[Rumah Kim Seokjin]
Jam 7.30am Jin terbangun dari tidur. "Wuaaaahhhh.. Jam berapa dah ni?" Mata Jin terbuka luas melihat jam miliknya itu. "Alamak!! Andwae!! Aku tak boleh lambat hari ni..." Jin nelompat turun dari katilnya dan terus mencapai tuala. Dia segera ke bilik mandi.Kim Seokjin turun ke bawah setelah siap berpakaian kemas. Dia kelam kabut mencari kunci keretanya. "Mana pula aku letak kunci kereta aku ni?" Dia masih mencari di sekitar ruang tamu. "Ajumeoni.. Ada nampak tak kunci kereta saya?" Jin bertanya kepada pembantu rumahnya. "Saya letak di meja sebelah telefon rumah encik.." Pembantu rumah menjawab dengan sopan. "Kamsahamnida, ajumeoni."
Pembantu rumahnya itu bekerja pada waktu pagi hingga tengah hari. Dia hanya mengurus rumah bila Jin tiada di rumah. Pada waktu malam, Jin boleh mengurus diri sendiri. Dia mahir memasak tapi untuk diri sendiri je.. "Ajumeoni.. Kalau dah siap buat kerja ajumeoni boleh balik awal. Tak perlu tunggu sampai tengah hari. Ni duit tambang teksi.
Jin seorang yang peramah, hormat orang tua dan baik hati. Pembantu rumahnya lama berkhidmat dengannya sejak dari sekolah rendah lagi. Omma dan appa Jin bekerja di luar negara. Mereka jarang balik ke rumah. Tetapi, mereka tidak mengabaikan Jin. Mereka akan selalu menghubungi Jin sebab dia adalah anak tunggal mereka.
Bila Jin sakit, pembantu rumahnya akan segera menghubungi omma dan appa Jin. Mereka berdua terus mengabaikan kerja dan segera membeli tiket kapal terbang ke Seoul. Tetapi, Jin sorang anak yang memahami akan orang tuanya yang sentiasa sibuk dengan kerja.
"Encik tak nak makan dulu?" Pembantu rumah menanya Jin yang sibuk mengemas dokumen penting dan menyimpannya dalam beg kerjanya. "Hmm.. Ajumeoni.. Lepas ni jangan panggil saya encik lagi. Lama dah saya pendam. Hari ni baru terkeluar.. Hahaha.. Lagipun, ajumeoni dah lama bekerja kat sini. Saya dah anggap ajumeoni macam omma saya dah. Mulai hari ni panggil saya Jin je ok??" Jin berkata kepada pembantu rumahnya. "Nae.. Araseo.. Hahaha.." Pembantu rumah terkejut dengan kata-kata Jin tadi. Tapi, dia hanya mampu bersetuju dan tersenyum sebab ia atas arahan majikannya. "Arhh.. Jin.. Gomawo sebab bagi duit tambang." Pembantu rumah sempat mengucapkan terima kasih kepada Jin. "Hahahah.. Sama-sama ajumeoni.."
Jin melihat jam tangannya.. Jin terus berlalu ke pintu dan memakai kasut. Pembantu rumah mengekori Jin dan mencapai payung di tempat khas untuk meletak payung yang berada di sebelah pintu. "Jin.. Bawa payung ni. Sekarang ni hujan." Pembantu rumah sempat memberitahu Jin. "Oh.. Kamsahamnida ajumeoni." Jin mengambil payung dari tangan pembantu rumah dan membuka payung. Jin menoleh ke arah pembantu rumah. Dia senyum dan tunduk hormat kepada pembantu rumah lalu masuk ke dalam kereta.
[Dalam kereta]
Jin memasang enjin kereta dan memandu keluar ke jalan raya. Dia memandu dengan sangat laju. Hujan turun gerimis dan menyebabkan jalan basah serta licin.Hari ni Jin mempunyai ujian praktikal di hospital terkenal dan ternama di Seoul. Dia menjadi doktor praktikal selama 3 bulan dan menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan yang masih berbaki 3 tahun lagi. Dia akan graduated bila umurnya 26 tahun. Jin lebih meminati menjadi doktor sebab ia memang impian dan cita-citanya sejak sekolah rendah lagi.
Semasa Jin sekolah menengah dan sekolah tinggi, dia selalu dapat tempat pertama dalam kelas dan dalam tingkatan. Kadang-kadang dia mendapat tempat kedua sebab Jin mempunyai pesaing dan juga kawan baiknya iaitu Kim Namjoon. Mereka berdua sering bersaing dalam pelajaran. Setelah tamat pelajaran, Kim Namjoon mendapat tawaran belajar di London. Kim Seokjin pula di New York. Mereka berdua mengambil jurusan yang berbeza. Mereka masih lagi berkawan. Tapi, jarang berjumpa sebab mereka belajar di tempat yang berbeza. Mereka hanya mampu berhubung melalui media sosial sahaja.
Semasa Jin memandu keretanya untuk pergi ke hospital tempat dia praktikal, dia tidak sengaja tersimbah air hujan yang berada di atas jalan raya. Air hujan itu terkena di tepi jalan yang berdekatan dengan bus stop. Jin sempat melihat cermin sisi keretanya. Dia ternampak sorang yeoja bajunya basah kuyup. Dia tiada masa untuk berhenti dan minta maaf. Dia pun ingin mengejar masa untuk sampai ke hospital. 'Aigooo.. Baju dia basah sebab aku la.. Macam mana ni? Arhh.. Biar la.. Kalau ada jodoh kami berjumpa juga nanti untuk saya minta maaf.' Jin berkata dalam hati dan tersenyum sendiri.
TBC....
YOU ARE READING
Sweet Rain
FanfictionCerita ni memang best klau dibaca.. Sebuah cerita romantic.. Once upon a time...??hihihi.. Kisah dia camni Kim Seok Jin telah terjatuh cinta tanpa sengaja ngan Kim Taeyeon disebabkan satu peristiwa yg tidak sengaja berlaku.. Adakah Taeyeon akan memb...