Aku suka layan drama Korea,Menyibuk betullah dia!
AKU sedang menyapu koridor di hadapan pintu rumahku saat Mak Ngah Ana keluar sambil mengjinjing plastik sampah berwarna hitam. Hendak membuang sampah di tong sampah besar di bawahlah gamaknya tu.
"Selamat pagi, Mak Ngah."
"Pagi, Fatihah. Awal lagi dah menyapu ya?"
Aku sengih, terhenti menyapu habuk dan pasir di atas koridor itu.
"Lama dah tak sapu kat luar ni, Mak Ngah. Habuk pun dah menimbun."
"Hari ni tak ada rancangan nak keluar ke mana-mana ke?"
"Belum fikir lagi, Mak Ngah. Kenapa Mak Ngah tanya?"
"Oh saja tanya. Si Fahmi tu balik kampung hari ni, kotlah Fatihah pun ada perancangan nak balik kampung."
'Balik kampung ye?' aku berbicara dalam hati saat terdengar kata-kata Mak Ngah Ana.
"Tak baliklah, Mak Ngah. Jauh kalau nak balik pun, takat cuti Sabtu Ahad je rugi."
"Kampung Fatihah dekat mana?"
"Penang."
"Oh orang Penang. Jauhlah." Mak Ngah Ana mengangguk-angguk tanda mengerti. aku sekadar senyum memandangnya, teringat pula pada kampung halaman, rasa rindu menggebu-gebu. Tak aci si mamat tu balik kampung dah, padahal tak sampai sebulan lagi dia duduk dekat KL ni. Huwaa jeles!
"Fahmi balik Johorlah kan, Mak Ngah. Jauh jugak tu. Lebih kurang macam KL nak pergi Penang jugak."
"Hmm si Fahmi tu bukan kira. Dia tu anak manja emak sikit, kalau tak ada apa-apa mesti dia nak balik kampung."
Aku ketawa kecil mendengar songehan Mak Ngah Ana. Oh anak manja emak, tak padan dengan dah besar panjang.
"Kalau dah tak boleh berenggang dengan emaknya, kenapa datang jugak berhijrah ke KL ni?" aku spontan mengeluarkan persoalan yang berlegar di benakku.
"Dia nak ubah angin katanya. Entahlah Mak Ngah pun tak pasti sangat." Mak Ngah Ana menarik senyum nipis. Wajahnya seolah menyimpan sesuatu namun mulutnya tidak mampu meluah. Aku menggangguk kecil, tidak mahu terus bertanya andai soalan itu sensitif.
"Hmm tak apalah macam tu. Mana tau rezeki dia lagi meluas dekat sini kan. Insya-Allah."
"Insya-Allah. Mak Ngah pun harap begitu, mudah-mudahan. Eh oklah Fatihah, Mak Ngah nak turun kejap buang sampah ni. Ralit bersembang sampai tak sedar pegang sampah busuk. Maaflah ya." Mak Ngah Ana terkocoh-kocoh berjalan ke arah tangga membuatkan aku sekadar tersenyum memandangnya.
AKU merenung kosong ke arah dinding bilikku itu. Terasa sunyi pula malam ni, Hajar tak ada dekat rumah, biasalah dia setiap masa nak berkepit dengan encik tunang saja kalau hari cuti macam ni. Tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri dekat dalam rumah ni. Selalunya ada juga mamat senget sebelah rumah yang dok menyanyi sambil petik gitar, tidakpun suara dia bercakap pun dah riuhkan satu rumah flat ni. Hari ini terasa sepi pula tanpa dia.
Eh ok, kenapa dengan aku ni? tak betul ke dok teringat dekat si Fahmi tu. Haih memang tak betul! Herghhh! Aku mendengus kasar, geram dengan diri sendiri sebab berfikir perkara yang tidak sepatutnya. Aku mengalihkan pandanganku dari dinding ke arah laptopku yang sudah lama tidak kubuka.
Aku membuka folder video dan terhenti di folder Drama Korea; tempat aku menghimpunkan segala drama korea yang aku sudah download dan sedut dari teman-teman sejak zaman universiti lagi. Aku membelek satu persatu tajuk sebelum terhenti pada folder yang bertajuk Rooftop Prince. Drama yang baru aku download beberapa minggu lepas itu segera aku pasang di laptop sebelum mataku fokus menghayati cerita yang sudah terpampang di skrin saat itu.
YOU ARE READING
Mamat Muka Selenga
FanfictionORANG cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta? Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu oran...