Makan roti dengan sekaya,
Bila masa pulak aku nak culik dia?
"HAJAR! Hajar!" aku menggoncang tubuh Hajar yang masih berselimut di atas katilnya. Perlahan Hajar membuka matanya dan memandang aku.
"Aku demamlah, Fatih. Semalam aku dah makan panadol tapi deman ni tak nak kebah. Aku tak pergi kerja kot hari ini, kejap lagi aku pergi klinik ambik MC." Hajar bersuara dengan nada yang serak berselang-seli dengan batuk. Aku meletakkan belakang tanganku pada dahi Hajar untuk merasa kepanasannya, ternyata memang Hajar masih demam.
"Tak apalah Hajar. Kau rehatlah, tapi tak apa ke aku tinggalkan kau seorang dekat rumah?" aku gusar.
"Tak apa. Kau janganlah bimbang. Kalau ada apa-apa, aku mintak tolong Mak Ngah Ana je." Aku mengangguk tanda mengerti sebaik mendengar kata-kata Hajar.
"Macam tu tak apalah. Kau rehat ok. Kalau ada apa-apa, call aku tau. Lepas kerja aku terus balik rumah."
"Ok beb, terima kasih. Sorry risaukan kau."
"No hal." Aku senyum sebelum bingkas keluar dari bilik Hajar menuju ke luar rumah, aku sudah bersiap dari tadi untuk ke tempat kerja cuma bila Hajar tak keluar-keluar dari bilik yang buat aku tertanya dan menjenguk ke dalam.
"Kamu tanya saja orang-orang dekat situ. Mesti dia orang tahu macam mana nak beli tiket." Suara Mak Ngah Ana kedengaran saat aku membuka pintu rumah. Aku memandang ke rumah sebelah dan terlihat Mak Ngah Ana dan Fahmi sedang berada di hadapan pintu rumah mereka.
"Hmm. Yelah Mak Ngah." suara Fahmi pula kedengaran sebelum terdengar Mak Ngah Ana menutup pintu rumah. Mungkin tidak sedar aku berada di luar, kalau tidak, sudah tentu dia menegur aku.
"Selamat pagi, Husna."
Ok yang ini tentu-tentulah dia sedar aku ada dekat luar. Hergh!
"Selamat pagi." aku menjawab acuh tak acuh sebelum laju membawa langkah. Malas nak layan dia pagi-pagi begini, bikin rosak mood saja nanti.
AKU masuk ke dalam kereta yang aku parkir sebelum terlihat Fahmi berjalan sendiri menuju ke luar kawasan perumahan ini. Dia nak kemana jalan kaki sorang-sorang begitu? Motor dia mana?
Allah! aku menepuk dahiku sendiri. Belum apa-apa dah lupa pasal hal semalam. Banyak termakan semut agaknya aku ni. Aku memandu keretaku dengan laju, cuba mengejar Fahmi yang kelihatan hendak melintas jalan ke stesen LRT bersebelahan.
"Fahmi tunggu!" Aku memanggil sebaik terhenti di hadapan dia yang berhenti di lintasan zebra kerana lampu isyarat pejalan kaki masih berwarna merah.
"Eh Husna." Dia memandang aku dengan wajah hairan.
"Naik kereta saya cepat." Aku mendesak sebaik lock pintu aku buka. Iyelah, masih lampu hijau ni, karang tak pasal orang belakang aku hon pulak. Tanpa banyak soal, dia masuk ke dalam keretaku dengan segera.
Diam. Aku fokus memandu dan masih tidak memandang dia di sisi, sebaik dia masuk ke dalam keretaku.
"Kenapa Husna culik abang?" mataku mencerlung sebaik mendengar kata-katanya secara tiba-tiba itu. Ya Allah, nak pengsan dengar pertanyaan dia tu. Tak kuasa aku nak culik orang macam dia. Tak ada faedahnya pun.
"Culik apanya? Buat apa saya nak culik awak?" Aku menyoalnya dengan geram.
"Manalah abang tahu. Tiba-tiba saja paksa abang naik kereta Husna." Dia menyeringai.
"Kan motor awak ada dekat tempat kerja. Saya yang suruh awak tinggalkan kat situ jadi sayalah yang sepatutnya kena bertanggungjawab hantar awak hari ini."
YOU ARE READING
Mamat Muka Selenga
FanficORANG cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta? Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu oran...