaan selama setahun setengah. Dan pada usia 20 tahun, dia berjaya membuka kedai bakeri yang diberi nama 'Soft and Lovely Cake Shop'.

Setiap hari Taeyeon akan mula bekerja pada jam 10am. Tetapi, kedainya buka jam 8am. Dia mempunyai pekerja yang sudah lama bekerja sejak pembukaan kedainya. Jadi, dia percaya dan yakin akan pekerjanya sebab dia tahu perangai pekerjanya. Taeyeon hanya mengambil tiga orang pekerja sahaja sebab kedainya itu tidak berapa besar sangat. Lagipun, perniagaannya masih baru. Keuntungan yang diperolehi belum cukup untuk membesarkan kedai dan menambah pekerja.

[Bus stop]
Tepat jam 8.30am Taeyeon keluar rumah pergi ke bus stop yang mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki dari rumahnya. Taeyeon melihat jam tangannya yang menunjukkan baru jam 8.40am. Hujan turun gerimis. Taeyeon menggunakan payung berwarna putih. Dia terpaksa berdiri menuggu bas sebab tempat duduk di bus stop dipenuhi orang yang mahu menaiki bas. Semasa menunggu bas yang belum Tiba, Taeyeon sempat termenung melihat kereta yang banyak di jalan raya. Tiba-tiba, sebuah kereta hitam jenama ford yang dibawa oleh seseorang berjalan laju di atas jalan yang basah dengan air hujan. 'Splashh'.. Air hujan yang ada di jalan raya itu terkena Taeyeon dan bajunya basah kuyup. Taeyeon terkejut dari lamunannya dan sedar bajunya basah. Dia mengeluh dan marah dalam hati. 'Tak guna betul kereta tu. Oopss, bukan kereta tapi orang yang bawa kereta tu. Arrgghhhh.. Geramnya aku..' Taeyeon sempat melihat jenis kereta dan ingat nombor flat kereta tersebut. 'Jaga kau pemandu kereta. Kalau aku jumpa kau. Aku nak belasah kau. Huh!!' Taeyeon bermonolog dan balik semula ke rumahnya untuk menukar pakaian.

TBC...

Sweet RainWhere stories live. Discover now