Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Memang aku tak hendak memang aku tak ingin!
AKU tersengih sambil memeluk bantal pelukku erat. Wajah Lee Min Ho yang sedang asyik bertarung dengan seseorang di dalam laptop, aku tatap dengan penuh minat sambil berangan yang jejaka Korea itu sedang menyelamatkan nyawa aku. Ah gagah perkasa sungguh jejaka berwajah jambu ini. Ahai!
Pap! Sebijik bantal melayang lalu tepat jatuh ke atas kepala aku, buatkan aku lekas menoleh sambil menggosok kepala yang masih terasa sengal.
"Woi, tak ada kerja ke ganggu orang dating?" aku buat muka bengis kepada Hajar yang memandang dengan sengihan nakal.
"Padan muka. Ralit lagi dok tatap muka jambu Korea tu. Kau tu yang tak ada kerja, asyik-asyik layan cerita Korea, tak ada cerita lain ke nak tengok?" Hajar yang tadinya tercegat di muka pintu, menghampiri aku sebelum melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku menegakkan badan, wajah Hajar aku tenung dengan dahi berkerut.
"Sejak bila kau kisah, aku dok melayan cerita Korea ni? Selalu tak pernah ambil port pun." Aku mencebik, cerita City Hunter yang sedang ditayang di skrin laptopku, pantas aku hentikan. Menganggu konsentrasi betullah, Cik Hajar ini!
"Aku bukan apa, sekali dua bolehlah tahan. Kalau sampai empat belas kali kau ulang tayang cerita tu sambil tersengih sorang-sorang macam tu, kau fikir aku tak risau? Kang tak pasal-pasal kawan aku sorang ni kena tahan dekat wad gila."
"Ish mulut kau!" aku mendengus. Bingkas aku bangun dari katil sebaik menutup skrin laptop, membiarkan laptop itu ke sleep mode. Hajar cuma ketawa sambil mengekor langkahku yang menyusup masuk ke dapur.
"Hah, macam ni kan bagus, bukannya asyik menghadap laptop saja. Buatkan untuk aku sekali eh?" Hajar tersengih di tepiku saat aku sedang menuang susu pekat ke dalam muk, mahu membuat air kopi susu panas.
"Kau tu memang, ambil kesempatan saja eh. Buat sendiri malas!" aku mencebik, namun sebiji lagi muk sudah aku ambil dari rak, tidak mahu menghampakan sahabat serumahku itu.
"Terima kasih. Sayang kau ketat-ketat!" Hajar tersengih lagi.
"Tak payah nak ketat-ketat sangat eh, nanti tak boleh bernafas aku. Kau ni kenapa? Nampak bosan je, selalu tak adalah terkesan sangat bila aku menghadap laptop. Hari ini lain pula ceritanya, kenapa?" aku menyoal sambil merasa sedikit kopi itu dengan sudu kecil. Hmm sedap! Hihi tak malu puji air bancuhan sendiri.
Hajar buat muka toya. Matanya dikerling ke atas, seolah memikirkan sesuatu yang menyelirat benaknya.
"Faiz sibuk. Dia tak ada masa nak balas mesej aku pun." Wajah Hajar kian masam. Ah salah ke soalan aku tadi? aku garu kepalaku sendiri, rasa bersalah.
"Ala relakslah, Jar. Dia kan nak kumpul duit untuk belanja kahwin kau orang nanti. Kau kenalah faham dia. Sekarang bukan masa nak asyik bercinta dah." aku menggosok bahu Hajar perlahan. Cuba menenangkan gundah sahabatku itu.
Sengihan kembali terlukis di bibir Hajar. Kopi yang masih panas itu dihirup agak rakus. Nak hilangkan stress lah tu!
"Aku faham. Cuma aku bosan la, bila dia sibuk macam sekarang ni. Kau pulak sibuk menghadap cerita Korea tu." Hajar mengelap bibirnya yang sudah comot dek buih kopi.
"Kau kena fahamlah, aku pun kena ada masa berdating jugak." aku ketawa, membuatkan Hajar lekas mencubit lenganku.
"Haih, gila kau ni. Orang lain sibuk cari pasangan dalam dunia sebenar, kau pulak dok berangan-angan dengan hero-hero Korea tu. Bila masa kau nak jumpa jodoh kau kalau macam ni?"
"Ala, nanti datanglah tu. Sekali datang muka macam Lee Min Ho, perghh! Laju saja aku terima dia tau! Tak payah bercinta-cinta dah."
"Amboi, yakinnya! Kalau sekali yang datang, muka biasa je macam mana?"
YOU ARE READING
Mamat Muka Selenga
FanfictionORANG cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta? Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu oran...