Teaser 1

2.3K 43 1
                                    

"MAMAT muka selenga? Siapa ni kak?" adikku, Huda yang turut berada di atas katilku waktu itu tiba-tiba bersuara. Matanya tertancap pada skrin telefonku di tangannya. Dengan sepantas kilat aku merampas kembali telefonku itu dan menyimpannya di bawah bantal.

"Tak dak sapa. Jangan sibuk." aku menjuihkan bibir. Selamba saja dia selongkar telefon aku. Buat spotcheck ke apa? Takkan mak upah dia suruh cari nama kekasih aku?

"Oh tak dak sapa eh? Tak pa, Huda habaq kat mak." Huda bingkas bangun dari katilku dan mahu keluar dari bilik.

"Ish, janganlah habaq mak! Betui la tak dak sapa. Kawan ja." Aku mendengus, geram.

"Kalau tak dak sapa, awat nama dia pelik sangat?" Huda tersengih.

"Nama dia pelik sebab kak meluat kat dia."

"Kalau meluat, awat kawan dengan dia?"

"Hesy, jangan banyak tanya la, kak tibai satgi baru tau!" Aku sudah naik angin. Banyak soal pulak budak ni. Kalau dekat universiti, tanya pensyarah soalan banyak macam ni mesti dah dapat anugerah dekan. Haha.

"Alah, tanya sikit pun nak marah. Pasai tu la kak tak dak boyfriend. Garang sangat, cengey!" Huda menjelirkan lidahnya sebelum keluar dari bilik. Haih! Aku ni memang garang ke? Tapi tak brutallah kalau seorang Fatih tak garang. Haha.

"SAPA mamat tu?" Soalan mak hampir membuatkan aku tercekik nasi yang sedang kutelan. Aku menepuk-nepuk dada sendiri, melancarkan semula perjalanan nasi ke dalam perut. Adeh, ni mesti Huda punya pasal!

"Tak dak sapalah, mak. Kawan ja." Aku menarik sengih di bibir sebelum mencari kelibat Huda yang hilang entah ke mana. Sudah bocorkan rahsia, menyorok pulak. Memang nak kena!

"Kalau kawan, awat nama dia spesial sangat? Takkan tak dak nama betui? Awat boh nama lagu tu?" Ok adakah mak pun dah terjangkit dengan Huda? Tanya soalan bertubi-tubi.

"Sajalah, mak. Fatih gurau-gurau ja boh nama dia lagu tu sebab muka dia selenga." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Selenga tu benda apa?"

"Errr... muka toya mak, selebet, tak handsome. Haha."

"Haih, jahat hang panggil orang macam tu. Kecik hati dia."

"Dia tak tau pun Fatih panggil lagu tu." Aku tersengih untuk kesekian kalinya. Nampaknya dekat kampung pun, mamat itu disebut-sebut. Mahu tersedak dia dekat sana.

"Tak palah. Kalau betul suka si mamat tu, kawan elok-elok. Kalau rasa dah sedia, kahwin saja. Mak tak suka hang bercinta lama-lama." kata-kata mak itu buatkan mataku membulat.

"Bila masa Fatih bercinta dengan dia, mak oi? Fatih kawan sajalah. Kawan tu maksud dia, kawan betui la. Bukan bercinta." Aku menjelaskan kepada mak, tak mahu mak salah faham lagi.

"Oh lagu tu ka? Tak palah macam tu. Tapi kalau hang ada calon, jangan segan nak habaq. Mak tak kisah aih, lagi suka ada la. Janji dia bagus dan boleh jaga hang." Mak tersenyum memandang aku sambil mengusap kepalaku. Aku ikut senyum seraya mengangguk.

"Baik mak. Kalau ada, Fatih habaq punya. Barulah mak tak kalut nak jodohkan Fatih dengan sapa-sapa."
"Haih budak ni! Kata kat mak pulak."
Mak mendengus namun aku hanya ketawa, membuatkan mak ikut ketawa, tahu ada kebenarannya dari kata-kataku itu.

Mamat Muka SelengaWhere stories live. Discover now