Suga menarik selimutnya sehingga menutupi separuh tubuhnya. Terasa sejuk malam itu. Menggigil tubuh suga dibuatnya. Dia melihat ke arah penghawa dingin. Kelihatan angin yang keluar dari penghawa dingin itu sungguh kuat.
Suga berdiri malas, dia melihat jam di iphonenya, suduh pukul 3.00 pagi. Suga berjalan perlahan ke arah penghawa dingin. Dia mengambil remote kawalan jauh dan memperlahankannya kepada 28°C. Dia berjalan semula menghampiri katil untuk menyambung tidurnya semula. suga membaringkan badanya semula,"tang! ktung! Ktang! Ting!"
kedengaran bunyi pelik dari arah dapur. Dahinya berkerut. Suga melihat sekeliling, semua rakan-rakannya masih nyeyak tidur dengan dibaluti selimut di tubuh, dengkuran namjoon dan jimin kedengaran berselang-seli.
Suga membuat tidak endah kepada bunyi itu. Mungkin tikus agaknya."Prakkkkk!!!"
Bunyi kaca pecah menarik perhatian suga semula. Badanya tegak berdiri. dia memandang lama ke arah dapur. Hatinya mula berdegup kencang. Kepalanya ligat berfikir,
"siapa yang ada kat dapur malam-malam buta macam nie?"
ingin pergi lihat atau membiarkan sahaja. Dia masih berkira-kira. 10 minit menunggu, Suga mengambil keputusan untuk melihat apa yang berlaku di dapur. Dia berjalan dengan berhati-hati. Kakinya dijengketkan sedikit, takut2 ada pencuri yang menyelinap masuk ke dalam dapur rumah mereka.suga cuba mengintai dari celah pintu. ketika itu juga, bahunya ditepuk dari belakang.
"Hyung, Buat apa ni?"
Jungkook mengesat-gesat matanya yang masih bersisa ngantuk. ditambah dengan keadaan Rambut yang kusut masai, membuatkan suga sedikit terkejut. jungkook mengaru badannya yang gatal kerana tidur tidak berbaju.
"ish kau ni! Lain kali panggilah dulu, nie tak, terus je tepuk." Suga memandang kehadapan semula.
Jungkook memandang pelik
"aku baru bangun, dah kena marah."
Jungkook mengaru belakang tengkuknya yang tidak gatal.
"Kenapa hyung?"
"Buk!!"
Pertanyaan jungkook tidak dijawab malah diberikan satu tendangan percuma dari belakang.
"Aduh! Sakitnya"
jungkook menggosok-gosok kaki kananya yang sakit. Jungkook pelik melihat tingkah laku suga yang seperti terhendap-hendap mencari sesuatu. Dia hanya mengekori dari belakang, tanpa sebarang pertanyaan. Takut nanti terkena tendangan maut lagi.
Bunyi pelik itu masih ada, semakin lama semakin kuat. Suga mula tidak sedap hati, adakah orang itu tidak mendengari perbualan mereka berdua sebentar tadi, ataupun...... orang itu bukan manusia. cepat2 suga menggelengkan kepalanya. Bagi menghilangkan rasa takut.
Suga menapak perlahan. sampai sahaja di sebalik pintu dapur, suga melihat ke dalam. Suasana yang gelap dan suram membuatkan penglihatan suga terbatas. dia terlihat kelibat seperti seseorang yang sedang mencangkung di tengah-tengah bahagian dapur. tanpa membuang masa, Suga menghampiri suis lampu, dan memetiknya.'Tik'
"Wa!!"
Suga terundur ke belakang sedikit kerana terkejut. kelihatan seorang lelaki sedang mencangkung membelakanginya. lelaki itu sedang membuat sesuatu yang tidak boleh dilihat jelas oleh suga.
"Hish~! Siniss~~! Krough~~!"
