Bab 8

2K 69 2
                                    

Hari hujan angkatlah kain,

Kenapa pulak namanya Rain?

"AKU frustlah." Sally menghela nafasnya saat aku dan dia duduk berdepan ketika makan di dalam KFC waktu rehat itu. Selalu sangat makan nasi campur, hari ini saja teringin nak pekena KFC, rindu nak makan cheesy wedges kegemaran aku. Sally pun ikut je kemahuan aku walaupun baru tengah bulan. Shima yang selalu tak nak keluar rehat sebab nak jaga badan pun hari ini tergoda bila aku ajak pergi KFC.

"Kau jangan cakap kau frust tengok Encik Aydan angkut awek." Shima bersuara. Aku sudah tersenyum simpul walaupun hati ikut mengerti perasaan Sally dan aku rasa aku lagi teruk kecewa berbanding Sally.

"Mestilah pasal tu. Tak sangka bos kita yang kacak tu dah ada girlfriend. Aku ingat, sempatlah aku nak mengorat dia dulu." Sally tarik muka masam. Ayam KFC di dalam pinggannya dikuis-kuis. Konon tak lalu nak makanlah tu.

"Relakslah, baru girlfriend, belum tentu Encik Aydan tu kahwin dengan minah gedik tadi. Lelaki ni suka keluar saja dengan perempuan macam tu tapi bila nak cari isteri, dia cari yang baik-baik jugak." Shima memujuk Sally, padahal aku rasa hati aku yang terpujuk.

"Kau rasa Encik Aydan nak ke perempuan macam kita ni kalau taste dia minah macam tu?" Sally menyoal lagi.

"Of course dia nak. Jenis macam tu stok-stok dia menggatal je, bila dia serius nak cari isteri, jenis macam kitalah pilihan dia."

"Kalau macam tu, aku tak nak mengalah lagilah selagi Encik Aydan tu belum kahwin."

"Yeah! Semangat itulah yang kita mahu. Dah sekarang makan, jangan mengada-ngada buat tak lalu nak makan. KFC ni mahal jugak bagi kita yang baru masuk tengah bulan." Shima mengomel membuatkan Sally tersengih dan kembali meratah ayamnya. Aku cuma diam mendengar sedari tadi, namun semangatku pulak yang melonjak sebenarnya.

Betul cakap Sally, selagi Encik Aydan belum kahwin, aku tak boleh mengalah. Yes! Semangat Fatih!

SEMANGAT aku yang tadi bukan main membuak-buak tiba-tiba kuncup kembali lepas kejadian yang baru berlaku tadi. Haih! Tak sangka tipikal sungguh Encik Aydan tu. Muka handsome memang wajib jadi playboy ke?

"You look so pretty today, darling." Aku terdengar suara Encik Aydan yang bukan main romantik lagi saat aku mendekatinya, membawakan telefon bimbitnya yang tertinggal di atas pejabat. Aku pun tak tahulah aku ni setiausaha ke kuli Encik Aydan, tapi sebab dia tu kacak tahap nak menangis, aku reda je diperlakukan sebegini cuma bila tengok ada gadis genit pakai baju tak cukup kain dalam rangkulan Encik Aydan sekali lagi, memang boleh bikin mata aku bernanah, yang lagi aku tak boleh tahan, gadis ini bukan gadis yang sama perkenalkan diri dia sebagai kekasih Encik Aydan.

"Ok, thanks Fatihah. I tertinggal pulak telefon ni, tak sabar sangat nak jumpa you, sampai I lupa semua benda." Aydan tersenyum manis memikat kepada gadis itu usai bercakap dengan aku tiga patah perkataan. Ok faham.

"Kalau tak ada apa, saya naik dulu Encik Aydan." Aku meminta diri sebelum mata aku betul-betul jadi buta lihat aksi terlampau mereka ni.

"Ok, thanks again Fatihah. You may go." Encik Aydan bersuara tanpa memandang aku pun, tangan dia sibuk melilit pinggang gadis itu sebelum mereka berlalu keluar dari bangunan Menara Awan ini. Aduh sakitnya hati aku ni! Kenapa Encik Aydan ini sama saja macam lelaki kacak di dalam drama yang asyik-asyik jadi playboy dan menggunakan wajahnya yang kacak dan badannya yang sasa untuk memikat wanita? Kenapa Encik Aydan harus jadi klise begini? Huh!

"Husna dah habis kerja ke?" suara seseorang buatkan aku kembali tersedar dari memikirkan panas di dalam hati.

"Belum." Aku menjawab acuh tak acuh. Tahu sangat siapa yang bertanya. Siapa lagi yang panggil aku dengan panggilan Husna kan? Tutup mata pun dah kenal, dan tak payah panggil aku Husna pun aku dah cam sangat suara petir dia tu.

