5

731 24 2
                                    

Perlahan-lahan aku membuka kedua-dua mata aku. Entah sejak bila aku tidur. Otak aku 'jem'Aku tak nampak apa-apa disebabkan hari dah gelap atau ayat lebih senang, dah malam. Tiba-tiba belakang badan aku rasa  sakit. Terasa semacam baharu sahaja kena pukul dengan sesuatu yg keras. Dan aku imagine 'sesuatu yg keras' tu macam kayu atau nak nampak rupa sikit, kayu golf cap ayam. Haa apasal cap ayam? Sukati aku la nak letak cap ayam ke cap gantang. Cerita aku enn.

Aku cuba duduk bersila dalam keadaan yg gelap itu. Terasa yang amat aku sedang duduk di atas lantai yang keras. Yela, takkan lembik pulak. Aku cuba mengingati peristiwa apa yg menyebabkan aku terkandas di  tempat ini seorang diri. Malangnya, aku tak ingat apa-apa. Yang aku ingat hanya la, 24 Julai 2015 aku chat dgn 'gengster nokharom taik ayam' dan aku tersuka dia tanpa sengaja. Hm. Okay, skip bahagian cinta monyet aku tu.

Suasana sepi sahaja, kadang kedengaran penyanyi-penyanyi cengkerik yg tak bertauliah memecahkan kesunyian.

Aku berpeluk tubuh.

Angin malam ini sungguh sejuk sehingga dapat dirasai sampai ke tulang. Terasa mcm aku sedang berbogel. Sudahlah tak tau apa benda yg ada disekeliling persekitaran aku. Entah-entah ada momok  ke, hantu merangkak ke. Hm.

Tidak lama kemudian, ketiak aku terasa gatal yg amat. Dia punya rasa gatal tu lain mcm sampai aku rasa mcm nak garu guna pisau bawang. Dasyat betul, nyamuk tu boleh tahan bau 'tiak' aku. Tapi masalahnya, sekarang ni takde pisau bawang, yg ada cuma dua tangan yg setiapnya ada lima jari.

Aku pandang ke kanan dan ke kiri. Takut-takut ada orang muncul dan buat suprised birthday party pula. Okay, line clear tak ada orang. Dengan pantas aku menggaru 'tiak' aku dgn penuh syahdu. Huu .. leganya rasaa.

EHH!!

Aku meraba seluruh badan aku.

Sah ..




Sah .......

AKU MEMANG TENGAH BOGELLL !!

"Weyh, lari cepatt!" jerit satu suara secara tiba-tiba.

DendamWhere stories live. Discover now