Suara - suara pelik yang dikeluarkan oleh lelaki itu membuatkan suga tidak sedap hati.
"dia tak perasan ke aku kat sini?"
Dahi suga berkerut. keadaan yang sudah kembali cerah dan kedatangannya tidak disedari oleh lelaki itu lagi.
"Baju tu...."
suga cuba mengigati sesuatu. baju bewarna hitam merah milik jungkook menyapa di kotak fikirannya.
"Jungkook?"
cepat- cepat Suga memandang Ke belakang untuk bertanya kepada jungkook.
Sebaik sahaja suga memandang ke belakang, sunyi,
Tiada siapa-siapa di belakangnya. Hanya suga seorang di situ.
Dia terdiam kaku."Jungkook?"
sunyi sepi menyelubungi diri, sebaik sahaja suga bersuara. Tiada jawapan yang menyambut pertanyaannya. Suga belari masuk ke bilik, dan terus Menuju ke katil jungkook.
"Jungkook?"
suga Merentap selimut yang digunakan oleh jungkook untuk melindunginya dari sejuk malam.
Tapi Kosong.
Tiada orang di sebalik selimut itu. Jungkook juga tiada di situ. Suga tergamam lama."Worgghhh!!!!!!"
Suga memandang ke arah suara itu datang. Dirinya kaku. Lama suga berdiri di sisi katil jungkook.
suasana sunyi kembali. bunyi cicak kedengaran garang, seperti ingin memberitahu sesuatu. Angin yang Bertiup dari penghawa dingin menambahkan keseraman suasana.
suga menuju ke suis lampu, dan memetiknya.'Tik'
"Apa benda semua ni?!"
Suga terudur ke belakang, sehingga tersandar lemah di dinding. Dia memegang dahinya yang sudah berpeluh.
Kelihatan bilik tersebut bersepah-sepah dengan pakaian yang bertaburan di atas lantai dan di bawah katil. Selimut mereka dalam keadaan seperti kain buruk, dengan bantal yang bersepah. Figurine mario milik jin juga turut bertaburan, sehinggakan ada yang patah bahagian badannya. Buku-buku yang disusun juga turut sama tidak terkecuali. Almari yang berada di tepi katil jungkook terlentang menghalang jalan sepenuhnya.
Suga memegang dahinya lama. Dia turut berpeluh melihat perkara tersebut. dia fikir Baru sahaja dia keluar, untuk melihat siapa yang berada di luar, rasanya tidak sampai 15 minit. Sebaik sahaja dia kembali ke bilik, keadaan tersebut bertukar kucar-kacir seperti terdapat pergaduhan besar yang berlaku. Yang peliknya, rakan suga yang lain turut tidak ada di dalam bilik itu, kosong seperti memang sudah lama ketiadaan mereka.Tiba-tiba....
"Sretttt~~.....Sreettt~~~.... Sreettt~~...."
Suga mengamati bunyi itu, dia melilau memandang sekeliling bilik dari kiri ke kananya, dan dari atas ke bawah. Tiada apa yang menghasilkan bunyi pelik. Beberapa saat menuggu, bunyi itu masih ada, semakin lama semakin kuat. Bulu romanya berdiri tegak. Sehingga di sekitar tengkuknya.
Katil jungkook bergerak sedikit. Mata suga menatap lama di bawah katil tersebut. Terus ke dalam menanti dengan penuh debaran. suga menelan air liur yang tidak bersisa."Apa benda tu?"
--------------------------------------------------
(To be continue part 2/2)
#ARMYBTS
#7Hororstories
#Dayahrani
YOU ARE READING
7 HORROR STORIES (Who Do This??!)
Horror7 kisah seram berbeza sepenuhnya. berbeza dari segi masa, tarikh, tempat, member dan juga sebab. kejadian dan peristiwa pelik dan seram yang berlaku di berlainan tempat dialami oleh setiap member. perkara terakhir yang akan disebut oleh member apabi...