Keesokan paginya, cikgu yg mengajar mata pelajaran sains masih tidak kelihatan lagi. Penat pelajar kelas 3 Anemia menunggu kehadirannya. Sudahla semangat nak belajar 'bab 4' mula berkobar-kobar, habis hancur semangat mereka.
"Sejak akhir-akhir ni kan .. Aku rasa lain macam laa" ujar Aran kepada lima orang sahabat karibnya. Tangan kanannya mengurut-urut leher, gelang rawan patah barangkali.
"Rasa apa?" tanya Irani yg duduk di atas meja Ixora. Sebenarnya, sudah banyak kali Ixora marah Irani jangan duduk atas meja dia sebab nanti meja dia bau 'pungung'. Kalau wangi semerbak kasturi tak apa, ni bau .. ikan masin. Ya, bau ikan masin. Tak tau la macam mana boleh bau ikan masin.
"Entah la, rasa dia lain macam sikit" Aran kembali menyambung bicaranya. "Sampai makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah"
Affa tersengih. "Angau bercinta ke weyh?" sejurus mereka tergelak besar kecuali Aran. Dia hanya diam.
"HAHAHA! Bercinta dengan Mokhtar si tukang cuci jamban sekolah kita tu ke?" Intan menambahkan lagi dekahan gelak tawa sahabatnya.
Mokhtar merupakan tukang cuci di SMK (P) KEKUDIS yg annoying gila tahap keldai. Malah, dia terdapat ramai juga haters. Maybe, dia ni famous kat sana. Maybe laa ..
"Tak la der. Teringat dosa yg bersepah" balas Aran dengan tenang.Mereka berlima terdiam. *DEEP TAHAP DEWA*
Hampir setengah jam baru mereka berlima bersuara. Itu pun bisik-bisik.
"Bila citer pasal Mokhtar ni, yg ni paling aku benci" luah Hayan dgn penuh keikhlasan dari mulut suci beliau.
"Kau jangan benci kat dia Hayan. Kang nanti tersuka tanpa sengaja pula. Naya aku kalau jadi pengapit kau nanti" kata Affa."Tak apa la, Affa. Nanti aku boleh temankan kau jadi pengapit" kata Irani yg sememangnya baik hati.
"Wah!! Sweetnya engko ni" Affa dan Irani mula berpelukan. Yang lain hanya memerhati gelagat mereka berdua. Mungkin yang lain juga mahu dipeluk sedemikian rupa. Hm
"sweet abah kau! Hat ni aku malas nak cerita dengan korang. Suka sangat melalut sampai ke pelamin" Muka Hayan bertukar menjadi serius.
"Okay2, teruskan Puan Hayan" ujar Ixora. "Kau abaikan je bakal-bakal jenazah ni"
"Bakal jenazah? What the--" belum Hayan habiskan bicaranya, terus Intan menyampuk. "Realiti!" Hayan terdiam.
"Semua orang hari ni kenapa? Datang bulan berjemaah ke?" kata Irani sambil meleraikan pelukan bersama Affa tadi.
ARGgghhh !!
Sejurus mereka berenam serta rakan sekelasnya yg lain bergegas berlari keluar ke balkoni kelas. Sibuk mahu tahu apa yg sedang terjadi di tingkat bawah, nasib baik la kelas 3 Anemia hanya di tingkat dua. Dan nasib baikla juga tempat yg berlaku itu betul-betul bertentangan dgn kelas mereka. Nanti boleh la hebohkan cerita dekat moment, we chat. Bagi satu Malaysia tau.
"Macam ni la dunia. Tak pernah nak adil. Sampai aku nak cerita je mesti ada je halangan. Orang jerit la, kahwin dgn Mokhtar la. Haih, dunia2" bebel Hayan sebelum turut serta rakan sekelasnya di balkoni.
"Dasar budak teater macam setan" seorang pelajar melayu yg mungkin dalam lingkungan 16 tahun sedang menghalang laluan pelajar-pelajar teater untuk masuk ke bilik auditorium.
Dia merangkak, bercakap dan ketawa seorang diri. Rambutnya pula sudah menggerbang seperti rambut Rosmah yg menyukai cincin berlian.
"Hoi Maya binti Dajjal! Ke tepila setan!" salah seorang pelajar teater yg mungkin sabarnya sudah meletus terus menyepak kepala pelajar yg sedang dirasuk itu. Sudahla nama sebenarnya di BINTI kan dengan dajjal, lepas tu dipanggil setan lepastu disepak lagi. Ha marahh!! Marahh!
"Tanya?" balas pelajar yg dirasuk itu atau nama sebenarnya, Maya. Mukanya sudah naik bengang dek disepak tadi. Dasar manusia.
Pelajar teater tadi hanya mampu mengeluh. Dia menyuruh pelajar teater yg lain memanggil ustazah dan ustaz. Tak ada gunanya gaduh dengan makhluk yg sememangnya bernama 'syaitan' ini.
"Pandai juga setan tu melawak" kata Ixora. Affa yg disebelahnya hanya mampu tersengih.
Tidak lama kemudian, "Eh, kau kenal Aida tak?" tanya Maya sambil duduk bersila dihadapan pintu bilik auditorium.
"Aida? Apa kaitan dia dgn aku?" kata pelajar teater tadi.
"Because .. Aida lama suka you!" kemudian Maya tergelak besar kecuali pelajar teater tadi. Ya, kecuali dia.
"Cia cia cia!" Jerit Irani dari tingkat dua. Cepat-cepat Intan menutup mulutnya. Nasib baikla suara Irani tidak begitu kuat tadi.
"Mana cia-cia ?" tanya Maya. Dia baru sedar picked up line-nya agak hambar.
Pelajar teater itu memberanikan diri berjalan mendekati Maya yg sedang duduk bersila. "Lain kali bodohnya tu simpan sampai ke tua!" Dia menolak kepala Maya sehingga kedengaran bunyi sesuatu patah.
Belum sempat Maya menerkam pelajar teater itu, terus ustaz dan ustazah datang dan menahan Maya takut dia melarikan diri.
Setelah hampir 20 minit, barula Maya yg dirasuk tadi telah sembuh. Dan hampir 20 minit itu jugala bunyi loceng menandakan waktu rehat dibunyikan.