Buah keranji dalam peti, untuk santapan sang putera,
Rasa macam dah jatuh hati, adakah ini namanya cinta?
AKU membuka pintu rumah dengan malas, pintu grill kubuka sambil menahan kuap. Mataku kugosok perlahan, rasa mengantuk masih menguasai diri. Lepas terjaga pukul empat semalam, aku terus tak boleh tidur. Apalagi, mulalah aku melayan drama Korea di laptopku sampai ke pagi. Pagi ini baru rasa mengantuk yang teramat. Ini salah Min Ho!
"Assalammualaikum!" suara garau dan sedikit nyaring itu menerjah telingaku macam petir yang menyambar. Lekas aku mengurut dada, terperanjat. Wajah di hadapanku itu kupandang dengan mata membuntang. Geram pun ada, sebal pun ada, rasa macam nak seligi saja mamat ni!
"Waalaikumussalam." aku membalas acuh tak acuh sambil menyarung kasut yang baru diambil dari atas rak kasut sebelah pintu tadi.
"Nak pergi kerja ke kak?" Aku menoleh dengan kening terangkat. Sudah geharu cendana pula mamat ni!
"Tak. Nak pergi tengok wayang."
"Nak ikut!" dia sengih.
"Ish! Dah pagi-pagi macam ni, mestilah nak pergi kerja." aku membentak. Kalau tak kacau hidup aku sehari, tak boleh ke? Baru je dia datang sini tapi dah buat hidup aku huru-hara macam ni.
"Aih, bergurau pulak...." jejaka itu menyengih lagi, menampakkan gigi taringnya.
"Dah-dah, saya dah lambat ni."
"Eh saya pun nak keluar ni, marilah pergi sekali." Dia tersengih, serius saja bunyi ajakannya.
Aku pandang mamat itu atas bawah. Memang dia sudah berpakaian kemas, kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar slack. Kalau tengok dari bawah sampai paras leher saja, nampaklah machonya, tapi bila pandang wajahnya, aduh buat spoil mood betul! Baru saja aku nak berangankan Lee Min Ho yang sedang berdiri di hadapanku, sebab ketinggian mamat ini memang lebih kurang ketinggian jejaka-jejaka korea. Tinggi model orang kata.
"Naik apa?" sengaja aku menduga.
"Motosikal saya la."
"Ish tak ingin!" aku mencebik. Tak kuasa aku nak naik motosikal mamat ni. Buat malu orang aja. Ok berangan Fatihah, bila masa yang kau wajib naik dengan dia? Tak tahu halal haram? Kereta kau tu nak campak mana?
"Dahlah, saya dah lambat." aku meminta diri. Makin lama dilayan mamat ni, makin lambat aku ke tempat kerja.
"Eh kak. Semalam... nasi ayam tu... terima kasih! Banyak betul akak letak, sampai ke malam saya makan nasi ayam tu. Kenyang! Sedap sangat!" dia mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Aku terdiam, mengingati kisah semalam. Nasib juga aku bagi kepada mamat ni, sebab Hajar balik lepas dia makan malam dengan Faiz. Kalau tak, membazir saja aku buat nasi ayam tu semalam. Aku seorang mana mampu nak habiskan semua.
"Yelah, sama-sama. Dah, saya nak pergi kerja."
"Ok. Tata!" dia melambai, namun aku hanya buat tak nampak. Langkahku kucepatkan, takut mamat muka selenga itu mengikut aku.
AKU memarkir keretaku di tempat letak kereta bersebelahan bangunan Menara Awan, tempatku bekerja. Mujur tak terlewat sampai dek kerana halangan besar yang menanti saat hendak ke tempat kerja tadi, mamat berwajah selenga itu.
Mamat muka selenga.
Ya, dia!
Hah! Mamat muka selenga! aku tersentak, saat wajah itu terjongol di cermin tingkap kereta. Halusinasikah ini? Aku merenung wajah itu sekali lagi, wajah itu tersengih seraya mengetuk cermin tingkapku.
"Awak!" aku hampir menjerit saat cermin tingkap kereta diturunkan. Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, aku ditakdirkan untuk bertemu mamat ni sekali lagi. Tak ada tempat lain ke lelaki seorang ni nak pergi? Argh tolonglah!
YOU ARE READING
Mamat Muka Selenga
FanfictionORANG cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta? Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu oran...