*Di bilik kebudayaan*
Semua orang masih duduk melepak sambil sembang kopi 'o' sementara menunggu pukul 4.30 petang.
"Okay semua, dah pukul 4.30 petang cepat buat barisan utk latihan seterusnya" arah Kak Soley yg tinggi lampai orangnya. Cepat sungguh masa berlalu.
Masing-masing berdiri dan membuat 2 barisan. Satu dihadapan dan satu lagi dibelakang. Bagi pemain alat muzik, mereka duduk di belakang utk sementara sahaja. Masih belum disusun lagi.
"Satu .. dua .. sepuluh .. dua puluh enam .. ?" Kak Ivy sudah kelam kabut. Dia mengira lagi sekali kehadiran semua orang. Kenapa kurang satu??
"Eh, Aran mana?" tanya Kak Ivy kepada mereka semua. Mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu kemana budak itu menghilang.
"Tadi dia pergi tandas" Wan mengkibar-kibarkan kertas lirik lagu empunya Aran.
Kak Ivy terdiam sebentar.
"Cikgu Arnadzi dah nak sampai tau tak" kata Kak Ivy. Mereka semua sudah kecut perut. Cikgu Arnadzi memang tegas orangnya.
"Takkan lama sangat dowh? ke .. ponteng? Pergi makan KFC kat pekan sana?" kata Nabila tiba-tiba.
Mereka semua terdiam.
Kak Farhana yg dari tadi berdiri di balkoni bilik kebudayaan melangkah masuk dgn muka sedikit terkejut.
"Aku dgr bunyi orang tembak sesuatu dowh"
"Biar betul kau? Ala, tembak musang la kot .." Kak Ivy cuba menenangkan Kak Farhana dan juga dirinya.
"Kau tak pelik ke tetiba ada musang dalam sekolah?" tambah Kak Farhana pula.
Perasaan masing-masing bercampur baur. Marah, keliru, takut, panas dan ada yg tak ada perasaan.
"Aku syak, ada orang kena tembak. So, tak payah la tunjuk hero pergi cari dia kang tak pasal-pasal kita pula jadi mangsa" cadang Kak Soley. Dia bukan apa, takut juga dgn keselamatan yg lain.
"Nak cakap apa kat cikgu?" tanya Kak Ivy yg keliru sedikit dgn situasi sekarang.
"Kita cakap dia kena culik dengan bangla 1.5 juta, Ok?" cadang Kak Soley.
Mereka mula bersepakat.
"Ya"