Bab 10

2K 69 3
                                    

Enak sungguh aiskrim kelapa,

Betul ke aku diskriminasi rupa?

AKU memandang curi-curi ke arah Encik Aydan yang sedang khusyuk bercakap dengan klien di coffee house itu. Hari ini Encik Aydan suruh aku ikut dia keluar berjumpa klien, aku yang sememangnya patuh dengan setiap arahan, tak bolehlah nak menolak pulak kan? Haha.

Macam biasa dia sentiasa kelihatan segak dan ada karisma dalam setiap tingkahnya. Sut berwarna hitam kemas tersarung di tubuhnya dan dipadankan dengan tali leher berwarna biru muda. Memang jelas gayanya kelihatan macam orang yang berkaliber dan dari golongan berada.

Berbeza dengan aku yang selekeh ni, tudung pun senget benget, lepas tu bersandal saja macam nak pergi beraya rumah orang. Haha. Malu aku kalau setiausaha syarikat lain tengok, mujurlah Dato' Said tak banyak songeh dulu. Aku pun bukannya belajar bidang kesetiausahaan ni tapi bila minta kerja, kerja ini yang lekat dulu, aku pun terimalah sebab fikir mungkin ini rezeki aku.

"Fatihah." Suara Encik Aydan memanggil membuatkan aku tersedar lalu berkalih dari memandang sandal yang tersarung di kaki.

"Ya, Encik Aydan."

"Dah masuk waktu lunch ni, you pergilah lunch, lepas tu nanti masuk office terus. I have to go to somewhere else first." Encik Aydan berkata sambil bangun mengemaskan barang-barangnya. Klien tadi hanya diam dan tersenyum memandang kami. Aku mengangguk sambil ikut bangun mencapai beg kerja sendiri dan fail di atas meja itu.

"Baik Encik Aydan. Saya pergi dulu ya. Assalammualaikum." Aku bersuara sebelum berlalu keluar dari coffee house itu. Aku tahu, hari ini hari Jumaat jadi tentulah Encik Aydan tersayang aku tu nak pergi solat Jumaat kan. Tapi sekarang baru pukul dua belas lebih, mungkin dia ada temujanji lain dulu kot.

Aku bergerak menuju ke food court di dalam KLCC ini, tempat aku berjanji hendak bertemu Hajar. Selalunya setiap Jumaat kami akan makan tengah hari sekali sebab hari lain Hajar makan dengan tunangnya, si Faiz tu. Padahal nak diikutkan dekat je pejabat aku dengan pejabat dia. Hari-hari boleh keluar makan tengah hari sama-sama. Tak apalah, orang ada tunang kan, aku ni tak ada siapa. Heh.

Hajar datang beberapa ketika kemudian, setelah hampir separuh gelas teh tarikku aku hirup. Dia tersengih-sengih memandang aku sebelum mengambil duduknya.

"Sorry, LRT ramai orang." Pendek dia memberi alasan setelah melihat aku sudah menantinya di situ. Naik LRTlah kemudahan paling cepat dan pantas dari pejabat nak ke KLCC ni. Kalau naik kereta, tentu-tentu tersekat dalam jammed.

"Tak apa. Aku pun sampai awal sebab ikut bos aku jumpa klien dekat sini tadi."

"Oh Dato' Said ke?"

"Bukanlah, anak dia. Kan aku ada beritahu kau hari tu."

"Eh ada ke?" Hajar garu kepalanya. Aku menggeleng perlahan.

"Aku tahulah kau tu asyik teringatkan Faiz, sampai semua aku cerita pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri ya." Hajar ketawa mendengar kata-kataku.

"Mana ada, beb. Aku selalu ingatlah apa kau cerita, tapi pasal bos baru kau ni aku terlepas pandang pulak. Kalau pasal mamat muka selenga pujaan hati kau tu semua cerita tu aku dah simpan dalam poket." Hajar buat muka bangga.

"Eii tolong sikit eh. Bila masa mamat tu jadi pujaan hati aku? Kalau bos baru aku tu kotlah. Aku beritahu kau tak, yang dia tu kacak gila, sebijik macam Lee Min Ho kau tahu. Macam mimpi pulak aku rasa masa jumpa dia mula-mula dulu."

"Ok bahagian tu aku ingat, tapi aku ingatkan kau tipu saja pasal muka dia macam Lee Min Ho."

"Ceh tak kuasa aku nak menipu pasal ni." aku mencebik. Sebal pulak sebab Hajar tak percaya. Mataku aku alihkan keluar food court sebelum mataku menangkap sesuatu. Encik Aydan! Dia sedang berjalan sambil memegang satu beg kertas jenama ternama. Amboi shopping sorang-sorang!

Mamat Muka SelengaWhere stories live. Discover now