"Habis buat apa kat bawah ni?" aku pandang mamat muka selenga ni dengan wajah malas nak layan.

"Bos suruh hantar barang dekat bawah."

"Aik sejak bila Husna pun jadi despatch macam abang?" dia tersengih sampai nampak giginya macam selalu. Rasa nak cabut je gigi dia tu biar dia segan dah nak tersengih macam tu.

"Biarlah. Sibuk saja. Dahlah, saya naik dulu. Pergilah buat kerja." Aku segera melangkah. Banyak lagi kerja yang aku kena buat dekat pejabat tu dari habiskan masa bercakap dengan Fahmi.

AKU duduk di tempatku dengan rasa sebal, sebal tengok Encik Aydan dengan perempuan lain pulak, sebal juga sebab terjumpa dengan mamat muka selenga tadi. Tak ada orang lain lagikah dalam bangunan ni untuk aku terserempak. Kenapa asyik-asyik dia? Permainan apakah ini? Dia skodeng aku ke? Ok perasan sangat Fatih, kau fikir kau hot stuff ke sampai nak ada stalker? Mimpilah!

"Merenung jauh nampak." Abang Sobri tersengih memandang aku sewaktu dia berjalan melintasi mejaku. Dia memegang beberapa sampul dokumen berwarna coklat, mungkin hendak dihantar kepada klien seperti kebiasaannya.

"Eh abang, kejap!" aku memanggilnya sebelum abang Sobri jauh melangkah kerana ada satu persoalan yang masih menyelirat benakku.

"Apa? Nak belanja abang makan ke?"

"Ish ke situ pulak. Ni saya nak tanya sikit ni."

"Ala tanya banyak pun boleh." Sekali lagi Abang Sobri tersengih. Ya Allah, dia ni, perangai sebijik macam BFF dia si mamat muka selenga tu. Sesuai sangatlah berkawan. Tak habis dengan tersengih, tapi mujur jugak sengihan abang Sobri ni aku boleh tahan lagi berbanding sengihan mamat muka selenga yang menyakitkan jiwa tu. Huh!

"Ish, nak tanya satu soalan ajelah." Aku mendengus kecil, abang Sobri tergelak sebelum dia mendekati tempatku.

"Apa dia Fatihah nak tanya? Tanyalah."

"Ermm. Pasal kawan abang tu, apa abang panggil dia?" aku mengangkat kening tanda menyoal.

"Kawan?" Abang Sobri menggaru kepalanya sendiri. "Oh si Rain tu ke?"

"Aah, Rain! Kenapa abang panggil dia Rain? Takkanlah dia tu ada iras Rain, artis Korea tu pulak? Macam jauh panggang dari api saja." Aku mengomel, tidak puas hati.

"Artis Korea?" abang Sobri mengerutkan dahinya. Ini sah tak kenal siapa Rain. Ok faham, orang macam abang Sobri manalah layan Korea.

"Eh tak ada apa-apalah. Abang tak kenal kot Rain tu." Aku senyum.

"Abang kenal sorang je nama Rain. Si Rain tulah."

"Tapi setahu saya, nama dia lain kan? Bukan nama dia Fahmi ke? Kenapa panggil Rain? Dia suka mandi hujan ke?"

"Aduh, Fatihah. Ada-ada sajalah kamu ni. Sakit perut abang." Abang Sobri bersuara dalam tawanya saat mendengar telahanku itu.

"Bukan sebab tu. Nama dia memang Fahmi, tapi nama betul dia Fahmi Nazarul Ain, dekat kampung memang kami semua panggil dia Rain saja. Nama glamour orang kata."

"Ain?" mataku membulat sebelum bibirku menarik senyum sendiri. Aku ingatkan dia panggil aku Husna tu dah cukup keperempuanan, rupanya nama dia lebih keperempuanan dari perempuan sendiri. Ain? Haha!

"Aah tapi..." abang Sobri mendekatkan dirinya dengan mejaku sebelum berbisik.

"Kamu jangan bagitahu dia pulak, abang bagitahu kamu. Dia tak suka orang tahu nama penuh dia. Kalau dia tahu abang bagitahu kamu, matilah abang."

Aku ketawa melihat wajah cuak abang Sobri. Tadi tak takut bocorkan rahsia, sekarang cuak pula.

"Yelah, abang Sob tak payah bimbang. Saya tak bagitahu dia pun." Aku tersenyum kepada abang Sobri, cuba meyakinkan abang Sobri yang aku takkan membocorkan rahsia ini buat masa sekarang. Nanti belum tentu lagi. Haha.

Mamat Muka SelengaWhere stories live. Discover now