7 HORROR STORIES (RM) 1/3

1.8K 135 0
                                    

namjoon menekan punat lif yang tertera nombor 4 dan terus menuju ke tingkat yang terletaknya syarikat kecil mereka 'BIGHIT ENT'. Dia menuggu dengan penuh sabar dan keluar sebaik saja pintu lif terbuka. Bilik persendirianya yang berada di sebelah kiri di tuju.

"huh~ penatnya."
namjoon merebahkan dirinya di atas kerusi pejabat untuk merehatkan dirinya selepas pulang dari fan meeting mereka di seoul.
member yang lain tidak hadir kerana semuanya sudah keletihan dan pulang ke rumah untuk rehat.

Namjoon mencapai telefonnya untuk melihat apa yang menarik di laman sosial, sementara menghilangkan penatnya.

(29/7/2017, 12:57 A.M)

"@BTS_Tweet kamsahamnida, I am enjoy my first fan meeting with you."

" @BTS_Tweet oppa"

" @BTS_Tweet annyeong~~ good night. gumawo"

namjoon tersenyum sendiri membaca komen-komen dari peminat mereka yang digelar 'Army' di ruangan komen di twitter. Rasa ingin membalas setiap komen yang ditulis oleh Army, tapi dia tidak boleh berbuat begitu, kerana jumlah army yang terlalu ramai. Dia hanya menggelengkan kepala dan meletak telefonnya di atas meja kerja lalu merapatkan kerusi ke arah meja untuk mencari keselesaan. headphone dicapai dan dipakainya, pen dan kertas kuning juga sudah berada di tanganya, untuk menulis segala idea yang datang tanpa dijangka nanti.

"tut~~ tut~~"
Iphone miliknya berdering sedikit, menandakan mesej masuk.

"hyung, suga hyung kata dia nak datang."
-Jimin-

namjoon membalas
"ok. pukul berapa?"

"tak tahu"

namjoon mengangguk faham, dan meneruskan kerjanya.

--------------------------------------------------

"emmmm.... mana nak dapat idea ni. dua tiga hari ni, idea tak datang langsung, susahlah macam ni."

Dia cuba fikir sebentar.
"Ha!"
namjoon cuba meneliti setiap komen yang diberikan oleh Army, dia ingin mengambil salah satu daripadanya untuk dijadikan lirik khas dalam lagu mereka yang akan dikeluarkan nanti.

tiba-tiba matanya tertangkap pada salah satu barisan ayat yang pendek tapi mempunyai maksud yang mendalam.

"setiap ceri...."

"bzzzz... bzzzz.. bzzz....." getaran dari Iphonenya menggangu fokus namjoon sebentar. panggilan dari Jin diangkat.

"kenapa hyung?"

"kau balik bila?"

"emmm.."
namjoon melihat jam tanganya, tepat pukul 1: 45 pagi.

"mungkin dalam pukul 5, kenapa"

"tak ada apa saja tanya, suga nak datang sana."

"em."

"ok bye." jin mematikan telefonnya.

namjoon mengeluh, dia cuba menumpukan kembali kepada kerjanya.

-setiap cerita mempunyai kenangan, cerita tidak akan wujud tan...."

"tok...tok..tok.."
pintu biliknya diketuk dari luar. Namjoon melonggarkan headphonye, dan menyuruh orang itu masuk.

"masuklah."

Tapi sunyi.
tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh orang yang berada di luar.

Namjoon memandang lama ke arah pintu. dahinya berkerut. dia menyuruh semula orang di luar masuk.
tapi tetap tiada apa-apa yang berlaku. Namjoon hanya membiarkan sahaja, mungkin dia salah dengar.

"-setiap cerita mempunyai kenangan, cerita tidak akan wujud tanpa lakonan bayanganya-"

"lakonan bayangan?"

'tok...tok...tok...'
pintu diketuk lagi.
Namjoon mula geram dan mencabut headphonya lalu meluru ke pintu dan terus membukanya.

Tapi iada siapa di luar.
gelap.....
sunyi....
hanya kesejukan angin dari penghawa dingin menyapa kulit namjoon yang terdedah. Namjoon menelan air liurnya. dia memandang sekeliling. hatinya mula berdegup kencang. namjoon menutup pintu semula. dia termenung seketika. rasanya sudah 2 kali dia mendengar ketukan di pintu. Namjoon menggelengkan kepala, tak nak perkara sebegitu menggangunya. mungkin dia letih, fikirnya.

namjoon menggengan kepalanya. dia mengeluh kuat. Baru sahaja dia hendak memakai headphonenya...

'tok... tok... tok....'
ketukan kali ketiga menyapa lagi. Namjoon memandang pintu, lama memerhati. Dia sudah mula tidak sedap hati. namjoon menunggu lagi.

'tok...tok...tok...'

"siapa tu?"

tiada siapa membalas.

"siapa kat luar?!"

'tok!!!tok!!tok!!!tok!!!'

namjoon terperanjat. peluh jantanya mengalir. dia mengagahkan diri untuk bangun dan menuju ke arah pintu. ketukan di pintu masih kedengaran kuat. malah bertalu-talu mengetuk. meminta untuk namjoon buka. Namjoon melangkah berhati-hati. sebaik sahaja dia memegang tombol, ketukan di pintu berhenti serta-merta.
Namjoon membuka laju pintu itu.

kelihatan suga sedang memandangya dari jauh, dengan dahi yang berkerut.

"hyung"

"macam tahu je aku datang, terus buka pintu" suga menghampiri namjoon.

namjoon diam.

"kenapa ni?" suga menepuk-nepuk bahu namjoon yang seperti memikirkan sesuatu.

namjoon hanya menggeleng.
fikiranya masih memikirkan tentang tadi. tapi dia bersyukur kerana suga datang. sekurang-kurangnya ketakutannya tadi reda sedikit.

To Be Continue........

--------------------------------------------------

7 HORROR STORIES (Who Do This??!)Where stories live. Discover now