" Kamu berdua taknak pergi honeymoon ke? " soal Puan Sri Mariam. Firash dan Rasya saling berpandangan. Rasya membuat isyarat mata menyuruh Firash menjawab soalan Puan Sri Mariam. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Firash mengaru-garu kepalanya dan tersengih seperti kerang busuk.
" Tak kot maa. sebab Ash tak ambil cuti lama pun. " balas Firash. Rasya disebelah tersenyum. Dalam hatinya gembira sebab tak perlu untuk pergi honeymoon dengan Firash.
" Tak boleh macam tu. Korang ni pengantin baru. Jadi korang kenalah honeymoon. Bagi mama cucu. " Ujar Puan Sri Mariam.
" Ash tak kisah maa. Cuma mama kenalah tanya anak perempuan mama ni. " Kata Firash. Dia memandang Rasya yang sedang sibuk bermain dengan telefon bimbit Firash. Sesekali terlihat Rasya tersenyum-senyum. Entah tengok apa tah sampai jadi macam tu sekali.
" Rasya okey kan? " soal Puan Sri Mariam. Rasya mengangguk kecil tetapi matanya masih tidak beralih dari memandang skrin telefon. Puan Sri Mariam menganggap Rasya mengangguk itu tanda setuju. Dia tersenyum gembira.
" Sayang setuju ke? " kali ini Firash pula menyoal Rasya. Rasya tidak menjawab. Firash terus merampas telefonnya dari tangan Rasya dan memandang tajam ke arah Rasya. Geram!
" Baklah phone tu. " Rasya cuba untuk merampas telefon itu dari tangan Firash namun gagal. Dia mendengus geram. Kacau betullah!
" Okeylah memandangkan Rasya dah setuju. Jadi esok bolehlah korang pergi honeymoon dekat mana-mana yang korang suka. Kalau boleh balik nanti mama nak dengar berita gembira dari kamu berdua ya. " Ujar Puan Sri Mariam dengan gembira. Dia bangun dari sofa dan terus menuju ke dapur. Perlu masak untuk makan tengahari nanti.
Rasya terpingga-pingga. Dia binggung bila masa dia setuju untuk pergi honeymoon?
Dia memandang Firash. Paha Firash ditepuk kuat. Firash tersentak.
" Bila saya setuju nak pergi honeymoon? " soal Rasya separuh berbisik." Tadilah masa mama tanya. Jom kemas barang. Tak sabarnya nak honeymoon dengan isteri! " Kata Firash sedikit teruja. Dia menarik tangan Rasya agar mengikutnya naik kebilik. Rasya terkial-kial mengikut rentak langkah suaminya itu.
------------
" Ash saya taknak pergi honeymoon lah! " Kata Rasya sambil menghentak-hentak kaki seperti kanak-kanak mahukan mainan.
" Comey! " kata Firash sambil membuat muka miang. Miang betul Firash ni. Haha!
" Awak memang miang dari kecik ke? " soal Rasya dengan geram. Firash tergelak mendengar soalan itu dari mulut Rasya.
" Bila dengan sayang, Abang tiba-tiba TERjadi miang. " balas Firash. Dia perlahan-lahan mendekati Rasya.
"Err...." Rasya telan air liur melihat Firash mendekatinya. Dia mengundurkan diri ke belakang setapak dengan setapak. Hairan dengan suaminya itu dan juga rasa cuak sudah mula muncul dalam dirinya.
Firash tersenyum kecil melihat wajah Rasya yang cuak itu. Dia mula menanggalkan bajunya dan melemparkan baju itu ke lantai. Rasya semakin cuak.
Jarak mereka hanya seinci. Rasya dapat mendengar hembusan nafas Firash. Rasya memejamkan matanya.
Di dalam hati Rasya sangat berdebar ketika itu.Tidak pernah dia rasai debaran sebegitu kuat sebelum ini.
YOU ARE READING
Suami Sementara © ✔️
Romance" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwinan. Dia menganggap perkahwinan itu adalah satu perjudian. Tetapi bila umurnya sudah meningkat dewasa...