Firash yang baru saja tiba di KLIA itu terus bergegas untuk pulang ke rumah. Niatnya ingin mencari maklumat tentang Rasya. Gadis yang telah membuatnya jatuh cinta.
Laju saja Firash mengatur langkah. Tiba-tiba ada satu suara memanggilnya dari belakang." Firash ! " Panggil Harriz .
Firash memberhentikan langkahnya dan menoleh ke belakang sambil membuat muka. Dia melihat Harriz berlari-lari anak mendekatinya. Firash mengeluh kecil. Tak habislah Harriz ni.
" Apa lagi Riz? Kan aku cakap aku taknak ikut kau. " Ujar Firash dalam nada malas.
" Please lah Ash. Sekejap je ikut aku jumpa sepupu aku. Aku taknaklah nanti awek aku salah faham. " Rayu Harriz.
" Itu kau punya pasal lah. Aku nak balik rumah nak tidur. " Tipu Firash.
" Please Ash. Temankan aku please.... " Rayu Harriz lagi.
Firash melihat wajah kawan baiknya itu. Haih kesian betul. Takut awek rupanya kawan aku sorang ni.
" Yelah yelah. Aku teman kau. Nak pergi pukul berapa? " soal Firash. Akhirnya Firash terpaksa juga mengalah. Dia tidaklah sekejam mana terhadap kawan baiknya ini." Pukul 5 petang. Amik aku dekat rumah eh? Aku malas nak drive. " Jawab Harriz sambil tersengih seperti kerang busuk di hadapan Firash.
" Macam-macam lah kau ni Riz. Dahlah jumpa petang nanti. Aku nak balik dulu. Bye. " Tanpa menunggu lama, Firash terus berlalu pergi dari situ.
Harriz tersenyum senang kerana berjaya memujuk Firash untuk mengikutnya. Bolehlah dia kenalkan Firash dengan sepupunya. Sengaja dia memberi alasan yang aweknya akan marah. Padahal ada niat yang tersirat.
--------------Setiba di Menara Petronas, Harriz dan Firash menunggu kedatangan sepupu Harriz. Janji pukul 5 petang, tapi sudah pukul 5.30 petang pun masih tidak muncul-muncul lagi. Tak tepati masa langsung!
" Riz, sepupu kau tu datang ke tak? " Soal Firash kemudian dia mengeluh kecil. Penat tunggu orang yang tak sampai-sampai. Sudahlah penat baru balik dari istanbul.
" Dia on the way lah Ash. Kau sabar kejap. " Jawab Harriz sambil bermain telefon bimbit miliknya.
" Tahu macam ni aku tak ikut kau tau. Huh menyesal betul. Baik aku tidur dekat rumah. Dapat hilangkan penat aku ni. " Marah Firash. Dia melentokkan kepalanya di atas meja.
Mana tak menyesal nya demi kawan dia sanggup menunda untuk mencari maklumat tentang Rasya. Dia betul-betul mahu tahu tentang keluarga Rasya. Dia rasa ada sesuatu tentang Rasya yang dia perlu tahu. Sangat-sangat penting padanya setakat ini.
" Haaa tu diaa. " Jerit Harriz apabila terlihat kelibat sepupunya yang termengah-mengah menghampiri mereka.
Firash terus mengangkat kepalanya dan menoleh ke belakang. Zappp.. Sungguh dia tak sangka sepupu Harriz rupanya Rasya. Rasya yang dia rindui selama dia di Istanbul. Rasya yang telah membuatnya angau .
" Kita jumpa lagi... Rasyaaaa I miss you so much! " Jerit Firash dalam hati. Hanya mampu di dalam hati. Kalau jerit kuat-kuat mahunya orang kata dia gila.
" Sorry abang Riz. Asya lambat sebab tadi ada mesyurat tergempar. " Ujar Rasya dan mengambil tempat di sebelah Firash.
" Takpe abang faham. Ni Asya nak jumpa abang ada apa? " Soal Harriz.
" Asya nak ajak abang kahwin. Abang nak tak? " Tanya Rasya dengan muka serius. Harriz tercengang.
Firash yang sedang menghirup jus oren tersedak apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Rasya. Nak kahwin dengan Riz? Biar betul? Habis aku ni macam mana?
YOU ARE READING
Suami Sementara © ✔️
Romance" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwinan. Dia menganggap perkahwinan itu adalah satu perjudian. Tetapi bila umurnya sudah meningkat dewasa...