Semakin V hampir kepadanya, V mula berasa pelik, noona itu berjalan terus tanpa memandang ke arahnya.
"Noona"
V memperlahankan langkahnya, hatinya mula berdetak laju, dia memerhati lama gerak geri wanita itu,Sebaik sahaja wanita itu, keluar melalui pintu yang berada di hadapannya, mata V terbuka luas, air matanya mengalir perlahan, ketakutan yang dirasainya meluap naik sehingga ke kepalanya, V tidak mampu bergerak walau sedikit,
Wanita tersebut berjalan tanpa kaki. Tubuhnya melayang terbang di udara memasuki bilik gelap melintasi V.
V masih kaku memandang bilik gelap tersebut, kakinya lemah untuk bergerak sama sekali. Hanya helahan nafas yang berselang seli dengan tangisan kedengaran di ruang sepi tersebut.
Tang! Tang! Prakk! Tang!! Bush!
Bunyi -bunyi pelik mula kedengaran dari arah bilik tersebut, lama kelamaan semakin dasyat seolah-olah seperti ada yang sedang membaling barang dan menjatuhkan barang ke lantai dengan marah.
V terkejut, kakinya tidak mampu bergerak, bagai terpaku di lantai laluan tersebut.
Tiba-tiba Suasana kembali sunyi, tiada bunyi bising lagi, V menelan air liurnya, bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. V memusingkan kepalanya melihat ke belakang, Bulu romanya mula tegak berdiri. Keseraman malam menghantui tubuhnya.
Tiba-tiba,
ARGGGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!
Jeriran kuat dan garau kedengaran dari bilik tersebut.
V memandang ke depan semula.
Matanya terbeliak besar,
lembaga hitam yang dilihatnya sebentar tadi, terbang laju menuju ke arahnya. Lembaga itu melayang menerpa ke arah V. Kainnya yang hitam dan lusuh, menampar perlahan muka V, lalu duduk bertenggek di atas bahu V. Kukunya yang tajam, mencengkam bahu V sedalam-dalamnya sehingga dirasakan sakit yang teramat sangat, V ingin menjerit tetapi tiada satu suara pun yang keluar dari mulutnya ketika itu, hanya paksaan kuat yang dirasakan sakit di dada.
Huh!!! Huhhh!! Huhh!!!
Dengusan kuat dari lembaga itu, kedengaran di sebelah di kirinya, Bau busuk menusuk masuk ke dalam hidungnya, loya dan busuk yang teramat sangat sehingga membuatkan air matanya meluncur laju semula. Diringa terhuyung hayang cuba untuk berdiri, tapi kakinga terlalu lemah untuk menampung berat lembaga hitam tu, lalu terjatuh.V mengagahkan diri untuk bangun dan berlari meninggalkan lembaga itu, dia tidak mampu untuk memandang ke belakang, lariannya dirasakan perlahan,
Hoah!! Hoah!! Hoah!! Hoah!!
Degusan nafas lembaga itu kedengaran di belakang V, dia berlari laju mengejar V dari belakang. Tangannya yang panjang cuba untuk mengapai V.
"Nak pergi mana tu?"
Suara lembaga itu kedengaran di sebelah telinga kiri V.To Be Continue.......
Admin nak minta maaf sebab dah lama tak update, dah 2 or 3 tahun nak sambung story ni. Admin janji, akan habiskan story ni dalam masa sebulan ni. Terima kasih sebab korang tunggu, like and comment banyak-banyak kat story ni ye. Nanti admin akan buat cerita horror yang lain.
*Jangan lupa untuk stream MV BTS yang terbaru ni nanti, bakal keluar tak lama lagi*
*THANK YOU GUYS*
YOU ARE READING
7 HORROR STORIES (Who Do This??!)
Horror7 kisah seram berbeza sepenuhnya. berbeza dari segi masa, tarikh, tempat, member dan juga sebab. kejadian dan peristiwa pelik dan seram yang berlaku di berlainan tempat dialami oleh setiap member. perkara terakhir yang akan disebut oleh member apabi...