"Nak pergi mana hyung?"
" manager call suruh pergi office"
"Hyung sorang jeke?"
V mengganguk lemah, malas rasanya untuk pergi ke pejabat pada waktu yang sudah malam begini. Jam ditangan diperiksa sebelum memasuki kedalam perut kereta, jam tepat menunjukkan ke arah pukul 12 malam. V mengeluh lagi.Sebaik sahaja sampai di depan pejabat Bighit. V melangkah malas, sambil menggalas beg hitamnya.
"Terima kasih hyung"
"Kenapa kau datang lewat malam V?"
" manager telefon tadi kata nak jumpa"
"Manager?"Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya, dia membuka aplikasi weverse dan mula membaca post terbaru dari para peminat, adakala dia tersenyum sendiri dan membalas beberapa post yang menarik perhatiannya. Langkah kakinya menuju ke depan lif. Punat naik ke atas ditekan, sementara menunggu, V mula merasa bosan, tengkuknya di digosok perlahan, kerana terasa letih asyik menunduk dari tadi.
V melihat sekeliling, tiada sesiapa di kawasan lobi, hanya dirinya sendiri. Lif terbuka, V masuk ke dalam lif. Punat Tingkat 6 ditekan. Lif naik terus ke atas.
Ting!
Tingkat 4 terpapar di bahagian skrin lif. V melihat ke arah pintu, menunggu sesiapa sahaja yang berada di luar.Pintu lif terbuka. Keadaan sunyi sepi, tiada tanda seseorang diluar. V berasa pelik, tetapi dia tidak berani untuk meninjau keluar, dibiarkan pintu lif tertutup sendiri dan Lif mula bergerak ke atas semula.
Ting!
Pintu lif terbuka di tingkat 5 pula. V tidak melihat keluar, hanya menatap telefonnya. Dia mula merasa seram sejuk, tidak berani untuk bergerak walau sedikit.
" kenapa lama sangat pintu lif ni terbuka, tak nak tutup ke"
V mengumam sendirian. Pintu lif masih terbuka. V mula teragak-agak untuk menekan butang tutup atau tidak, Kalau dibirkan lama, terasa makin seram pula. V kuatkan semangat lalu menuju ke arah turutan punat bernombor di bahagian kanan."Hsshsss" "hsshsss"
Bunyi desiran terdengar tiba-tiba di bahagian belah kirinya. V terdiam, dia tidak mampu untuk memandang, bunyi tersebut makin kuat."HSSHSS!! HSSHSSS!!"
Air liurnya ditelan. Pandangannya terasa kosong mengamati bunyi tersebut. Dia menjeling perlahan kearah bahagian kirinya.
Mata V terbuka besar, dia tidak mampu bergerak lagi, tangannya mengeletar kuat, degupan jantungnya dapat didengari, kaki dan badannya mula kejang dan terasa panas satu badan.
Kelihatan sekujur tubuh bewarna hitam, berada di kiri pintu lif, matanya terbeliak besar memerhati V, mulutnya ternganga luas, seperti lohong hitam yang pekat, tangan dan kukunya yang hitam dan panjang, melilit masuk ke dalam lif. Tubuhnya hanya kelihatan separuh, dari atas ke bahagian perut sahaja, seperti melayang-layang berpaut pada pintu lif supaya tidak tutup.
V terdorong ke belakang, dia terduduk lemah, peluhnya mula mengalir laju, terasa panas di seluruh muka, lembaga hitam yang dilihat melalui jelingan matanya sudah tiada. V meraup muka dan memejamkan mata, berharap agar ianya semua mimipi.
Ting!
V membuka matanya semula ketika mendengar bunyi pintu lif terbuka. Kosong tiada siapa diluar. V terpinga-pinga sendirian, nafasnya masih kedengaran kuat, dia memegang dadanya yang terasa sakit. Kelihatan nombor 6 di skrin atas lif. Tingkat yang ingin dituju. Cepat-cepat V berlari keluar sambil memegang beg galasnya yang terlempar di bahagian tepi. V mengesat peluh di dahinya."Apa benda tu?!!"
"tak mungkin fikiran aku, sebab memang aku nampak jelas"V Mengeluh kuat, nafasnya turun naik dengan laju. Dia melangkah lemah menuju ke arah pejabat untuk berjumpa dengan manager.
Kelihatan seorang wanita sedang berjalan sambil membimbit fail-fail tebal di celahan tangannya, melalui deretan meja-meja kerja di bahagian kanan V.
"Noona!"
"Noona!"
V memanggil wanita yang dikenalinya, iaitu staff yang menguruskan bahagian pakaian bagi setiap persembahan mereka. V berjalan laju menuju ke arah wanita itu. dia tidak mampu berlari kerana terlalu penat dengan kejadian tadi.Semakin V hampir kepadanya, V mula berasa pelik, noona itu berjalan terus tanpa memandang ke arahnya.
To Be Continue.......
Admin nak minta maaf sebab dah lama tak update, dah 2 or 3 tahun nak sambung story ni. Admin janji, akan habiskan story ni dalam masa sebulan ni. Terima kasih sebab korang tunggu, like and comment banyak-banyak kat story ni ye. Nanti admin akan buat cerita horror yang lain.
*Jangan lupa untuk stream MV BTS yang terbaru ni nanti, bakal keluar tak lama lagi*
*THANK YOU GUYS*
YOU ARE READING
7 HORROR STORIES (Who Do This??!)
Horor7 kisah seram berbeza sepenuhnya. berbeza dari segi masa, tarikh, tempat, member dan juga sebab. kejadian dan peristiwa pelik dan seram yang berlaku di berlainan tempat dialami oleh setiap member. perkara terakhir yang akan disebut oleh member apabi...