sweet rain(part 10)

26 2 1
                                    

(A/n: "....." = dialog , '.....' = monolog atau ringtone HP)

[Taman xxx]
Kim Taeyeon datang jam 4.30pm.. Dia datang lambat disebabkan Jin menyuruhnya membuat cupcake. Lagipun, waktu petang macam ni jalan raya pun jam.

Dia pun keluar dari kereta setelah parking keretanya. Dia berjalan menuju ke taman yang Jin beritahu kepadanya.

Taeyeon mengenakan pakaian ringkas iaitu kemeja biru di tuck in ke dlm skirt paras lutut yang berwarna hitam. Dia hanya memakai mekap nipis sahaja dan mengikat rambut pony style.

Kim Taeyeon terlihat susuk tubuh yang dikenalinya sedang duduk di bawah pokok. Dia bersandar pada batang pokok tersebut sambil mendengar lagu menggunakan earphone.

Dia menutup mata mungkin ingin menghayati lagu yang di dengarnya.. Taeyeon menghampiri kawasan itu yang di duduk oleh Jin. Taeyeon tersenyum melihat kelakuan Jin.

Taeyeon mendapat idea nakal untuk mengenakan Jin. Taeyeon meletakkan cupcake yang dibawanya. Dia pun menghampiri Jin dengan perlahan-lahan.

Tiba-tiba, ada seekor labah-labah merayap di atas riba Taeyeon. Dia pun menjerit ketakutan. "Arrghhh... Spider man!! Pergi sana.. Pergi... Arggghhh!!" Dia menjerit sambil tangannya ligat menampar skirtnya.

Dalam masa yang sama juga Jin seperti terdengar jeritan seseorang dekatnya. Dia pun membuka matanya. Taeyeon sedang menjerit dan memerhati saja kelakuan Taeyeon yang lucu di matanya. Jin tersenyum dan ketawa. "Apa yang awak buat tu?"

"Awak tolong saya.. Ada spider man kat skirt saya. Tolong halaukan." Taeyeon menjerit sambil tangannya ligat menghalau spider itu.

Belum sempat Jin menghalau spider, Taeyeon mendakap Jin secara mengejut. Jin menjadi kaku seketika. Jantungnya berdegup kencang.

Taeyeon baru tersedar yang dia terpeluk Jin segera meleraikan pelukan. Tetapi, Jin memeluknya semula.

Taeyeon merasakan jantungnya berdegup dengan laju seperti orang berlumba lari. Taeyeon hanya menjadi kaku dalam dakapan Jin. Dia terkejut dengan tindakan Jin.

"A...awak buat apa ni?" Taeyeon tergagap berkata sebab nervous dipeluk.

" Good question.. Hihihi.. Saya peluk awak sebab...." Jin meleraikan pelukan dan memegang dua bahu Taeyeon.

"Sebab.???" Taeyeon menanti jawapan Jin yang tergantung.

"Saya....jatuh...ci...." Jin nervous untuk meluahkan kata keramat itu.

"Haa?? Apa dia?? Tak jelas awak cakap. Taeyeon tidak mendengar dengan jelas apa yang dikata Jin.

"Sa..sa...ya...jatuh ci...cin.." Jin sekali lagi gagal berkata ayat itu.. Dia tergagap untuk berkata.

Taeyeon hanya melihat Jin terkumat kamit mulutnya ingin berkata sesuatu tapi dia gagap. Taeyeon tidak berapa dengar dengan jelas. Taeyeon marah lalu berkata dengan kasar dan lantang.

"Jatuh apa?!!" Taeyeon hanya mendengar jatuh sahaja. Selepas perkataan 'jatuh' dia tidak dengar.

Jin yang masih nervous terkejut mendengar suara Taeyeon. Dia pun tersasul. "Jatuh cicak...eh..bukan."

"Cicak?? Arggghhh..!!! Mana cicak?!!" Taeyeon menjerit selepas mendengar Jin berkata ada cicak.

"Bukan!!"

TBC....

Sweet RainWhere stories live. Discover now