"Ada budak baru join kelas kita la!" Jerit Affa. Dia ketua kelas 3 Anemia.
Dia berlari anak ke tempat duduknya utk menulis sesuatu ke dalam buku istimewanya. Mungkin diary kott. Zaman apakah ini?
Rakan sekelasnya yg lain mula memanjangkan leher mereka untuk menjeguk di luar kelas, siapakah gerangan yg membuat ketua kelas mereka itu gembira tahap babun gitu?
"Siapa weyh? Lelaki ke perempuan? Hensem tak?" Layla yg mula teruja itu terus membingungkan kepala otak rakan sebelahnya.
"Mende kau. Kita kan sekolah perempuan, mana ada lelaki. Toyol betul!" Nabila menampar lengan kiri Layla. Kebetulan dia terlupa, baru semalam mereka kena suntik utk apa benda entah.
"Biadappp! Sakit si.. weyh cikgu Hasmina!" Kelam-kabut terus. Macam mahu stunami. Ada yg diantaranya pura-pura baca buku, minum air, betulkan tudung dan korek hidung. Cikgu Hasmina tidak la garang mana. Mereka sendiri pun tidak tahu mengapa mereka kelam-kabut tadi. Suasana yg tadi semacam pasar pagi sudah bertukar menjadi sunyi sepi sehingga dapat dengar bunyi kipas berpusing yg hampir nazak.
"Bangun.. Selamat sejahtera cikgu, kami sayang .. cikgu!" Rakan sekelasnya yg lain mengikut ucapan salam yg diketuai oleh Affa. Memang sudah lama sekolah itu mengamalkan budaya penyayang. Jadi tidak hairanla bila ada guru baru mengajar di SMK (P) KEKUDIS dia akan buat muka terharu. Erk.
Setelah Cikgu Hasmina yg mengajar subjek math itu menjawab salam dan menyuruh mereka duduk, terus dia menyuruh murid baru yg bersamanya tadi memperkenalkan dirinya.
"Nama saya Nur Aran Binti Adnan. Saya berasal dari KL." Ringkas sahaja. Rakan sekelasnya yg lain mula bersorak gembira menyambut kedatangan murid baru yg mereka belum tahu perangai semulajadinya. Aran langsung x tersenyum. Ada beberapa murid yg mula berbisik.
"Bulan mengambang la tu" kata Ixora kepada Affa. Mereka berdua hanya mampu tersengih seperti kerang busuk.
"Baby-face dowh muka dia" jerit Syira. Dia meneliti dgn fokus muka murid baru tu. Mahu mintak penawar cara hilangkan jerawat batu dimukanya la tu.
Cikgu Hasmina hanya duduk memerhati mereka dari meja guru lalu dia mahu menulis sesuatu di kertas, tiba-tiba ..
"Cikgu, saya nanti duduk kat mana ya?" Aran yg dari tadi menyandang beg jenama adifas
memandang tepat anak mata Cikgu Hasmina. Dia sudah bosan dan dia juga tidak melayan pertanyaan Irani yg meminta id wechat nya."Memang orang dari KL ni jenis yg sombong ke acane?" Soal Irani kepada Intan. Intan hanya mengangkat bahu, dia dari tadi sibuk menyiapkan rangka ceritanya 'Rabies' yg bakal di-updated di wattpadnya kelak.
"Kamu boleh duduk di sebelah Amira" arah Cikgu Hasmina. Dia tidak hairan mengapa perangai murid baru itu begitu. Dia seolah mengetahui sesuatu.
Dari jauh kelihatan Amira melambai-lambai. Dia gembira benar melihat murid baru itu kerana baru sekarang ada yg sudi duduk di sebelahnya. Hal ini kerana, semua rakan sekelasnya tidak mahu duduk di sebelahnya mahupun berjalan beriringan denganya kerana mereka mendakwa Amira bukan la manusia sebenar. Dan ada yg menuduh, bau ketiaknya juga membuatkan mereka sesak nafas.
********************************