TUJUH BELAS - Wasiat.

51.2K 2.1K 58
                                    

" Baiklah memandangkan semua orang dah ada, jadi boleh saya baca wasiat Tan Sri Hamid? " soal Encik Malik, Peguam Tan Sri Hamid.

" Tapi uncle, bukan ke kalau nak baca wasiat cuma ahli keluarga je? Firash bukan ahli keluarga saya. " ujar Rasya. Dia memandang wajah Firash sekilas lalu pandangannya beralih semula pada Encik Malik.

" Firash Mikhail diperlukan disini. Lepas uncle bacakan wasiat ni kamu akan faham kenapa uncle cakap macam tu. " Ujar Encik Malik. Rasya hanya sekadar mengangguk saja.

" Assalamualaikum. Semasa wasiat ini dibaca bermakna saya Tan Sri Hamid sudah tiada lagi di dunia ini. Segala apa yang bakal disampaikan oleh peguam saya, iaitu Encik Malik adalah yang telah saya sampaikan kepada beliau. Oleh itu saya harap kamu semua menerima dan akur dengan segala-galanya. " Encik Malik berhenti sejenak dan menarik nafas panjang.

" Jadi saya akan bacakan wasiat ini sekarang. " Sambung Encik Malik. Masing-masing menganggukkan kepala mereka seperti burung belatuk.

" Segala wang tunai atau di dalam deposit simpanan hendaklah dibahagi sama rata diantara Puan Sri Mariam, Hafiz dan juga Rasya Medina. Banglo di Bukit Kiara adalah milik Puan Sri Mariam sepenuhnya. Syarikat pula, Tan Sri memberikan limapuluh peratus buat Hafiz dan limapuluh peratus lagi buat Rasya. Tan Sri Hamid mahu anak-anaknya menguruskan Syarikat Hamid Holding di seluruh negeri bersama-sama. Jika ada pergaduhan di antara kamu berdua, Serta-merta syarikat itu akan diuruskan oleh saya. Kondo-kondo yang dibeli oleh arwah diberi kepada Hafiz dan juga Rasya. Itu hadiah untuk hari lahir kamu berdua akan datang. Kunci saya akan berikan nanti. Seterusnya Kereta mewah yang berada di luar adalah milik Puan Sri Mariam. Baiklah selesai tentang harta. Setakat ini ada bantahan? " Soal Encik Malik . Mereka semua sekadar menggeleng. Sebenarnya tentang harta memang mereka tidak mahu tapi kalau dah dapat takkan nak tolak kan.

Arwah Tan Sri Hamid tidak kaya dengan harta benda. Dia kaya dengan wang ringgit. Kerana dia banyak menyimpan duit untuk masa depan keluarganya. Jadi dia tidak mahu menghabiskan duitnya untuk perkara yang sia-sia. Orang yang fikir masa depan je akan buat macam ni.

" Baiklah di dalam wasiat ini ada menyebut nama Firash Mikhail iaitu anak angkat kepada Tan Sri Hamid. Untuk Firash Mikhail, arwah mahu Firash mengahwini Rasya secepat mungkin. Jika Rasya membantah, segala harta atau apa pun serta-merta akan di rampas dan Rasya Medina tidak boleh tinggal di rumah ini lagi. "

Rasya memandang Firash dengan pandangan pelik
" Awak anak angkat daddy ? " soal Rasya inginkan kepastian dari mulut Firash sendiri.

" Saya juga kawan awak dari kecil. " balas Firash.

" Awak kawan saya? Kalau awak kawan saya, kenapa saya tak kenal awak? "

" Firash jangan.... " halang Puan Sri Mariam.

Firash menghela nafas berat.
" Sampai bila mama? Mika dah penat berpura-pura lagi ... "

" Awak berpura-pura tak kenal saya ? Kenapa? " tanya Rasya lagi.

" Rasya, biar mama cerita kan kenapa Rasya tak ingat Mika ya? " Kata Puan Sri Mariam.

Rasya menggeleng laju.
" Taknak. Asya nak dengar semuanya dari mulut Firash sendiri. Awak siapa ? Macam mana awak boleh kenal keluarga saya? Macam mana awak boleh jadi anak angkat mama dan daddy ? " Bertalu-talu soalan yang diberikan oleh Rasya. Firash memandang wajah Rasya lama.

" Awak amnesia jadi awak tak ingat siapa saya. Dari saya kecil lagi saya dah jadi anak angkat dalam keluarga awak. " jawab Firash.

Rasya terdiam seketika.
" Macam mana saya boleh lupa ingatan? " tanya Rasya lagi.

" Mama memang tak pernah ingatkan Asya tentang Mika ke sampai Asya langsung tak ingat Mika ? " Kali ini Firash pula menyoal Puan Sri Mariam. Tak sangka sedikit pun Puan Sri Mariam tidak cuba mengingatkan Rasya tentang dirinya.

" Maafkan mama. Mama taknak Rasya tertekan itu je. Doktor kata jangan buat Rasya tertekan dan jangan ingatkan Rasya apa yang berlaku masa kemalangan tu. " Ujar Puan Sri Mariam dalam takut-takut.

" Mika tak pernah lupakan korang semua. Bila Mika terjumpa gadis bernama Rasya Medina, Mika berusaha siasat tentang dia. Siapa sangka akhirnya pencarian Mika berakhir juga. Mika rindukan keluarga ni.... " Sebak saja Firash menutur kata.

Rasya memegang kepalanya yang mula pusing kemudian dia menghela nafas.
" Rasya naik bilik dulu. Jangan ganggu Rasya. " Katanya. Dia terlalu tertekan. Rasya langsung tidak mengerti apa yang mereka katakan. Sekarang dia harus berehat. Rasya terus menuju ke biliknya. Firash menghantar Rasya dengan pandangan sayu.

" Susah untuk Asya ingat Mika balik.... " ujar Firash, lemah. Dia menguak rambutnya kebelakang. Bukan mudah untuk kita cuba mengingat kembali memori yang sudah lama terpadam dalam ingatan .

" Maafkan mama sebab buat Asya betul-betul lupakan Mika. Maafkan mama. " Ucap Puan Sri Mariam. Hafiz dan Encik Malik hanya mampu melihat sahaja. Mereka tidak tahu apa yang mereka harus lakukan. Bahu Firash dipegang oleh Hafiz.

" Kau cuba cerita sikit demi sikit waktu kau dengan dia masa kecil dulu. Jangan terlalu memaksa Rasya. Aku taknak adik aku sakit balik . " Pesan Hafiz.

" Tapi tolong, jangan cerita tentang siapa Rasya yang sebenar. Mama taknak dia lari rumah. Cukuplah dulu dia kurungkan diri dia dalam bilik.. "

" Mama masih tak bagitahu tentang tu pada dia ? " soal Firash .

Puan Sri Mariam menggeleng.
" Mama belum bersedia. "

Firash terdiam. Dia sudah tidak tahu apa yang dia harus katakan. Keluarga ini terlalu banyak berahsia. Termasuk kehadiran Firash juga dirahsiakan . Tetapi rahsia pasti tidak akan kekal lama. Suatu saat nanti segalanya pasti akan terbongkar........

•••

Update. Update. Update. Hehe gudnite you alls 💕🌸😇

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now