OH MAK KAU !!
Tombol pintu bilik disiplin tercabut daa ..
Aran semakin gelisah. Hebat betul tombol pintu boleh tercabut, dia bangga seketika.
"What the fisherman? Bodo la tombol pintu ni" Dia membaling tombol pintu tadi ke tingkat bawah. Sukati mak pak dia je. Oh lupa nak bagi tau, bilik disiplin terletak di tingkat dua di block Fumakilla.
Ketika Aran hendak melangkah masuk ke bilik disiplin, tiba-tiba pintu bilik tersebut terbuka sendiri.
"Pintu automatik ka? Canggih betul siak" Aran terkejut beruk. Pintu macm pintu biasa je tapi canggih. Zaman makin maju la.
Aran meneruskan langkahnya.
GEDEBUKKK !!
"Sakit bodo" Aran sudah terbaring di lantai yg hanya beralaskan karpet getah. Dia mengosok-gosok kepalanya. Sakit. Kepalanya terasa baru terlanggar dgn kepala seseorang yg keturunannya entah dari mana. Ni jodoh ni.
"Maafkan saya. Awak okay tak?" Tanya satu suara garau. Dia mengelabah. Sudahla dipanggil 'bodo' tadi.
Aran membuka kedua matanya. Satu sinaran muncul. Ada seorang lelaki berbaju kemeja merah sedang berdiri di hadapannya. Dia mengelamun seketika dalam posisi terbaring.
"Adakah ini jodoh?" Aran masih mengelamun.
"Ha apa dia?" tanya empunya suara garau tadi, dia kurang dengar. Aku syak dia dah jadi snowman hensem sangat ke aku ni? Fikir empunya suara garau tadi lagi sambil meraba wajahnya sendiri, mahukan kepastian.
'Betul la tu' dia memuji dirinya. Dia tersenyum.
Maka, kedua-dua manusia ni pun mengelamun di hadapan pintu bilik disiplin yg tombolnya dah tercabut.
"Tiba-tiba kan aku rasa best dgn suasana bilik disiplin ni. Lain kali aku nak masuk sini banyak kali la dapat tengk wayang free" perli seseorang dgn nada yg tinggi. Cemburu cakap je la.
Aran mencari kelibat tubuh empunya suara tadi. Ohh, Hayan rupanya. Disebelahnya terdapat Affa, Ixora, Intan dan Irani yg sedang tersengih.
"Hmm, bagusla tu. Lepastu aku amnesia sebab kena langgar kepala mamat ni banyak kali!" balas Aran sambil cuba berdiri. Perang dunia ke-2 kembali. Aran terasa mahu menarik balik kata-kata pujinya kepada sekolah ini, SMK (P) KEKUDIS.
"Ehem. Ni bilik disiplin la bukannya fakulti filem, teater dan animasi" tak ada angin kencang yg dinyayikan oleh Noh Salleh tiba-tiba pelajar selekeh yg enam sekawan tadi buli menyampuk tanpa dijemput. Ni lagi seorang, tetiba masuk fakulti filem bagai ni kenapa? Entah dari sudut bulatan poligon mana entah dia datang.
"Kau diam. Benda ni tak ada kena mengena langsung dgn orang serupa selekeh macm kau!" Ixora membangkang. Pelajar selekeh tu terasa.
"Nama aku Rania la bukannya selekeh" pelajar selekeh itu tiba-tiba meng-intro dirinya. Asal tak letak nombor telefon sekali dik? Haih.
"Tanya pulak?" Kali ni giliran Aran pula menyelit.
Suasana menjadi bising. Mereka bertujuh mula berperang mulut. Enam lawan satu, tak tau la siapa menang nanti.
"Eh sudah!" jerit satu suara garau lagi. Aduh, suara garau lagi. Mamat bangla mana lagi terselit?
Mereka bertujuh terdiam. Rania menjelir lidah kepada mereka. Dia menyangka lelaki itu menyebelahinya.
"Eh, lidah tu nak kena potong ke apa?" tegur lelaki yg berbaju kemeja merah tadi. Mereka bertujuh keliru. Muka mamat-mamat tu sama siut.