Bab 2

4.3K 100 3
                                    

MINUM kopi o tanpa gula,

Baru jumpa sekali dah meluat gila-gila.

"Batu sayang kau tak boleh berkata... semuanya kau lihat walau kau tak bermata..." bait-bait lagu itu sayup-sayup kedengaran dari rumah sebelah, malam itu. Telinga Hajar sudah melekap di dinding bilikku, cuba mendengar dengan jelas.

"Kau dengar tak, Fatih?" Muka Hajar jelas serius menyoal sambil telinganya masih melekap pada dinding.

"Dengar. Kalau tak lekat telinga dekat dinding tu pun, dah boleh dengar dengan jelas." aku menjawab acuh tak acuh sambil mataku masih fokus pada novel di tangan. Suara macam katak, ada hati nak menyanyi. Huh!

"Sedap jugak suara dia, kan?" Hajar tersengih sebelum bingkas duduk semula di sisiku.

"Sedap?" mataku membuntang memandang Hajar, novel yang kubaca sedari tadi, automatik ditutup.

"Aah la. Sedap apa. Unik suara dia, ala-ala Ramli Sarip."

"Itu bukan macam suara Ramli Sarip, itu dah macam Sarip Dol Kampung Dusun."

"Ish, kau ni tak puas hati apa dengan budak tu? Bagi aku, suara dia boleh tahan apa."

"Boleh tahan kata kau? Aku yang tak tahan ok. Hilang konsentrasi aku nak membaca, terganggu!" aku sudah tarik muncung panjang. Baru je sampai Maghrib tadi, dah pandai melalak malam-malam begini. Mengacau sungguh!

"Ish kau ni kenapa? Sejak jejaka sebelah rumah ni muncul, terus kau hangin semacam." Hajar seolah dapat membaca keruh di wajahku.

"Mana ada hangin. Aku cuma rasa terganggu je." Suaraku kembali datar. Tidak mahu Hajar syak yang bukan-bukan. Padahal sebenarnya, sejak tengok mamat muka selenga dekat sebelah ni, terus aku jadi hilang mood. Entahlah kenapa, kali pertama tengok pun dah rasa menyampah. Bahaya ni!

Tapi memang ada pun kes sebegini kan? Ada orang yang pertama kali kita tengok pun dah jatuh suka, ada pula yang pertama kali kita tengok pun dah menyampah gila-gila. Kira aku ni jatuh kes yang kedua la. Bukan salah aku pun kan.

"Buatlah muka menyampah macam tu, nanti lama-lama jatuh hati dekat jejaka sebelah rumah ni, baru padan muka kau!" suara Hajar mengejek buatkan mataku membuntang memandangnya. Nak kena sungguh minah sorang ni kan. Tak habis-habis nak kenenkan aku dengan jejaka sebelah ni.

"Gila! Doakan aku yang bukan-bukan tu kenapa?" aku mencubit lengan Hajar, membuatkan Hajar menjerit. Serentak itu, alunan suara dari rumah sebelah, hilang dari pendengaran.

Aku dan Hajar saling berpandangan, Hajar menyoal aku dengan isyarat mata, namun aku hanya angkat bahu tanda tidak tahu. Mungkin dia dah masuk tidur kot, tapi lagu tu macam terhenti tiba-tiba je. Ah buat apa aku fikir sangat pasal hal mamat tu kan. Abaikan ajelah.

"Assalammualaikum! Assalammualaikum!" suara seseorang menjengah gegendang telinga. Siapa pula datang malam-malam ni? Baru je nak fokus membaca novel semula, dah ada yang menganggu konsentrasiku. Takkanlah Jais buat serbuan pula. Eh apa aku merepek ni?

Aku garu kepala sambil lekas mencari tudung yang tersidai di tepi katil manakala Hajar menonong masuk ke dalam biliknya. Hajar yang ratu tidur itu, mesti tak nak tinggalkan katilnya sebaik kepalanya mendarat di bantal. Jadi siapa lagi boleh membuka pintu, kalau bukan aku.

"Waa... lai... kumuss... salam..." aku menjawab perlahan-lahan saat pintu itu juga dibuka perlahan. Mataku membulat sebaik satu lembaga berdiri tinggi di hadapanku sambil menyeringai menampakkan gigi taringnya.

"Arghhhh!" aku menjerit sekuat hati sebelum pandanganku kelam tiba-tiba.

"FATIH... Fatih... bangunlah!" suara Hajar yang kedengaran buatkan aku cuba membuka mata walau dalam kepayahan.

Mamat Muka SelengaWhere stories live. Discover now