sweet rain (part 11)

37 2 0
                                    

(A/n: "......."=dialog, '........'=monologue atau bunyi ringtone HP)

"Bukan!!" Jin berkata sambil menenangkan Taeyeon.

Kim Taeyeon mula tenang sedikit. Dia mengatur nafasnya yang turun naik akibat dia menjerit sebentar tadi. "Kalau takde cicak jatuh,jatuh apa tadi awak cakap?"

Kim Seokjin tarik nafas dan menghembus nafas melalui mulut. Dia mula menyusun ayatnya semula. Jin duduk menghadap Taeyeon sambil memegang erat kedua-dua tangan Taeyeon.

"Ok.. Sekarang saya nak awak dengar apa yang ingin saya sampaikan. Dan jangan nak menyampuk saya cakap. Awak jadi pendengar sahaja ok?" Kata Jin.

"Yalah. Saya tak menyampuk. Saya akan jadi pendengar yang baik." Taeyeon senyum sambil memandang muka Jin. Dia tak melenting apabila Jin memegang tangannya. Sebaliknya, dia membiarkan sahaja Jin memegang tangannya yang kecil molek itu.

"Sebenarnya, saya dah lama jatuh cinta kat awak sejak pertama kali nampak awak kat kedai awak hari tu. Dan kebetulan pula, awak la yeoja saya tersimbah air hujan tu. Tapi, saya tak tau sekarang ni apa perasaan awak terhadap saya. Sebab awak asyik bertindak ganas je kat saya."

Jin akhirnya telah meluahkan perasaannya kepada Taeyeon. Dia menarik nafas lega. Segala yang tersimpan dalam hati terluah juga akhirnya.

Sekarang giliran Taeyeon pula. Jin ingin tahu reaksi Taeyeon. Dia menunggu dan sedang melihat reaksi Taeyeon. Taeyeon masih kaku dan matanya yang bulat hanya melihat sahaja muka Jin yang hensem tu.

Taeyeon tunduk dan berdehem menutup malunya. Dia malu sebab lama memandang Jin. Dia pun membuka mulut ingin berkata untuk meluahkan perasaannya juga.

"Ehemm hemm.. Sebenarnya saya pun dah lama jatuh cinta dengan awak. Tapi, saya tahan dan malas nak ambil tahu. Saya menafikan semua tu. Dan bila awak tak kenal putus asa nak curi hati saya. Saya mula membuka pintu hati saya untuk beri awak peluang cintakan saya." Taeyeon terus memalingkan mukanya dari menatap muka Jin dan tertunduk malu.

Jin yang dari tadi mendengar luahan perasaan Taeyeon tersenyum. Hatinya kembang seperti bunga yang mekar. Dia memegang dagu Taeyeon dan mendongakkan untuk menatap matanya.

Jin mula merapatkan mukanya ke muka Taeyeon. Taeyeon seperti tahu apa yang Jin lakukan. Jantungnya berdebar tak tentu arah. Dia pun menutup matanya dan bersedia untuk mendapat first kiss dari Jin.

Taeyeon masih menutup matanya. Tiba - tiba dia merasa telinganya mendengar lagu. Dia membuka matanya. Rupanya Jin meletakkan headphonenya di kepala Taeyeon.

Setelah habis lagu itu, Taeyeon membuka headphone dan meletakkan di lehernya yang jinjang.
Jin menyanyikan lagu 'Miss Right' sambil memetik gitar yang dibawanya dari rumah.

Taeyeon menangis terharu dan gembira. Baru sebentar tadi dia mendengar lagu itu. Kini, dia mendengar pula secara langsung.

'Merdu juga suara dia ni.' Taeyeon sempat monologue. Taeyeon hanya mendengar dan menatap kelakuan Jin yang sedang menyanyi. Setelah habis nyanyian dari Jin, dia sempat melakukan silap mata.

"Jap apa kat belakang awak tu? Jangan bergerak." Taeyeon hanya duduk kaku sahaja sebab takut mungkin itu spider. Jin pun mencapai sesuatu di belakang Taeyeon.

Jin menghulurkan sekuntum bunga ros kepada Taeyeon. Taeyeon menyambut bunga ros itu. "Dari mana awak dapat ni?" Taeyeon bertanya dan berasa pelik.

"Well, it's a magic trick. Saya baru belajar semalam. Tak sangka menjadi juga." Jin ketawa. Taeyeon hanya tersenyum sahaja.

"Owhh ya! Saya ada bawa cupcake feveret awak. Nah!" Taeyeon memberi kotak berisi cupcake Jin iaitu strawberry cupcake.

"Tak nak!" Jin berubah jadi baby boy. 'Ek eleh!mengada-ada pula dia ni jadi manja. Ketuk kepala tu baru tau.' Taeyeon memerli Jin dalam hati.

"Kalau tak nak biar saya makan sorang." Taeyeon mengugut. "Nak suap.??" Jin buat muka aegyo. "Hish! Mengada la awak ni. Ok buka mulut. Aahh.." Taeyeon menyuapkan cupcake ke mulut Jin. "Mmm... Sedapnya.." Jin memuji.

Setelah mereka habis berpiknik sambil bergurau senda,bergelak ketawa. Mereka pun mengemas tempat mereka bersantai itu.

Sebaik sahaja mereka habis mengemas. Hujan gerimis turun menimpa bumi. Mereka berteduh di satu pondok dan duduk sebentar. Kereta mereka jauh dari taman itu.

"Awak tau tak? Saya sangat suka hujan yang macam ni. Hujan yang turun gerimis halus umpama salji turun." Taeyeon memulakan perbualan kosong bersama Jin.

"Owh ya ke? Saya pun suka hujan macam ni. Buat saya rasa tenang je. Dan takdir menemukan kita ketika hujan turun camni dulu." Jin tersenyum. Taeyeon pun membalas senyuman Jin.

Taeyeon memberanikan diri untuk mendekati Jin dan memeluk lengannya. Jin terkejut. Dia memandang Taeyeon. Taeyeon membalas pandangan Jin. Mereka tersenyum bahagia.

Sweet rain itu mereka ditemukan. Sweet rain itu juga mereka bersatu.

And.. Hope this sweet rain make them happy ending soon.. 'HAVE A NICE SWEET RAIN FOR BOTH OF YOU KIM SEOK JIN AND KIM TAE YEON'

TAMAT AKA THE END..

(A/N: finally tamat juga ff ni..sorry kpd readers sbb lama tunggu sy sambung ff ni. I'm really sorry. Mesti ada yang remove ni ff dari library kan? It's OK. Sbb sy lambat smbg??
1)takde idea.klau ada idea dtg, tiba2 hilang. Its make me stress..
2)I'm busy..sy kerja so tk dpt smbg..niat nk smbg sblm tidur tk dpt sbb penat.lalu tertidur.hahaha..
So hope you guys read this ff..and try baca dan fahami this part. Maybe I'm making surprise for the readers.hahahaha...
Last but not least: read, vote and comments please??
Ok tu shj..thanks^^)

Sweet RainWhere stories live. Discover now