7 HORROR STORIES (RM) 2/3

1.3K 119 2
                                    

"ayat apa ni?" suga meneliti ayat di skrin laptop namjoon yang sudah di boldnya.

"oh.. hahaha aku cadang nak ambil satu ayat best dari army untuk dijadikan satu lirik khas, tu yang aku jumpa yang ni, tapi tak faham maksud ayat dia ni, cuba hyung tengok."

namjoon memberikan bukunya, lalu disambut oleh suga. suga meneliti ayat tersebut.

"lakonan bayanganya? apa benda ni?"

namjoon mengangkat bahu.

"kau cari ayat lain dulu, ayat dia tak beberapa jelaslah." suga memberikan kembali buku namjoon dan menyambung membuat kerjanya.

--------------------------------------------------

setengah jam berlalu, namjoon tersedar dari lelapnya yang panjang. dia mengosok matanya yang masih bersisa ngantuk. dia melihat ke arah suga yang membelakangkanya masih setia menghadap laptopnya.

"huarghhhh!" namjoon menguap kuat sambil mengeliat sedikit, jam di dinding menujukkan pukul 3 pagi, masih awal untuk pulang.

Tiba-tiba...
"Hissih~! Sins~~! Krough~~! hurgh! weaker!"

Dahi namjoon berkerut. bunyi pelik menyapa telinganya. Dia cuba mendengar semula, tapi kali ini lebih teliti. selepas dipastikan, bunyi itu datang dari belakangnya. tapi... belakangnya suga. namjoon mula sudah tidak sedap hati.

"hyung, aku nak beli coffee jap. hyung nak apa-apa tak?"

Suga diam. dia masih tidak bergerak, nak dikatakan tidak dengar tak juga, kerana suga tidak memakai headphone atau earphonenya. namjoon hendak menyentuh badan suga tapi..

"lakonan bayangannya...."

langkah namjoon terhenti. Dia tidak berapa dengar dengan ungkapan yang disebut oleh suga.

"aku tahu apa maksud lakonan bayanganya."

"apa yang hyung cakap ni?"

"lakonan bayang yang dia maksudkan....

dahi namjoon berkerut menunggu suga meyambungnya.

"hantu"

namjoon tergamam. bulu romanya berdiri tengak. dadanya berombak kencang, perkataan yang keluar dari mulut suga sangat memeranjatkan. Dia merasakan ada yang memerhatikannya secara tiba-tiba. Namjoon tidak membalas.

"segala perbuatan akan menjadi kenangan apabila lakonan mati. cerita takkan jadi kenangan, dan orang tu takkan jadi lakonan kalau dia masih hidup."

"aku pergi dulu, hyung"
namjoon mengambil langkah selamat dengan menjauhkan diri dari suga, hatinya mula rasa tidak sedap hati. kenapa suga berkelakuan pelik seperti itu. dia menggangap suga sedang tidur walaupun sedang membuat kerja. tapi ini mustahil, suga masih duduk tegak di kerusinya dan tidak menunjukkan yang dia sedang terlelap. Lebih baik dia keluar sekejap untuk membiarkan suga sendirian, mungkin itu lebih baik. tapi.....

"aku tahu mana lakonan bayangan tu sekarang."

dup..!dap..!dup..!dap..!
"apa yang hyung merepek ni?!"

Suga diam membisu. namjoon tidak berniat untuk menengking suga yang lebih tua darinya. tapi kelakuan suga membuatkan namjoon mula berang. namjoon menyangka yang suga akan diam tapi tidak. sebaliknya dia menunjukan perkara yang lebih menakutkan kepada namjoon.

suga menggerakan tangan kanannya ke arah pintu yang berada betul-betul di hadapan namjoon. muka suga kuyu memandang lemah namjoon dan tersenyum, kemudian menyambung kerjanya semula.

"s***! benda apa yang suga tunjuk ni!"
monolongnya sendirian. Dia mula resah. dia teragak-agak untuk membuka pintu. menunggu di dalam bilik bersama suga yang pelik atau keluar dari bilik yang mula menunjukkan keseramannya. Dia terperangkap dalam pilihannya sendirinya.

--------------------------------------------------

Di rumah...

"hyung!"
jin mematikan lamunanya.
dan memandang jimin serta merta.

"suga hyung dah pergi ke?"

"baru je." jin menjawab malas. mengantuk menyingah semula. dan terlelap membiarkan jimin keseorangan melayan telefonnya.

--------------------------------------------------

Namjoon memegang kuat tombol pintu. Dia membuka pintu perlahan - lahan dan bersedia untuk menghadapi apa yang berada di luar.

namjoon tergamam lama.
tangannya mengeleter hebat. kakinya longlai terasa seperti hendak jatuh. mukanya pucat mengambarkan bertapa nenakutkan apa yang dilihat oleh namjoon.

matanya tertumpu ke arah suga yang sedang memandangnya. Namjoon memandang ke belakang semula, tubuh suga masih statik di kerusi dengan membelakanginya. dia memandang buat kali kedua.

"Dua suga! apa ni?"
namjoon memejamkan matanya. dia mula ketakutan yang teramat sangat. nafasnya turun naik dengan laju bersama peluh yang mengalir laju. fikirannya buntu. dia masih perlu memilih di antara dua pilihan lagi. kedepan atau berpatah balik.

tiba-tiba, tangan namjoon ditarik oleh sesuatu, terasa kesejukkan tangan makhluk itu. Namjoon membuka matanya cepat-cepat.

"hyung." kelihatan suga sedang memegang tanganya dan membawa memasuki lif.
Namjoon diam. Dia hanya memandang suga lama tanpa berkedip. wajah pucatnya masih kelihatan. suga masih diam tidak terkata.

"betul ke ni suga?" monolongnya sendirian

sampai di 'ground floor' suga keluar terlebih dahulu diikuti oleh namjoon yang masih terpinga-pinga memandang sekeliling.

"kita nak pergi mana ni hyung?"

suga tidak membalas, tapi hanya menyuruh namjoon duduk di tepi tembok. mereka diam seketika. masing-masing mengambil nafas lega.

"kau dengan siapa kat dalam tu?"
pertanyaan suga membuatkan namjoon memandangnya serta merta.

namjoon mengiganti kembali, pengalamn perit yang sangat menakutkan. melihat dua suga dalam satu masa, cukup membuatkan hati namjoon berdetak kembali. Namjoon tidak mampu menjawab.

"entahlah hyung, tak tahu nak cakap."

"berapa lama dah kau kat dalam tu?"

"dekat 3 jam juga. hyung baru sampai ke?"

suga mengganguk. Dia memandang namjoon lama, dan menepuk-nepuk bahu namjoon. mereka diam beberapa minit, sebelum telefon suga berdering sedikit.suga mengambilnya dan membaca. tiada sebarang reaksi yang ditujukkan oleh suga. malah suga turut menunjukan mesejnya kepada namjoon.

namjoon memandang skrin telefon suga untuk membaca.

matanya terbeliak lama. dahi namjoon berkerut, hatinya berdetak semula, tapi lebih kuat. mesej yang dibacanya seperti satu kejutan besar untuknya. kakinya terpaku tidak mampu bergerak. Namjoon mendongakan kepalanya cuba memandang suga perlahan-perlahan.
suga tersenyum menyeringai memandangnya.

To Be Continue......

7 HORROR STORIES (Who Do This??!)Where stories live. Discover now