7 HORROR STORIES (RM) 3/3

1.2K 124 5
                                    

Namjoon mendongakan kepalanya cuba memandang suga perlahan-perlahan.
suga tersenyum menyeringai memandangnya sambil menampakan barisan giginya yang tajam dan hitam, darah melimpah keluar. mata Suga kelihatan merah pekat kemudian lama kelamaan bertukar hitam gelap seperti hendak tersembul

"Arghh!!!!"
Namjoon terduduk ke belakang kerana terkejut. dadanya turun naik seperti hendak meletup. peluhnya mengalir laju. Dia mengeletar kuat. Tidak mampu untuk bergerak. Walaupun dia telah mencuba.

makhluk itu merangkak mendekati namjoon yang sedang memaksa diri untuk bangun.
darah yang membasahi lantai membuatkan lantai itu bertukar menjadi lumut-lumut hijau yang menjalar ke arah Namjoon. rambut makhluk itu yang panjang dan kusut masai serta lebat menutupi seluruh tubuhnya seperti makhluk berbulu. makhluk itu mengeluarkan bunyi yang pelik, adakalanya kedengaram seperti orang yang sedang membuang kahak, adakalanya seperti bunyi B***. sangat jelik dan buruk bunyinya.

Namjoon cuba mengerak tubuhnya tapi tidak mampu. makhluk itu tersenyum menyeringai. semakin hampir ke arah namjoon.

"namjoon hyung!"

namjoon tersedar, apabila ada yang memanggilnya. cepat-cepat namjoon bangun dan terasa kakinya disapa makhluk berbulu itu. Dia berlari ke arah lif dan menekan punat yang tertulis 'close' berkali-kali agar tertutup cepat.

"Arghhhhh!!!!!"
namjoon menjerit kuat, kerana makhluk itu melompat tinggi seperti katak kodok menerpa ke arahnya dan melekat di pintu lif kerana tidak sempat. rambut dan darahnya tersepit di celah-celah lif itu. Namjoon memandang jijik. dia menyeka peluhnya dan terduduk lemah.

"huh! huh! huh! huh!"
namjoon memejamkan matanya. Dia takut yang teramat sangat. masih teringat di kepalanya mesej yang terpapar di skrin telefon yang ditunjukkan oleh makhluk berbulu itu.

from: KNJ (namjoon)
"kau ada kat mana? tadi kata nak beli coffee? asal lama sangat, aku dah ngantuk kat atas ni. aq pinjam telefon kau jap, telefon aku habis bateri. cepat balik! siapkan kerja"

"yang mana satu yang betul ni!!!!"
namjoon menjerit kuat.

'TUP!'
Lampu lif terpadam serta-merta. keadaan dalam lif gelap-gelita. tapi yang peliknya lif tersebut masih beroperasi. Namjoon mengeluh kuat. hatinya mula geram.

"apa lagi yang kau nak!!"

'TING!'
pintu lif terbuka. lampu terpasang kembali.
Namjoon pikir dia bakal selamat tapi apa yang lebih mengejutkan, Dia berada di ground floor. tempat di mana makhluk berbulu itu mengacaunya. suasana di ground floor juga sunyi dan gelap-gelita. hanya lampu di dalam lifnya yang ada. Namjoon tidak mampu bangun, matanya melilau memandang ke luar. memerhati untuk bersiap sedia menghadapi makhluk berbulu itu.

beberapa saat menunggu tapi tiada apa yang muncul. Namjoon menghela nafas lega.

Tiba-tiba....
daripada jauh kelihatan cahaya putih menerangi dan menyilaukan matanya. sekejap tutup sekejap buka. lama namjoon memerhati. lama-kelamaan cahaya itu berselerak besar sehingga menampakan satu tubuh yang penuh dengan rambut panjang merangkak menyeret tubuhnya yang penuh dengan bulu. makhluk itu kemudian perlahan-perlahan berdiri, mencangkung dan mengembang seperti hendak terbang lalu mula melompat ke arah namjoon.
Namjoon terduduk lemah dia pasrah dengan apa yang berlaku. matanya dipejam rapat. namjoon memeluk tubuh sekuat hati. untuk mmengalirkan kekuatan menghadapi semuanya.

"Aku bersedia, kalau ini pengakhirannya."

.............
lama menanti
tapi tiada apa yang berlaku. Namjoon menanti dengan penuh debaran. matanya masih terpejam rapat. diikuti rombakan dadanya yang bernafas laju mengepam darah melalui adrenalina yang keluar akibat takut. Dengan beraninya namjoon membuka matannya

7 HORROR STORIES (Who Do This??!)Where stories live. Discover now