9

437 19 0
                                    

"Sorry la dear. Aku memang stay petang tapi aku ada latihan dikir barat la"

Hayan sedikit kecewa terhadap Aran yg sibuk sejak dua menjak ini dgn pertandingan dikir barat yg akan menjelang tidak lama lagi. Niatnya mahu mengajak buat study group sama-sama  memandangkan pt3 yg akan menjelang tidak lama lagi. Tetapi terpaksa dibatalkan niatnya yg sesuci murni itu.

"Oh ok. Tak apa la, aku balik  dulu. Lagipun diorang tak nak study sama-sama  jugak" Wajah Hayan masam mencuka. Nampak benar yg dia amat kecewa kepada sahabatnya yg lain juga.

Hayan terus pulang sambil meninggalkan Aran yg masih tercegat berdiri di belakangnya.

"Tanpa kata selamat tinggal?"

Aran terdiam. Dia mula mengatur langkah ke bilik kebudayaan utk latihan dikir baratnya tidak lupa juga takutnya kepada Kak Ivy serta Kak Soley. Huhu.

******************************

Setelah penat lelah berlatih, Kak Ivy sebagai ketua yg menguruskan anak buahnya memberi waktu rehat selama 20 minit memandangkan sekarang baru pukul 4.10 petang, masih awal lagi. Kemudian katanya lagi, setelah pukul 4.30 petang datang ke bilik kebudayaan kembali  utk  latihan seterusnya. 

Mereka semua yg berjumlah 27 orang hanya mengiyakan sahaja.
Beberapa orang mula keluar dari bilik itu utk membeli makanan. Lapar weyhh.

Aran mengambil kesempatan itu utk ke tandas. Dari tadi dia menahan kencingnya.

"Weyh, jagakan kertas lirik lagu aku jap" belum sempat Wan mengangguk, Aran sudah berlari keluar. Ni kalau tahan, mahu batu karang la yg tumbuh.

Tandas terletak di block Amfibia, di tingkat satu. Perjalanan dari block Fumakilla ke block Amfibia memang agak jauh sedikit. Apakan daya, takdir telah menentukan tandas tersebut jauh nun di sana.

Dan sekarang baru Aran faham mengapa ada setengah pelajar yg tercirit dalam seluar di sekolah.

Usai melepaskan hajat, dia keluar dari tandas dgn hati yg lega. Mana tak lega dari tadi asyik menahan sahaja.

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi, seram sejuk mula menyirap. Aran terasa ada seseorang dibelakangnya.  Dia sempat mengerling kearah jam tangannya, sudah pukul 4.28 petang, lagi 2 minit je. Dia tak mahu menoleh kebelakang takut-takut ada langsuir tanpa badan la, pocong bungkus ikat tepi la, toyol separuh bogel la, momok rambut kusut la, ni kalau senaraikan semua hantu dekat Malaysia ni mahu bosan engkorang semua.

Tanpa melengahkan masa, dgn teringatkan  kepada wajah seram Kak Ivy, Aran terus berlari.

"Just ingat Kak Ivy je, jangan ingat benda lain" sempat Aran memesan kepada dirinya.

Orang yg mengekori Aran dari tadi pun turut berlari. Dia mengejar Aran dgn pantas sekali. Mungkin dia atlet.

Bila Aran ke kiri, dia pun ke kiri. Bila Aran ke kanan, dia pun ke kanan. Entah kenapa ketika itu langsung tak ada seorang pun yg sedang berlegar-legar di kawasan sekolah.

Aran sudah penat berlari. Dia menoleh kebelakang,  terkejut beruk dia apabila melihat orang berbaju serba hitam mengejarnya semakin hampir dan ditangan orang itu terdapat



..









..

















..










Pistol ??!

"Kenapa kau kejar aku?" tanya Aran sambil membuka langkah seribu. Dia sudah tercunggap-cunggap dek kepenatan yg amat.

"Sebab dunia ni tak pernah nak adil!"

DUSHH !!

DendamWhere stories live. Discover now