Setelah pulang dari sekolah, Hayan terus masuk ke bilik tidurnya dan kemudian ke meja belajar. Tiba-tiba semangat nak belajar datang tanpa dijemput. Syukur ..
Ohh ya, lupa pula nak perkenalkan perangai nokrom enam sekawan ini.
(Apalah author ni, semua lupa, gigit kangg)
Hayan, Irani, Intan, Ixora, Affa serta Aran merupakan satu geng. . Mereka berenam selalu sembang kencang di Restoran Chan Malican Oi Oi selepas tamat sahaja persekolahan. Hanya memesan 6 gelas air suam, mereka mampu lepak disitu sehingga maghrib. Gosip jamban tak flush pun boleh jadi tajuk awal perbualan mereka.
Entah kenapa hari ini mereka tukar hala tuju hidup, hendak balik terus ke rumah. Mungkin sudah insaf setelah diberi kaunseling kelmarin di sekolah.
Dgn masih berpakaian sekolah sambil diikuti bau 'tiak' yg agak mengerikan, Hayan terus mengeluarkan semua kerja rumah yg diberi oleh guru guru di sekolahnya tadi di atas meja belajarnya.
"Amboi, dh macam setinggi KLCC aku tengk" terbeliak besar anak mata Hayan ketika dia mengukur tinggi buku-bukunya.
Kerja rumahnya bertimbun timbun bagaikan setinggi bangunan pencakar langit yg berada di KL itu.
Cerita dia gempak betul.
Dia mencapai buku teks matematik. Tak pernah tak ada homework, bisik hatinya. Guru subjek matematiknya iaitu Puan Hasmina, memang selalu beri homework banyak gila tahap cipan. Katanya utk kebaikan mereka jua.
"Yg nak pandai tu kamu, bukan saya. Sbb saya memng dh pandai" Masih terngiang-ngiang di telinga Hayan.
Mereka sekelas hanya mengiyakan sahaja ketika ditegur sedemikian rupa di sekolah tadi. Hakikatnya ada betul jua apa yg diperkatakan oleh cikgu.
"Siut, bab bulatan ni la yg paling aku benci. Jawapan asyik salah je. Mmng ajak gado dowh bukunya ni" Hayan patah hati dan membebel tak henti. Baru soalan pertama dah membebel macm nenek kebayan hilang suami.
Hayan stress.
Dia angkat kaki kananya.
Kemudian, dia mengorek hidung menggunakan ibu jari kaki kanannya dan mencalit di meja belajarnya.
Daebak!
Pelbagai rupa tahi hidung keras yg masih setia melekat disebalik meja belajarnya. Yg tidak sempurna itu adalah seni, dia berpegang teguh pada ayat-ayat saktinya.
Itu namanya pengotor gilaa !
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tema lagu "Didie and friendz" iaitu bintang di langit. Kelam kabut Hayan mencapai telefon bimbit yg terletak rapi diatas almari make-up nya. Di skrin telefon tertera satu nombor yg tidak di save. Hayan mmng kenal benar dgn nombor itu. Sengaja tidak di save.
"Hello munafik ke disini?" tanya pemanggil yg agak biadap mulutnya.
"Ya munafik di sini. Kau nak apa jahil?"
Pemanggil terdiam seketika.
"Dia suruh aku bagitau kau, jgn lupa dgn plan tu"
"Aku ingt. Tapi .. serius kau sanggup khianati dia?"
"Kalau dia sanggup aku pun sanggup. Ok la sis, aku chio dulu. Dengan merendah diri, aku yg lagi jahil ini meminta diri"
Kedengaran Hayan tergelak besar di penghujung talian sebelum 'Si Jahil' menamatkan panggilan.
Kemudian dia mengeluh kecil.
Hayan terbaring di tengah-tengah lantai bilik sambil mencampakkan telefonya ke dinding. Hancur. Tak sayang duit mak pak dia ni.
"Plan besar bakal tiba" kata Hayan seorang diri.
Tidak lama kemudian dia terlelap dibuai mimpi. Kata nak study. Sembang la dia ni.