Setelah segala kaunseling diberikan kepada mereka bertujuh, baru mamat mamat kembar itu memperkenalkan diri mereka. Namun, tiada beza perangai mereka dgn sebelum kaunseling dan selepas kaunseling. Bazirkan air liur mamat mamat tu je.
"Nama saya Amar Idham bin Lut adik kepada Ahmad Fairuz bin Lut. Ya, kami berdua kembar dan kami baru berumur 26 tahun" jelas dan terang lelaki yg berbaju kemeja merah tadi memperkenalkan dirinya dan secara tidak langsung memperkenalkan abangnya juga.
Abangnya, Ahmad Fairuz hanya tersenyum sedikit lalu mengangguk. Apa yg dia angguk pun tak tau la.
"Berdirinya kami disini sebagai guru-guru disiplin di SMK (P) KEKUDIS" tambah Ahmad Fairuz. Dia membetulkan songkok hitamnya yg senget tadi.
"Kami di sini hanya sementara sahaja. Kami cuma menggantikan tempat Puan Aminah yg sedang cuti bersalin. Kamu semua juga sudah di sedia maklumkan?" tambah Fairuz lagi.
Mereka bertujuh dari tadi membisu. Mungkin tiada isu yg mahu dibangkitkan lagi. Habis segala isu dibangkitkan ketika sesi kaunseling tadi. Isu ekonomi negara makin jatuh pun tiba-tiba terselit sedikit tadi.
Tidak lama kemudian, hati rakan-rakan seperjuangan itu sedikit lega kerana Puan Aminah sedang cuti bersalin. Siapa tidak kenal dgn beliau, kerana beliau la bekas-bekas pelajar sekolah itu sudah melabelkan bilik disiplin sebagai 'neraka ke-7'.
Setelah ketiadaan beliau, boleh la selepas ini, rakan-rakan seperjuangan yg terdiri dari Hayan, Ixora, Intan, Irani, Affa dan Aran masuk ke bilik disiplin lagi. Hari-hari masuk pun tak apa, janji dapat tatap wajah mamat-mamat kembar seiras itu.
Macam bidadara dari kayangan woo.
Aran tiba-tiba mengangkat tangan kananya ke udara. Mata mereka semua tertumpu kepada Aran. Ada isu yg tidak dibangkitkan lagi ke?
"Ya?" Amar menaikkan kening kirinya.
"Bila kami boleh chio dari sini?" tanya Aran tanpa ragu-ragu. Dia sebenarnya sudah bosan duduk di dalam 'neraka ke-7' yg telah dilabel oleh bekas-bekas pelajar sekolah ini.
'Aku lebih rela belajar math yg bab bulatan merapu tu' bisik hati Aran. Dia sempat mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 10.50 pagi.
Amar menoleh ke arah Fairuz. Mahu abangnya yg membuat keputusan.
"Baiklah. Kamu semua boleh beredar. Terus ke kelas jgn pergi melencong ke tempat lain pula" sempat Fairuz memesan kepada mereka bertujuh sebelum kelibat mereka hilang sepantas kilat. Yela, diorang tu bukan boleh percaya. Budak zaman sekarang majoritinya tidak takut pada guru. Apatah lagi guru disiplin. Setakat penalti tu, apalah sangat bagi mereka.
Amar memerhatikan seseorang dari kalangan mereka bertujuh. Entah kenapa hatinya menghantar satu perasaan yg mustahil guru dan pelajar menjalinkan hubungan tersebut atau kata lain, tersuka tanpa sengaja? Tak gitu?
"Kau suka dia?"tanya Fairuz selamba.
Amar hanya tersengih.
'Ya'